KAMI JIRAN :)

sejak masuk tahun baru ni, aku dengan rumet aku salu 'terlebih tido'. mana tak 'terlebih tido' nya, orang lain tido waktu malam, ktorang tak tido lagi. yang sorang tengok cerita korea. yang sorang lagi bersama artis korea. mana tak bangun lambatnya. haha.

haritu baru je plan tak nak keluar weekend ni. tapi, ter'keluar' jugak. okay, sebenarnya memang tak plan pun nak keluar ke mana-mana. aku ingat nak masak je kat bilik. tapi tu la...jiran aku ni.. pandai betul mengayat. mula-mula cakap bosan n nak keluar pergi taman botani. aku okay kan je la sebab aku suka pergi taman. disebabkan nak keluar, jadi jiran aku tak suruh aku masak sebab nak makan kat luar. 

at first nak makan kat kedai biasa-biasa je. dah smpai kedai makan tu, tak ada makanan la pulak. so, kami terus ke Alamanda. haish! melayang duit aku pergi makan kat alamanda. baru je nak simpan duit buat kawin. haha tipu!
sori la guys..tp muka buruk cmtu je yang aku blh buat. hahahaha

lepas makan, aktiviti terjah menerjah abang mawa kat carrefour. kebetulan pulak terjumpa. hehe

abg mawa bwk beg baby. suwitnya nmpk!
ni ialah anak buah mawa..Sufiah..hi, saya auntie ain! hehe
plan nak pergi makan je. last-last pergi tengok wayang. ni semua angkara AYA! cite The Darkest Hour tak syok. tak best. aku nak terlelap dalam wayang tu. nasib la tak ramai orang dalam wayang tu. so, banyak tempat duduk kosong n tak ada la serabut kepala otak aku dengan cite yang tak best tu.

sekali skala nak bermanja dengan rumet. hehe
dulu punya kemain semangat beli crocs kt mid. last2 berlambak slipar ni kat pasar malam. bgus bli kt pasar malam je. =_='
seat kat depan aku ada kapel. amboi amboi...cite punya kemain thriller, dorang lak boleh buat wayang sendiri. filem romantik lak tu. terus aku tukar seat aku jauh jauh daripada dorang.

lepas tengok wayang, ktorang pusing-pusing cuci mata. ouh, bersih mata aku. 


sama turquoise lak dengan rumet
mereka rumet n mereka jiran saya

kami rumet n kami jiran mereka. haha
ouh, lupa lak. masa aku tengah nak beli minuman, ada kapel kat depan aku ni. boleh pulak kan dorang gaduh kat depan cashier masa nak amik order. alasannya sebab pakwe dia order air panas kat makwe dia. eleh, tu pun nak marah ke? ganas lak makwe dia tu marah. siap pukul pakwe lagi. garangnya! aku rasa nak tergelak je sebab dorang ni gaduh pun tak padan dengan tempat. ish ish ish.

sebelum balik pergi makan kejap. meja depan ktorang ada seorang mamat yang comel. cuci mata kejap dengna aya. cam sengal je. pastu yang tak boleh blah, siap amik gambar laki tu lagi. haha. 


lepas dah hbis makan baru la ktorang reveal yang laki tu xdela comel sgt. hahaha
seronok betul harini. seronok hang out dengan jiran.

balik maktab malam n muka pun dah berminyak. ish! asal la muka masing-masing gelap?!
p/s: jiran...walaupun nnti kita dah tinggal rumah asing-asing, skali skala kita kuar pergi lepak sama-sama lagi ye? hehe