SHORT UPDATE #1

hai.

nak short update je.

harini ada sesi amik gambar. leceh betul kalo kena amik gambar kat tempat panas. panas dan habis berpeluh. akibatnya balik bilik kena mandi lama-lama syampu rambut. haha


okay..dah boleh tido sekarang..
bui bui :)

APA YANG DISUKAI SEORANG WANITA TERHADAP LELAKI?

Persoalan ini mungkin pernah hadir di minda segelintir kaum Adam yang sehingga kini masih sendirian. Kesukaran memenangi hati wanita membuatkan mereka menganggap golongan ini adalah individu yang cerewet dan sukar difahami. Lebih membuatkan mereka sakit hati sekali gus menerbitkan perasaan rendah diri adalah apabila cinta ditolak semata-mata disebabkan faktor paras rupa.

Tidak dinafikan, wajah yang kacak dan tampan adalah antara kriteria yang mampu membuat hati wanita cair. namun begitu, bukan semua wanita memiliki pendirian sedemikian dalam memilih pasangan. Apa yang pasti, sebagai lelaki anda sebenarnya masih mampu menambat hati mereka dengan kriteria seperti berikut:


Percaya Diri Sendiri

Lelaki yang memiliki sifat percaya pada diri sendiri yang tinggi biasanya akan memandang wanita tanpa rasa ragu. Sikap yang ditunjukkan ini akan membuatkan wanita yang memandang anda berasa yakin. Adalah satu bonus buat seorang lelaki sekiranya anda memiliki kemahiran atau kelebihan seperti tangkas bermain badminton, bola sepak, futsal atau permainan lain.
terkejut tengok gmba sendiri? hehe
Lucu
 

Biasakan diri anda untuk tidak menjadi orang yang terlalu serius. Ini kerana kebanyakan wanita tidak begitu selesa berdampingan dengan lelaki yang serius. Sebaiknya, berusahalah untuk menjadi teman lelaki yang berupaya mengambil hati sekali gus menghiburkan mereka dengan cerita-cerita lucu terutama di saat mereka sedang berduka. Sekiranya, anda tidak memiliki bakat humor, memadailah sekiranya anda mampu menjadi pendengar setia tetapi dalam waktu yang sama cubalah wujudkan suasana komunikasi yang menarik. Pastinya, mereka akan berasa selesa dan menganggap anda amat istimewa buat mereka.
lucu sebab rambut je kot? haha

Romantis

Ini adalah antara kriteria penting yang perlu dimiliki oleh seorang lelaki. Pada dasarnya wanita sememangnya begitu mendambakan teman lelaki yang romantis. Bagaimanapun, harus diingat romantis yang dimaksudkan bukan menjurus kepada hawa nafsu tetapi tertumpu kepada sikap positif seperti pandai mengambil hati, penyayang dan mengambil berat. Apa yang pasti, bahagia bersulam bangga terbit dalam hati wanita sekiranya teman lelakinya memiliki sifat-sifat tersebut. 


Bijak

Sejujurnya wanita sememangnya suka kepada lelaki yang bijak. Apatah lagi sekiranya lelaki tersebut berkedudukan dan berjawatan tinggi. Dalam situasi ini, bukan harta atau pangkat yang menjadi ukuran, tetapi lelaki yang bijak boleh menawan wanita kerana mereka beranggapan lelaki seperti ini ada daya kepimpinan, berkarisma dan luas pengetahuan. Malahan, rupa paras juga bukan menjadi keutamaan pada mereka.

semua pun bijak2 masa jawab exam. haha
Penyayang Dan Suka Kanak-kanak

Tidak semua lelaki memiliki sifat ini. Sekiranya, anda memiliki sifat tersebut, anda dikira amat bertuah. Ini kerana, wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang memiliki karakter semula jadi sedemikian. Bagi mereka, anda adalah jejaka sesuai dan layak dijadikan pasangan hidup kerana mampu menjadi suami dan bapa yang penyayang dan bertanggungjawab.


ayah di usia muda. haha
Fashionable

Istilah kecantikan kini bukan lagi hanya sinonim pada wanita. Seiring dengan peredaran masa, kaum lelaki kini juga sudah mula menitikberatkan aspek kecantikan, kebersihan, stylish dan fashionable. Ingat, jangan sekali-kali meremehkan cara penampilan kerana ia mencerminkan sifat dan keperibadian anda. Menyentuh mengenai cara penampilan, anda tidak perlu berbelanja besar untuk membeli pakaian baru setiap kali bertemunya. Apa yang penting, pakaian yang dikenakan mestilah bersih, kemas dan berbau harum.

penampilan kadang-kadang penting untuk seorang lelaki. janji KEMAS!
Jangan Sombong

Meskipun anda kaya dan memiliki pakej lengkap yang menarik dari segi fizikal, namun ia bukanlah tiket mudah untuk anda menakluk hati wanita idaman sekiranya sombong. Sikap negatif ini bukan sahaja mengundang perasaan benci tetapi tiada siapa yang ingin berdampingan dengan anda. Jadilah seorang lelaki yang sederhana, rendah diri dan bijak bergaul. Anda bukan sahaja disukai malahan dihormati dan disayangi oleh orang lain.

