hai.
orang lain dah seronok seronok dua tiga hari duduk kat rumah. aku baru nak balik rumah. nak buat cmana. aku tak banyak duit nak beli tiket kapal terbang. jadi, kena la beli tiket bas je. lagipun aku dah lama tak naik bas travel jauh-jauh. tapi kan..rasa seronok sangat! lain kali dah boleh naik lg ni. hehe.
bas aku sepatutnya bertolak pukul 8.30 malam. tapi atas sebab-sebab masalah teknikal, pukul 2 pagi baru la bas aku bertolak. dah la aku penat gila. semalamannya tu aku overnite dengan ain n cucut. bukan buat kerja tak elok pun. aku pergi makan-makan kat downtown cheras. makan macam-macam. tapi dalam pukul 3 pagi, aku dah tumbang tido dalam kereta. ouh, aku memang kaki jalan tapi aku bukan kaki overnite. aku kaki tido. sebab tu la kalo dalam kereta aku cepat tertido. haha.
balik maktab dalam pukul 6.30 pagi. balik mandi, solat n packing barang nak bawak balik. lepas dah setel semua, aku pengsan sampai pukul 4 petang. [penat overnite la konon]. haha. bangun bangun aku rasa lapar gila. ingat nak pujuk perut supaya makan malam karang je tapi perut aku lagi merajuk. haha. kebetulan lak aku terasa nak pergi alamanda sebab aku dah teringat-ingat satu slipar vincci tu. fikir punya fikir at last dalam pukul 6 petang aku keluar maktab dengan junior aku. dah la pukul 7.30 tu aku nak pergi perhentian kajang dah. teruk!
meet my junior. Eka Rah. prangai dia lebih kurang cam aku je. kaki jalan. haha |
aku ajak junior aku temankan. tempat pertama pergi ialah FOOD COURT. tak maulah makan fast food. nak makan nasi! borak punya borak dah tak sedar dah pukul 7. rush cepat-cepat pergi Vincci. tapi MALANG BETUL! kedai tu tutup sempena raya cina. ouh! rasa tak berbaloi gila aku pergi Alamanda haritu. untuk hilangkan rasa merajuk dengan diri sendiri, aku hadiahkan diri aiskrim. aiskrim sejuk. so, hati aku pun jadi sejuk sekali. haha. lepas tu pg Big Apple untuk beli donut feveret untuk makan atas bas nnti. hehe.
aku dengan Eka beli aiskrim cotton candy famous amos yang warna warni paling comel tu. ni. tapi aiskrim cotton candy Baskin Robbin lagi sedap. |
pukul 7.30 tu jugak la baru aku balik maktab. smpai maktab, lagi la rush nak tukar baju bagai. nasib dah packing awal-awal.15minit kemudian, aku dah slamat sampai perhentian kajang. punya kemain panas aku rasa sebab rushing kan. dah la tak sempat mandi malam lak tu. haha.
tunggu punya tunggu..lastly bas gerak pukul 2 pagi. tu pun masa aku tengah syok-syok charging tab kat suis tepi jalan. nasib jugak de wifi. tak adalah bosan sangat. kawan aku lak asyik bergayut dgn pakwe je. jeles! haha.
bila dah naik bas tu, jakun la jugak aku rasa. nak kan plak first time naik bas dua tingkat. rasa tinggi semacam. aku dengan ain kebetulan dapat seat depan sekali. memang aku lagi jakun la. rasa macam tengah menonton wayang 4D. haha. selimut satu badan, dengar ipod sambil layan jiwa. pergh! terbaik lah! haha. tapi kan..disebabkan aku dah lama tak travel jauh-jauh naik bas, aku rasa mual-mual gila. rasa tak sedap badan la. patutnya aku beli travel pills je.
kaki aku panjang. kalo tak melunjur camni, kaki aku akan lenguh. hehe |
bila dah masuk sempadan Pahang, aku dah mula terlelap. bila bukak mata, dah sampai Gua Musang. bangun tido bangun tido. tu je la kejenya.
disebabkan aku tak tau mana bas ni akan berhentikan ktorang dekat Kota Bharu, aku tido lena je la. tup tup ain kejut cakap jom turun. aku dah la tengah mamai mamai berselimut lagi. cepat-cepat aku packing. turun tangga dengan mamai. tergelincir sikit aku kat tangga. sempat jerit lak tu. HAHAHA. tapi tak malu pun sebab tengah mamai kan. separa sedar. haha.
apa-apa pun..pengalaman naik bas memang syok. bukan selalu aku naik bas. walaupun penat tapi aku rasa tetap best! balik maktab dari kelantan aku tak naik bas dah. kita naik kapal terbang la pulak. hehe.
bui bui!