BYE-BYE CUTI, MOGA KETEMU LAGI YA?

hai.

harini ialah hari terakhir aku bercuti. petang ni perlu pulang ke maktab. esok dah start kelas dan esok jugak aku assembly. ouh, malasnya! 

cmni la keadaan masa perhimpunan. kadang-kadang aku dengan rumet duk kat atas.
aktiviti masa perhimpunan:: bersandar kat rumet. haha
semalam kan, dalam mimpi aku tu aku shopping banyak gila tudung Ariani. apakah tandanya itu? adakah dia suh aku pergi beli? haha. dalam mimpi aku tu tudung tu harga dia RM12 je. bapak murah! kalo dalam dunia realiti, mau RM120 aku melayang. haha.

semalam jugak, aku pergi potong simcard celcom n maxis aku dekat mines. pergi dengan family su hafiz. ramai lak orang ea kat mines tu. salu aku pegi tak adalah ramai. raya cina kot. mungkin la tu. hehe. 


and then, aku jalan-jalan tengok casing comel-comel kat Apple. wah, memang terlebih comel! dan harganya pun turut comel. ada satu casing yang comel gila warna pink + turquoise. urm, kalau ikutkan hati mau je aku amik casing yang aku suka tu n bayar sambil tutup mata. haha. tapi tak pelah. daripada aku beli casing RM129 tu baik aku beli selipar ke kasut ke. dah hampir sebaya lak harga casing tu dengan harga kasut yang aku beli haritu.

semalam jugak, aku jaga dua orang kazen aku. ouh, dorang sangat nakal tau. penat aku nak layan. kejap-kejap kang mintak keropok la.kejap-kejap mintak dukung la. kejap-kejap ajak main jual aiskrim la. pastu panggil aku 'IBU'. dah macam ibu ke aku ni? haha..aku layankan aje. Afi dah umo 6 tahun n Adiff 3 tahun. 

semalam jugak pipi aku yang dah lama tak dilempang, kena lempang dgn budak adiff tu. Ya Allah, nasib kau budak. sabar je la. sakit tu sakit tapi standard budak kecik lempang la. haha. pastu dia suka tarik-tarik spec mata aku. ada tu masa dia nak tarik spec aku, aku tutup muka. dia tarik spec dari tepi. nasib tak patah je spec Bonia aku. mampos nak kena buat spec baru. dah la tak sampai 3 bulan aku buat spec ni. guna duit i sendiri tau! kalo spec yang cikai-cikai tak de lah aku kesah sangat. 

budak kecik yang telah melempang aku. hehe
lepas tu budak adiff ni dia suka baling barang. tak kesah la apa-apa pun. dia main baling je kalo dia nak bagi kat orang. takut la plak aku. haha. tadi dia baling lego kat aku. fuhhh nasib tak kena kat aku. haha. bila dah penat baling-baling barang, datang baring kat sebelah aku. wah nakalnya budak-budak! cmni ye perasaan kalo ada anak buah? haha

sempat jugak aku skype dgn family kat sabah semalam. wah,rindunya dengan dorang!

p/s:: semalam kan, aku malu + nak tergelak gila sebab aku jumpa Putera Lebah. haha. klaka gila ktorang. tutup-tutup webcam bagai. ktorang pemalu tauuu! hahaha