Tenang

Berusahalah untuk kelihatan tenang di hadapan si dia biarpun ketika itu anda sedang berhadapan dengan situasi genting. Awas, jangan sekali-kali mempamerkan ekspresi wajah yang gugup atau takut di hadapan mereka. Keadaan ini akan memperlihatkan kelemahan anda sekali gus membunuh rasa bangga dan kagum mereka pada anda.


copy n paste sini je. malam ni tak ada idea nak tulis. :) 
*semua gambar diatas adalah simpanan peribadi i okayyy .* haha

BYE-BYE CUTI, MOGA KETEMU LAGI YA?

hai.

harini ialah hari terakhir aku bercuti. petang ni perlu pulang ke maktab. esok dah start kelas dan esok jugak aku assembly. ouh, malasnya! 

cmni la keadaan masa perhimpunan. kadang-kadang aku dengan rumet duk kat atas.
aktiviti masa perhimpunan:: bersandar kat rumet. haha
semalam kan, dalam mimpi aku tu aku shopping banyak gila tudung Ariani. apakah tandanya itu? adakah dia suh aku pergi beli? haha. dalam mimpi aku tu tudung tu harga dia RM12 je. bapak murah! kalo dalam dunia realiti, mau RM120 aku melayang. haha.

semalam jugak, aku pergi potong simcard celcom n maxis aku dekat mines. pergi dengan family su hafiz. ramai lak orang ea kat mines tu. salu aku pegi tak adalah ramai. raya cina kot. mungkin la tu. hehe. 


and then, aku jalan-jalan tengok casing comel-comel kat Apple. wah, memang terlebih comel! dan harganya pun turut comel. ada satu casing yang comel gila warna pink + turquoise. urm, kalau ikutkan hati mau je aku amik casing yang aku suka tu n bayar sambil tutup mata. haha. tapi tak pelah. daripada aku beli casing RM129 tu baik aku beli selipar ke kasut ke. dah hampir sebaya lak harga casing tu dengan harga kasut yang aku beli haritu.

semalam jugak, aku jaga dua orang kazen aku. ouh, dorang sangat nakal tau. penat aku nak layan. kejap-kejap kang mintak keropok la.kejap-kejap mintak dukung la. kejap-kejap ajak main jual aiskrim la. pastu panggil aku 'IBU'. dah macam ibu ke aku ni? haha..aku layankan aje. Afi dah umo 6 tahun n Adiff 3 tahun. 

semalam jugak pipi aku yang dah lama tak dilempang, kena lempang dgn budak adiff tu. Ya Allah, nasib kau budak. sabar je la. sakit tu sakit tapi standard budak kecik lempang la. haha. pastu dia suka tarik-tarik spec mata aku. ada tu masa dia nak tarik spec aku, aku tutup muka. dia tarik spec dari tepi. nasib tak patah je spec Bonia aku. mampos nak kena buat spec baru. dah la tak sampai 3 bulan aku buat spec ni. guna duit i sendiri tau! kalo spec yang cikai-cikai tak de lah aku kesah sangat. 

budak kecik yang telah melempang aku. hehe
lepas tu budak adiff ni dia suka baling barang. tak kesah la apa-apa pun. dia main baling je kalo dia nak bagi kat orang. takut la plak aku. haha. tadi dia baling lego kat aku. fuhhh nasib tak kena kat aku. haha. bila dah penat baling-baling barang, datang baring kat sebelah aku. wah nakalnya budak-budak! cmni ye perasaan kalo ada anak buah? haha

sempat jugak aku skype dgn family kat sabah semalam. wah,rindunya dengan dorang!

p/s:: semalam kan, aku malu + nak tergelak gila sebab aku jumpa Putera Lebah. haha. klaka gila ktorang. tutup-tutup webcam bagai. ktorang pemalu tauuu! hahaha

SAEGIL CHUKKA DADDY!

hai.

sambil tulis entri sambil dengar layan lagu slow. lagu I will love you by Whitney Houston. baru la datang sikit idea nak tulis entri. 

malam ni aku nak tulis entri pasal seorang clasmet aku yang aku agak rapat. entri ni specially untuk dia. ouh, semester ni rajin pulak kan aku tulis birthday entries. takpelah! kawan rapat kan.

