15 WAYS TO SAY I LOVE YOU

hai.

selamat bercuti kepada semua yang bercuti. aku suka lah part cuti-cuti ni. sebab kan, tak payah rush nak pergi kelas pagi-pagi n fikir tentang kerja. dan sebab yang paling penting ialah I'M FREE FROM MAKTAB'S SURROUNDING. fuhhh. lega sangat. hehe.

semester ni banyak betul plan nak pergi jalan-jalan. harap-harap semuanya dapat berjalan dengan lancar. aku dah la jenis suka travelling. suka jalan-jalan. kalo duk jadi, jeruk je, memang muka aku nampak cam jeruk je la. haha.


sempena cuti ni, aku nak share skit tentang 100 ways to say I LOVE YOU. sebenarnya kan, tak semestinya kita cakap secara lisan 'iloveu' dah cukup menunjukkan yang kita betul-betul in love dengan orang tu. kadang-kadang kita tak ikhlas pun cakap iloveu. dan untuk tengok orang tu ikhlas ke tak, tengok la mata dia masa dia sebut iloveu. eyes never lie. dan sebenarnya jugak ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS.  okay, aku tak mau cerita pasal breakup ke pe. aku nak cerita pasal cmana nak bagitau pasangan masing-masing yang 'kite suka/ sayang/cinta awak lerrrr' dalam kelakuan kita. haha

  1. mulakan kumpul barang-barang yang korang dua suka.
  2. belikan si dia tali leher yang baru.
  3. masak makanan kegemaran dia.
  4. borak pasal impian korang berdua n apa arah tuju korang dalam kehidupan bersama.
  5. tanya dia apa yang dia suka buat petang-petang. kalo boleh, ikut la.
  6. bagitau pasangan betapa bangganya uols dengan dia.
  7. kalo dia buat lawak, gelak la.
  8. tolong mak dia. [rasanya kalo tlg mak dia tnam pokok roselle lagi best kan?] hehe
  9. belikan underwear baruuuuu untuk dia... haha.
  10. bagitau dia yang dia seksi lah! haha
  11. bagitau dia yang uols suka bau perfume dia.
  12. tujukan lagu untuk dia. tak kesah la lagu apa pun.
  13. saling bermaafan.
  14. tengok mata dia masa dia tengah bercakap.
  15. "complain less, compliment more."
actually banyak lagi. tapi aku rasa 15 cara pun dah cukup. tak semestinya apa yang aku tulis ni, kena buat satu-satu. banyakkkkkkkk cara yang boleh kita buat to show love.setiap orang lain caranya. kalo macam aku, aku selalu nak buat yang terbaik walaupun aku tak ada lah baik sangat. tapi, aku belajar untuk hargai cinta yang orang beri dengan sebaiknya. hanya orang yang kenal aku, akan tau camana aku hargai cinta aku. hehehe..sebab tu, bila kita ada bf, kita akan lebih berinteraksi dengan dia berbanding kawan-kawan. praktikal masa dah kawin nanti. so, tak adalah kes isteri makan hati suami selalu keluar lepak dengan kawan-kawan :)
ingat tau.. hanya masa yang dapat sembuhkan luka dalam bercinta ni. lama atau kejap terpulang kepada individu tu sendiri. dalam masa tu, dekatkanlah diri dengan Pencipta kita. hanya Dia yang tau apa yang kita rasa dan yang terbaik untuk kita. tapi bila dah sembuh tu, jangan la lupa kat Dia pulak. ingatlah Dia masa senang dan susah. n the most important thing is don't do stupid things to hurt yourself. pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain jugak :)