:)

hai.
muka seronok kelas habis awal. haha
harini ialah hari kedua aku ke kelas. setakat ni aku masih relax-relax lagi masa kelas. masih boleh gelak gelak.

subjek untuk kelas harini ialah subjek Disleksia, Hubungan Etnik dan Pengurusan Bilik Darjah. harini lec dia seronok seronok.

kenapa aku cakap seronok? sebab... 

untuk subjek Disleksia, kami tak payah salin pun slide yang lec ajar. lec ckp xperlu salin n nnti dia bagi hard copy. wah! barulah seronok. tapi bila dah tak salin apa-apa, mata aku ni memang nak terlelap la. untuk mengelakkan aku terlelap, aku pun melukis padahal lec tu ade je kat tepi aku. haha. at least aku dengar la jugak sikit-sikit apa yang dia cakap daripada aku tertido. hehe.

baru je starting salin nota. tapi lec x suruh salin. ni je yang mmpu sy buat. hehe

untuk subjek Hubungan Etnik, aku pun tak tau nape seronok sangat. sebab lec dia kelaka kot. tapi kan subjek HE ni cm tough skit sebab macam sejarah tentang negara. yang penting berkaitan dengan politik negara n etnik.

n untuk subjek Pengurusan Bilik Darjah, syok la jugak sebab faktor lecturer. kalo lec dia okay, it means that kelas tu seronok la. tadi aku kena tanya dengan lec tu...

" beri saya 5 jenis rumput.....kecuali lalang, kemuncup n semalu."

aku dah mati kutu. baru nak sebut nama-nama yang dia kecualikan tu. yang aku tau rumput karpet je la. haha

dak kelas yang lain gelak je. memang kelaka la lec tu. lepas tu, lec tu suruh kitorang hafal surah al- Mathurat. dah macam kelas agama pulak kan. tempoh masa hafal ialah sebulan. hahaha

lec tu suruh kitorang kumpul duit untuk cat kelas. n ade ke dia tanya aku cmni,

"ha, kamu ni badan kecik. belanja RM 2 untuk makan tengahari ni ckup je."

aku gelak je....belanja RM 2 pe je boleh aku makan kat kafe tu. makan nasi kosong je la kot. haha

balik kelas setiap khamis awal. suka :)...

pukul 2 nak pergi Warta. pergi dengan mawa, iera n aya. naik kereta aya. untung la aya dah ada kereta. jelesnyaaaaaa :(

aku plan xnak beli apa-apa kecuali beli penyepit baju tapi nampaknya aku berbelanja besarrrr......nafsu tinggi betul lah! n seperti biasa, aku tertarik untuk beli wangi-wangian. urgh! len kali tak boleh singgah kat tempat air freshener.

baru la relax skit bila bilik wangi
nasib la aku P.M.S ... Period Mari Sudah. hahaha. jadi, aku tak boleh berdiri lama-lama n perlu duduk. aku dah rasa mcm nak pitam je tadi. tapi sempat pulak pergi beli sekotak air mineral. saya pencinta air mineral! haha. bila dah tahan nak duduk, aku men duduk je atas troli barang kitorang kat giant tu. hahahaha. peduli apa aku. aku yang sakit. bukan dorang. haha

lepas tu, aya nak pergi basuh kereta. pergi car wash, tnya mamat bangla kat mne nk park kereta. dia tak layan kot. rupanya dia tak faham bahasa melayu. what the hell! terpaksa la kawan aku tu speaking ngn mamat bangla tu. tapi tu pun dia tak faham. bagi kitorang isyarat tangan buat apa. kitorang gelak gila dalam kereta.

sambil tunggu kereta siap basuh, ktorang pergi lepak minum kejap. minum teh o ais pun mahal. RM 1.50. kat kafe pun teh o ais RM 1.20 je. dah la teh pahit. euwwwww... rugi tau aku punya tiga posen. blh buat masuk tabung. hahahaha

aya n mawa
this is iera....ira rumet dengan aya n sy rumet dengan mawa. kami jirannnnn yang sengal. =)

balik mktab, terus mandi n lepak bilik junior. dah hbis lepak, blk bilik n tidoooooo.... sakit kot aku... ksian... P.M.S punya pasal la ni.

# esok kursus kejurulatihan bola baling cancel. tapi esok petang ada latihan kebakaran pulak. haish! baru je terlepas daripada mulut buaya, dah termasuk dalam mulut naga. kacau betul nak berehat!#

p/s:: untuk diri aku sendiri...

Respect people’s relationships. There are so many other fish in the sea, so why mess with one that’s already been caught?