untuk entri ni saje aku akan pecahkan sikit rahsia tentang kawan aku ni n cerita sikit-sikit pasal persahabatan kami.
dulu rambut dia kerinting alleycat. pas botakkan rambut, rambut dia jadi lurus. MAGIC! haha
SELAMAT HARI DIJADIKAN KEPADA MOHAMMED RIDZWAN BIN AHMED. orghe ganu kito tuuu. haha. harini genaplah umo kau 22 tahun. harap-harap makin matang la ye perangai tu. jangan buat aku malu. haha. semoga dimurahkan rezeki.semoga mendapat hidayah dan hidup diberkati selalu. semoga dapat beat result aku semester ni. semoga banyak duit selalu supaya dapat belanja aku. aminnn

bsama catwoman. haha
MOHAMMED RIDZWAN BIN AHMED ni kat kelas aku panggil abe we. dulu lagi comel panggilan aku kat dia. aku panggil daddy. aku perasan jadi anak dia. haha. dia adalah salah seorang daripada peminat kipas-susah-mati korea. dia tak layan la filem-filem melayu, barat semua ni. korea je semua. kalo aku nak tanya dia pasal filem terbaru yang keluar kat panggung wayang, baik tak payah tanya la. baik aku google sendiri. hehe.

aku suka amik gambar sengal sengal dengan daddy. haha
dulu-dulu masa aku tak rapat dengan dia aku annoy gila dengan dia sebab dia suka tanya kerja kat aku. pastu dia suka tengok assignment aku. HAHAHA. (jangan tacing okay abe we..itu dolu-dolu. haha) aku dah tak ingat bila aku mula rapat dengan dia. sepanjang 3 tahun aku clasmet dengan dia, dia pernah blanja aku sekali je. tu pun aiskrim singgit. hehe. dia sangat susah nak belanja orang sebab aku pun tak pernah belanja dia. haha.

ni masa sem 1 foundation. ouh, abe we kurus gile time ni. aku lak gaya ntah pape je. haha
then, sepanjang kami clasmet, aku pernah keluar sekali je jalan-jalan dengan dia. yang lain tu semua keluar ramai-ramai dengan clasmet. masa shopping berdua dengan dia ktorang pg Sogo nak beli baju raya. kami keluar berempat. kakak dia dengan pakwe jalan sekali, so, aku pegi shopping berdua je la ngn abe we ni. mesti orang ingat kami kapel sebab pilih-pilih baju raya macam laki bini! haha. tapi kan..seronok keluar dengan abe we ni sebab dia sangat gentleman. semua barang yang aku beli dia pegang. aku lenggang kangkung je. hahaha. tak pernah lagi aku keluar dengan laki jenis cmni. dia memang jaga gila aku. bagus! jaga adik baik baik ye? haha
satu lagi, masa aku keluar shopping dengan dia haritu, aku dah rambang mata nak pilih wedges yang mana satu. black or grey. bila aku tanya abe we, dia boleh bagi jawapan konkrit dengan alasan lagi. cun kan? kalo aku kuar dengan dot dot dot dulu, dia tak boleh bagi jawapan  konkrit. jawapan dia hanyalah... "mne-mne jela," tak seronok kan? euwww. haha
tu la wedges pilihan abe we. hasil rambang mata aku. haha
abe we ni sangat sporting. dia adalah orang kedua yang jadi tempat aku luahkan perasaan aku. contohnya macam aku tengah dilemma ke, aku ada masalah ke. dia kaunselor aku yang kedua selepas rumet aku. hehe. aku ingat lagi, masa aku tengah berduka semester lepas, tiap-tiap hari dia tanya keadaan aku. :)
bajet romantik la ni konon padahal nak tergelak gila aku pndang dia ala-ala bahagia cmtu. haha
aku kalo mengantuk kat kelas, mesti aku mesej n kacau dengan dia. mesej pertama ktorang "wei, ngntuk gile aku," haha. kadang-kadang untuk hilangkan rasa mengantuk dalam kelas, aku mesti baca mesej yang jiwang-jiwang. pastu aku forward kat abe we suh dia baca. aku suh dia simpan n bagi kat 'cikgu pemulihan' dia. haha.

lastly, dulu aku banyak gila jerawat. yela, sebab masa form 5 dulu, tak naik jerawat. bila dah masuk maktab n hormon tak stabil, naik jerawat bertubi-tubi. hodoh gila. nasib ada geng kat kelas tu. abe we la geng aku. haha. agaknya sebab tu la kot ktorang blh rapat. haha. tapi sekarang alhamdulillah..muka i dah okay tau! haha
masa ni byk gile jerawat aku.lepas aku dah hbis zaman kgemilangan jerawat baru la abe we punya zaman kgemilangan lak. haha. sengsara gila. lec pun naik plik npe aku naik jerawat. haha
waaa..panjang dah aku tulis. ni mesti terlebih dengar lagu jiwang. okay, sampai sini je nak cerita.

ONCE again...happy birthday abe we! :)

bui bui

RINGKAS TAPI SANGAT MEMBERI MAKNA


kalau selalu berdoa dimurahkan rezeki, mesti rezeki akan dimurahkan. alhamdulillah. thank you ayah co sebab hadiahkan ain. malam tadi tido lena sambil tersenyum tauuu! hehe.

TAHNIAH AWAK! MELAYANG DUIT UNTUK SUKA-SUKA

hai.

balik kelantan ni aku berani mati sebab tak bawak selipar langsung pun. yang aku selalu pakai kat kelantan ni ialah kasut getah. kasut getah ni aku akan pakai bila hari hujan sebab senang nak pijak-pijak air. tak payah risau kalo terpijak air. kalo pakai kasut yang lawa-lawa aku kena risau sebab leceh kalo kasut kulit kena air. hehe

ni lah padahnya. patutnya sejam sebelum aku pergi perhentian kajang haritu, aku kena ada kat bilik. tapi aku ada kat alamanda pulak. kelam kabut punya pasal, aku capai je kasut getah tu. akibatnya jari kaki i sakitttt. kalo setakat pakai kejap-kejap boleh la. ni pakai nak pergi shopping memang sakit la kaki i ni tauuu! haha

tadi aku pergi Vincci. aku memang tekad nak beli "selipar yang aku berkenan gila sampai tak sempat siang nak pergi beli kat alamanda haritu tapi kedai dia tutup lalu aku kecewa sendiri.". at first aku pakai tu nampak okay je. bila dah dua tiga kali posing depan cermin, cam hodoh la pulak. tak masuk ngn jiwa aku. tak jadi beli!

pergi pulak adidas. selipar adidas yang aku try haritu rasa lawa je masa aku pakai kat alamanda. pakai kat kb mall, terus nampak tak lawa. tapi selipar tu memang selesa la kalo nak shopping dan berjalan seharian.
strap yang aku nak tu bukan warna pink. dia warna hijau. lagi comel. haha
at last aku cam dah give up untuk beli selipar. suna bawak aku pergi al-ikhsan. ingat kan nak hold dulu beli selipar sebab nak tengok kat Sogo ke or nak beli sandal Clarks je terus. biar beli sekali je yang mahal. lepas tu mesti dah tak mau beli sandal lagi. haha

masuk kedai tu, aku dah terpikat dengan kasut Nike yang warna pink. aku pun tak tau kenapa la sekarang ni aku demam kasut pink. pelik!

pink ke purple? nak dua dua boleh?
tengok dua tiga kali, kasut yang warna purple pun tak kurang lawa nya. bila fikir fikir balik, kasut pink aku dah ada. apa kata beli warna purple pulak. tanya abang tu saiz 5.5 tak ada la pulak. so, it means that dia suruh aku amik warna pink. okay! i'm PINK! pink pun lawa la. lagipun aku suka warna yang cerah cerah ni. rasa riang je. [sebab tu la kawan aku cakap aku tak matang dan macam budak-budak]. haha

tadaaa! dah selamat beli! hehe. saya degil tak nak dgr cakap aa. haha
ka-ching ka-ching! $$$ [bunyi duit keluar].. okay fine..beg duit yang ada duit not warna biru dan ungu dah makin berkurang. sedihnya. duit.....turunlah dikau kepadaku! beranaklah dikau dalam 'bank'ku.. aminn.. hehe.

* budak-budak maktab, jom doa setiap saat supaya duit cepat beranak dalam bank.. :)

bui bui! :)

BABY? MUNGKIN TIDAK SEKARANG

hai. 

sambungan untuk entri kat bawah ni ha. siang tadi lepas dah sampai rumah makcik, aku siap siap untuk pergi makan. lepas pergi makan tu, makcik aku nak lawat kawan dia yang baru lepas bersalin.

untuk terus terang, aku sangat sukakan baby. tapi kan. aku memang tak biasa pegang / dukung / or main dengan baby. mungkin disebabkan faktor dalam keluarga aku semuanya dah besar besar. tak ada baby baby dah. jadi, aku kurang pendedahan dengan teknik nak menjaga n pegang pegang baby ni. kazen aku pun cakap yang aku panggil baby pun dah macam aku panggil kucing je. sebab kat rumah aku ada kucing. biasa main dengan kucing je la. haha.

tadi aku tengok baby alolololo keciknya dia. aku pegang pegang tangan n kaki baby tu. memang kecik tapi seorang baby sangat besar bila berada dalam perut ibu. 


kawan makcik aku tu dia kena bedah untuk bersalin baby tu. dia cakap sakit sangt. terasa kena toreh hidup-hidup. OMG! takutnya aku. rasa lemah badan aku dengar cerita bedah bedah jahit jahit ni. serius takut. rasa tak sedia lagi. dan mungkin takkan sedia kot. banyak lagi dia cerita pasal dia bersalin.

aku baca kat majalah yang bersalin dalam air kurang rasa sakit. but then still rasa sakit. tak de ke bersalin secara magic? haha. aku cakap dengan seorang kawan aku tadi yang aku takut la nak bersalin nanti. aku nak bersalin secara magic je. gila tak matang pemikiran aku! haha.

sebenarnya benda ni dah macam jadi satu fobia untuk aku. walaupun aku tak pernah lagi rasa sakit bersalin tu camana tapi ntahla. takut la rasa. nakkan plak kalo tengok video orang bersalin. rasa nak pengsan dengan dengar suara perempuan tu jerit-jerit lagi. 

aku masa form 2 dulu pernah bagitau seorang kazen rapat yang aku takut nak kawin. bila kazen aku tanya kenapa takut, aku akan jawab " sebab nanti aku kena tido dengan suami aku." [hebat kan alasan aku?! hehe]  so, kalo dah tido berdua berlainan jantina, korang tau la kan pe akan jadi. nak kan plak kalo dah sah suami isteri. lepas tu, nanti kena bersalin. korang bayangkan aku masa form 2 aku dah risau pasal benda-benda ni. mungkin sebab aku rajin baca buku biology masa form 2. haha. sampai sekarang la aku sentiasa rasa risau. tapi aku tau, segala dosa perempuan yang bersalin akan terhapus.

entah bila la aku akan hilang fobia ni. harap-harap fobia ni akan hilang. takut! so, perbanyakkan baca al-Quran masa tengah mengandung dan amalkan doa-doa mudahkan bersalin. dan masa tengah tunggu kelahiran baby tu, baca la surah Maryam, Yassin, Yusof dan Luqman. ada lagi surah-surah lain. boleh la google untuk surah surah yang lain. :)

* baby kat bawah ni ialah anak sepupu aku yang ketiga. baby girl. tadi dia nangis bila dengar aku nyanyi lagu twinkle twinkle little star. haha. panik terus aku. aku angkat baby ni, lagi la dia nangis. aku tak reti la nak main dengan baby tapi dengan budak-budak kecik aku reti! haha. tak berjiwa ibu betul la aku ni. hehe
p/s: kena tunggu adik beradik aku kawin n dapat baby baru aku reti main dengan baby kot. haha.

bui bui!

HIDUP YANG KELAM KABUT

hai.

 orang lain dah seronok seronok dua tiga hari duduk kat rumah. aku baru nak balik rumah. nak buat cmana. aku tak banyak duit nak beli tiket kapal terbang. jadi, kena la beli tiket bas je. lagipun aku dah lama tak naik bas travel jauh-jauh. tapi kan..rasa seronok sangat! lain kali dah boleh naik lg ni. hehe.

bas aku sepatutnya bertolak pukul 8.30 malam. tapi atas sebab-sebab masalah teknikal, pukul 2 pagi baru la bas aku bertolak. dah la aku penat gila. semalamannya tu aku overnite dengan ain n cucut. bukan buat kerja tak elok pun. aku pergi makan-makan kat downtown cheras. makan macam-macam. tapi dalam pukul 3 pagi, aku dah tumbang tido dalam kereta. ouh, aku memang kaki jalan tapi aku bukan kaki overnite. aku kaki tido. sebab tu la kalo dalam kereta aku cepat tertido. haha.

balik maktab dalam pukul 6.30 pagi. balik mandi, solat n packing barang nak bawak balik. lepas dah setel semua, aku pengsan sampai pukul 4 petang. [penat overnite la konon]. haha. bangun bangun aku rasa lapar gila. ingat nak pujuk perut supaya makan malam karang je tapi perut aku lagi merajuk. haha. kebetulan lak aku terasa nak pergi alamanda sebab aku dah teringat-ingat satu slipar vincci tu. fikir punya fikir at last dalam pukul 6 petang aku keluar maktab dengan junior aku. dah la pukul 7.30 tu aku nak pergi perhentian kajang dah. teruk!

meet my junior. Eka Rah. prangai dia lebih kurang cam aku je. kaki jalan. haha
aku ajak junior aku temankan. tempat pertama pergi ialah FOOD COURT. tak maulah makan fast food. nak makan nasi! borak punya borak dah tak sedar dah pukul 7. rush cepat-cepat pergi Vincci. tapi MALANG BETUL! kedai tu tutup sempena raya cina. ouh! rasa tak berbaloi gila aku pergi Alamanda haritu. untuk hilangkan rasa merajuk dengan diri sendiri, aku hadiahkan diri aiskrim. aiskrim sejuk. so, hati aku pun jadi sejuk sekali. haha. lepas tu pg Big Apple untuk beli donut feveret untuk makan atas bas nnti. hehe.

aku dengan Eka beli aiskrim cotton candy famous amos yang warna warni paling comel tu. ni. tapi aiskrim cotton candy Baskin Robbin lagi sedap.
pukul 7.30 tu jugak la baru aku balik maktab. smpai maktab, lagi la rush nak tukar baju bagai. nasib dah packing awal-awal.15minit kemudian, aku dah slamat sampai perhentian kajang. punya kemain panas aku rasa sebab rushing kan. dah la tak sempat mandi malam lak tu. haha.

tunggu punya tunggu..lastly bas gerak pukul 2 pagi. tu pun masa aku tengah syok-syok charging tab kat suis tepi jalan. nasib jugak de wifi. tak adalah bosan sangat. kawan aku lak asyik bergayut dgn pakwe je. jeles! haha.

bila dah naik bas tu, jakun la jugak aku rasa. nak kan plak first time naik bas dua tingkat. rasa tinggi semacam. aku dengan ain kebetulan dapat seat depan sekali. memang aku lagi jakun la. rasa macam tengah menonton wayang 4D. haha. selimut satu badan, dengar ipod sambil layan jiwa. pergh! terbaik lah! haha. tapi kan..disebabkan aku dah lama tak travel jauh-jauh naik bas, aku rasa mual-mual gila. rasa tak sedap badan la. patutnya aku beli travel pills je.
kaki aku panjang. kalo tak melunjur camni, kaki aku akan lenguh. hehe
bila dah masuk sempadan Pahang, aku dah mula terlelap. bila bukak mata, dah sampai Gua Musang. bangun tido bangun tido. tu je la kejenya.

disebabkan aku tak tau mana bas ni akan berhentikan ktorang dekat Kota Bharu, aku tido lena je la. tup tup ain kejut cakap jom turun. aku dah la tengah mamai mamai berselimut lagi. cepat-cepat aku packing. turun tangga dengan mamai. tergelincir sikit aku kat tangga. sempat jerit lak tu. HAHAHA. tapi tak malu pun sebab tengah mamai kan. separa sedar. haha.

apa-apa pun..pengalaman naik bas memang syok. bukan selalu aku naik bas. walaupun penat tapi aku rasa tetap best! balik maktab dari kelantan aku tak naik bas dah. kita naik kapal terbang la pulak. hehe.

bui bui!

15 WAYS TO SAY I LOVE YOU

hai.

selamat bercuti kepada semua yang bercuti. aku suka lah part cuti-cuti ni. sebab kan, tak payah rush nak pergi kelas pagi-pagi n fikir tentang kerja. dan sebab yang paling penting ialah I'M FREE FROM MAKTAB'S SURROUNDING. fuhhh. lega sangat. hehe.

semester ni banyak betul plan nak pergi jalan-jalan. harap-harap semuanya dapat berjalan dengan lancar. aku dah la jenis suka travelling. suka jalan-jalan. kalo duk jadi, jeruk je, memang muka aku nampak cam jeruk je la. haha.


sempena cuti ni, aku nak share skit tentang 100 ways to say I LOVE YOU. sebenarnya kan, tak semestinya kita cakap secara lisan 'iloveu' dah cukup menunjukkan yang kita betul-betul in love dengan orang tu. kadang-kadang kita tak ikhlas pun cakap iloveu. dan untuk tengok orang tu ikhlas ke tak, tengok la mata dia masa dia sebut iloveu. eyes never lie. dan sebenarnya jugak ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS.  okay, aku tak mau cerita pasal breakup ke pe. aku nak cerita pasal cmana nak bagitau pasangan masing-masing yang 'kite suka/ sayang/cinta awak lerrrr' dalam kelakuan kita. haha

  1. mulakan kumpul barang-barang yang korang dua suka.
  2. belikan si dia tali leher yang baru.
  3. masak makanan kegemaran dia.
  4. borak pasal impian korang berdua n apa arah tuju korang dalam kehidupan bersama.
  5. tanya dia apa yang dia suka buat petang-petang. kalo boleh, ikut la.
  6. bagitau pasangan betapa bangganya uols dengan dia.
  7. kalo dia buat lawak, gelak la.
  8. tolong mak dia. [rasanya kalo tlg mak dia tnam pokok roselle lagi best kan?] hehe
  9. belikan underwear baruuuuu untuk dia... haha.
  10. bagitau dia yang dia seksi lah! haha
  11. bagitau dia yang uols suka bau perfume dia.
  12. tujukan lagu untuk dia. tak kesah la lagu apa pun.
  13. saling bermaafan.
  14. tengok mata dia masa dia tengah bercakap.
  15. "complain less, compliment more."
actually banyak lagi. tapi aku rasa 15 cara pun dah cukup. tak semestinya apa yang aku tulis ni, kena buat satu-satu. banyakkkkkkkk cara yang boleh kita buat to show love.setiap orang lain caranya. kalo macam aku, aku selalu nak buat yang terbaik walaupun aku tak ada lah baik sangat. tapi, aku belajar untuk hargai cinta yang orang beri dengan sebaiknya. hanya orang yang kenal aku, akan tau camana aku hargai cinta aku. hehehe..sebab tu, bila kita ada bf, kita akan lebih berinteraksi dengan dia berbanding kawan-kawan. praktikal masa dah kawin nanti. so, tak adalah kes isteri makan hati suami selalu keluar lepak dengan kawan-kawan :)
ingat tau.. hanya masa yang dapat sembuhkan luka dalam bercinta ni. lama atau kejap terpulang kepada individu tu sendiri. dalam masa tu, dekatkanlah diri dengan Pencipta kita. hanya Dia yang tau apa yang kita rasa dan yang terbaik untuk kita. tapi bila dah sembuh tu, jangan la lupa kat Dia pulak. ingatlah Dia masa senang dan susah. n the most important thing is don't do stupid things to hurt yourself. pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain jugak :)

I DO MISS YOU, FAMILY. DO YOU FEEL THE SAME?

hurm.. tiba-tiba hari ni rasa sayu pulak. tiba-tiba rasa rindu dengan family menebal. mungkin disebabkan orang lain semua balik bercuti dan aku seperti biasa akan jadi dilemma untuk pulang ke mana. balik sabah dah konfem tak boleh sebab memerlukan perbelanjaan yang banyak. balik seremban aku nak tapi aku tak rasa nak balik seremban sekarang. balik kelantan pun aku tak rasa nak balik tapi i need to go back to kelantan. tapi..perjalanan balik kelantan lama sangat la. 8 jam. dah lama tak travel jauh-jauh naik bas.

saya anak dara mak yang sulung. saya rindukan mak.
saya anak dara sulung mak.  hahaha
mak dan papa
 rindunya dengan family..........................bila semua orang dah balik rumah masing-masing, baru terasa kesunyian. baru teringat kat family. teringat kat mak. hurmmm... :( untung sangat sape yang tinggal dengan family. :( babang pun balik sabah cuti ni. eee... jeles! :(

pergi Alamanda tadi pun, aku tak rasa nak banyak bercakap. aku lagi suka berdiam diri bila aku malas nak bercakap sebab banyak yang aku fikirkan. salah satunya ialah heart depression. pernah tak korang rasa macam aku ni? selalunya kau akan dapat je apa yang kau nak beli and then satu hari kau terpaksa tahan daripada membeli barang yang kau betul-betul suka? S.E.K.S.A ! tak pe. sabar. semester ni banyak nak guna duit. dan kalau boleh aku tak nak susahkan parents. insyaallah. waaaa...sakit kepala la fikir pasal duit ni. dengan buku-buku lagi yang aku nak kena beli. bayar baju PBSM. baju bukan nak sehelai. 3 pasang lagi tu! mampos! X____X

HAPPY BIRTHDAY TO MAWA OMOT :)

hai.

aku ni selalu lambat sikit nak update blog. nampaknya aku dah semakin sibuk. bukan sibuk apa tapi bila dah ada kelas petang ni, rasa penat pun ada. jadi, aku sibuk merehatkan diri. haha.

harini nak cerita pasal birthday celebration rumet aku. birthday rumet i adalah semalam, 17 Jan 2012, Selasa. wah, rumet aku dah masuk 21 tahun secara rasminya. disebabkan petang tu aku pergi kayuh basikal, jadi malamnya tu aku agak penat untuk prank rumet aku. jiran aku je yang buat prank. kerja aku ialah tido dan bangun apabila dah nak pukul 12 tengah malam.


kepada MAWA OMOT, selamat datang ke alam 21. aku akan menyusul kemudian bila dah bulan Ogos. hehe. umur semakin meningkat. berat jangan bagi tingkat tau! hehe. semoga dimurahkan rezeki, dihadirkan jodoh yang baik-baik hendak-Nya. aminn.. 

handmade utk rumet.. aku men bantai je la buat. penat sgt. hehehe
 terima kasih sebab sentiasa ada di sisi aku dikala aku berduka dulu. sentiasa dengar rintihan hati aku. sentiasa dengar cerita kegembiraan aku. sentiasa support aku untuk terus lupakan kisah hitam. semua tu ajar aku untuk lebih tabah dan kuat hadapi masalah yang menimpa. and yes now, i did it! Love You Roomate

euww..knapa tdung aku begitu bulat? haha. ktorang malas nak tukar baju yang sopan. sebab tu la aya berbalut dengan slimut. mawa tutup seluar dengan kain batik dan iera pgg lelibu. hahaha
disebabkan penat dan mengantuk, mata i pun dah sepet. urgh!
kat sini mari kita cerita pasal aku dengan rumet aku.
  1. rumet lah orang pertama yang aku akan cari bila aku rasa gembira dan sedih. dialah pemegang rahsia sukaduka aku. terima kasih mot!
  2. aku pernah gaduh dengan rumet aku. kalo tak silap, dua kali. Semuanya pasal SUKAN. haha. bila ingat balik rasa klaka pun ada. tapi kami gaduh tak lama pun. sebelum aku / rumet tido, kami akan tulis surat pe yang tak puas. then, salah sorang antara kami balas surat tu n esok paginya dah baik. aku tak suka gaduh lama-lama.
  3. rumet aku adalah seorang yang cepat gelabah. dan dia berperangai macam aku je. macam budakbudak. haha. kalo datang gila tu, memang gila. haha
  4. rumet aku adalah seorang yang obses dengan apa-apa yang berkaitan dengan korea.
  5. dalam kelas aku duduk satu meja dengan rumet aku.
  6. rumet aku tinggi sikit la daripada aku.
  7. she's a good listener n caunselor.
dulu kan masa baru datang mendaftar kat maktab, aku ingat lagi, orang pertama yang aku tegur ialah rumet aku. last-last tak sangka la plak aku dengan dia rumet. rumet aku ni dulu sekolah agama. jadi, persepsi aku tentang dia adalah seorang yang alim dan warak. aku dah risau dah sebab takut tak selesa. tak boleh get along. dah la aku masa tu banyak lak tindik telinga. berbaris subang kat telinga. dengan kuku yang aku inai hitam. ish ish. tapi bila dah lama-lama kat mktab ni, aku tutup satu persatu lubang subang sampailah tinggal satu je. haha. persepsi rumet aku masa mula kenal aku, dia cakap aku rock gila tindik banyak-banyak. sekarang dah insaf dah. hehe. Thanks for being my roomate, mawa! hehe


 bui bui! :)

EXCITED SANGAT PETANG PETANG MAIN BASIKAL, MALAM SENGSARA

hai.

entri harini adalah mengenai aktiviti kayuh basikal. tengah seronok-seronok online fb, tiba-tiba ain datang bilik n ajak pergi taman botani utk pergi main basikal. urm, aku jenis tak ada hal sebab aku suka pergi jalan-jalan. hehehe. jauh perjalanan, luas pemandangan. lagipun dah lama aku tak main basikal. paling last pun aku pergi kayuh basikal semester lepas je. masa tengah bahagia dulu-dulu. tak boleh bla punya ayat! haha.

dulu-dulu punya cerita.



masa ni nak hujan dah.
 kalau dulu pergi kayuh basikal berempat. kali ni pun berempat. tapi ahli baru yang menggantikan yang lama. seperti biasa...aku..ain, cucut n ahli baru ialah iera.hehe. seronok la jugak. tapi penat la pulak aku. dah la lupa nak warming up. memang nak tido malam tu memang jadi udang la aku. aku terlebih excited sebab lumba basikal dengan dorang.

"sapa yang last, kawin dengan orang gila!"

hahaha. terus semua pun cepat-cepat kayuh basikal. haha.

iera, saya n ain
sori cucut tapi aku lagi tinggi. sekian terima kasih. hehehe
ouh, mcm romantik je kalo men 'ciku cak' kat pokok dengan pakwe. hahaha
 baru je 10minit kayuh basikal, masing-masing dah pergi serbu vending machine. tak kuat betul stamina. haha.
dr rendah kepada tinggi. haha
masa tengah kayuh-kayuh basikal nampak orang berkayak. waa, macam nak je berkayak. tapi ktorang tak de chance nk berkayak sebab nak ke tempat sewa kayak tu tak boleh masuk dengan basikal. disebabkan malas nak jalan kaki ke tempat kayak tu, kami tengok je la orang berkayak.

tengah amik gambar, nampak orang berkayak. macam nak berkayak jugak!
kat sini la ktorang tengok orang berkayak.
dalam pukul 6 cmtu, ktorang selesai main basikal. ouh, kaki aku rasa macam tak kuat je. rasa nak kena dukung je sebab bila berdiri rasa cam tak stabil je. nak terjatuh je. tu la, padan muka! tak warming up sangat! haha

main basikal ni banyak membuang tenanga dan lemak aku yang terkumpul. dah la badan aku jenis kurang lemak. ish ish ish. risaunya kalo berat badan turun. sob..sob..sob.. 

disebabkan banyak tenaga digunakan, aku jadi lapar. padahal sebelum keluar tu aku baru je lepas makan. jadi lapar yang membuak-buak. ktorang pun pergi singgah Presint 16 untuk makan petang kejap.

dah kenyang. rasa nak tido je. mata pun dah tak brapa nak bukak dah tu
balik asrama, lepas maghrib aku terus pengsan. rasa nak demam pun ada sebab terlalu penat. haha.

bui bui!

p/s: aku dah la rabun jauh, rabun cahaya n terbaru ialah silau pada cahaya matahari. mata aku macam dicucuk kalo berada di tempat yang terlalu banyak cahaya. untuk mengelakkan rasa sakit pada mata, terpaksa pakai sunglasses.dah la aku jenis tak ske pakai sunglasses. tibai je la sunglass mak. nnti ain bagi balik ye? hehehe