RIANG RAYA PART 5

PART 1  | PART 2 | PART 3 | PART 4 | PART 5

hai..

part ni ialah part terakhir aku cerita pasal raya tahun ni. lokasi part 5 adalah beraya di rumah paklong iaitu di Taman Tasik Jaya, Seremban. kiranya malam ni malam terakhir la berkumpul satu family sebab keesokan harinya masing-masing dah nak balik rumah dan asrama masing-masing. 

malam tu rumah paklong ada makan-makan. semua makanan tu dimasak oleh ibu dan acap. ada masakan barat dan juga masakan negeri sembilan. memang seronok bila berkumpul satu keluarga dan makan bersama.


sambil makan sambil tengok karoot komedia ramai-ramai. mak aih... episod raya dia kelaka betul. dulu aku tak suka la pulak tengok cerita tu. bila semua orang kat rumah tu tengok, aku pun terikut-ikut tengok. hehe.


lepas makan, lepak kt bilik acap. bilik kazen aku ni sangat pelik. aku pun tak tau hobi dia yang sebenar. pelik. lain daripada orang lain. bilik dia penuh dengan herba-herba, lilin la n macam-macam la. sebelum ktorang masuk bilik dia pun, dia akan hembus-hembus satu aroma herba yang teramat BUSUK! nak pengsan aku bau. macam bau bangkai tikus setahun. hahahaha.

 lukisan tangan acap. acap sangat pandai melukis dan mewarna tau n sebab tu dia amik interior design

patung yang dijahit sendiri oleh acap. hehe. comel
patung voodoo..
patung comel dari tanah liat tu pun acap buat sendiri. acap ialah yang pakai spec tu la.
gambar ni nampak mcm lucah sedikit. haha. bnda yang kat punggung acap tu ialah ekor kuda. aku no idea kenapa dia nak smpan ekor kuda tu. that's y aku cakap bilik dia pelik.

kemudian, bila dah pukul 11 lebih macamtu, orang-orang tua balik rumah dan aku dengan beberapa orang kazen stay lagi kat rumah paklong. balik lewat sikit sebab nak borak-borak. kerja ktorang ni tak habis-habis berborak. panjang lebar ktorang borak. rasa macam tak ada penghujung. semua ktorang share bersama.

bulat mesej bila nak balik rumah. haha


duduk kat luar rumah sambil makan cheese cake yang acap buat. sambil tu main game bola. ktorang borak sampai la pukul 1 lebih. lepas tu baru acap hanta ktorang balik rumah. :)

eskandar n amim
game bola. aku xtau la permainan ni nama apa  =,='
keesokannya semua pun siap-siap nak balik. family aku nak balik sabah. aku nak balik mktab, kazen nak balik tempat blaja dia kat perak n kiranya semua pun akan sibuk dah lepas ni. tunggu cuti yang akan datang je. tak sabar nak cuti hujung tahun. :)

entri Riang Raya tamat di sini..bui bui! :)

TO PORT DICKSON WITH LOVE PART 1

PART 1 | PART 2 | PART 3
hai.

walaupun aku tengah sibuk buat assignment, why not berhenti kejap dan menulis entri baru sebelum basi. sebenarnya aku tengah stress ni. so, untuk hiburkan diri aku nak menulis entri baru mengenai 'percutian' kami ke Port Dickson.

selepas cuti raya seminggu, aku dah kira-kira cuti aku yang tinggal. ouh, malasnya raya nak balik ke kelas dan buat rutin seperti biasa. serius! so, selepas raya tu, hari isnin sepatutnya kelas berjalan seperti biasa tapi hari tersebut ktorang ada seminar pantun. so, kira tak ada kelas la jugak. best!

keesokannya iaitu selasa sampailah khamis, aku bersama clasmet pergi ke PD untuk Program Integrasi Terapi dalam Kemahiran Menulis. program ni sangat seronok sebab diadakan kat Hotel Seri Malaysia. lagi la terasa seronok bila makan sedap-sedap, tido dalam sejuk-sejuk, mandi kolam renang, dan yang paling penting, mengukuhkan lagi hubungan dengan clasmet.

hari selasa tu kami bertolak dari maktab pada pukul 9.30 pagi. kebetulan pulak pagi tu hujan. so, aku dengan rumet expect mesti bertolak lambat ni. tengah breakfast kat bilik dengan mawa n fik, tiba-tiba abe we kol suruh datang kat bas sebab ktorang je lagi yang tak datang. kelam kabut aku bawak beg.

perjalanan ke PD aku rasa amik masa sejam kot. aku pun tak sure sebab aku lemah sikit dalam menganggar sesuatu. dalam bas aku lagi selesa duduk sorang-sorang sebab malas nak bercakap dengan orang sebelah. bosan bosan dalam bas aku men twitter tweet dengan clasmet. sorang duduk depan. sorang duduk belakang. bagus sangat la tu. hehe

u see..clasmet sendiri pun dah tau habit aku yang suke tdo dalam perjalanan. hehe
dalam pukul 12 kami pun sampai ke destinasi yang ditujui. angkat beg masing-masing dan menuju ke bilik. bilik girls kat tingkat 1 n bilik guys tingkat 2. but then masih boleh intai-intai lagi kat tingkap. haha. dan bilik aku boleh nampak swimming pool. dekat sangat. kalau keluar ikut tingkap pun boleh. hehe.


rumet aku 3 hari tu ialah mawa, fik n kein. aku sekatil dengan mawa n fik dengan kein. yang paling best dalam bilik tu kan, ktorang boleh kol bilik orang lain. so, sangat bertuah sape yang kapel dengan clasmet sendiri. malam-malam boleh bergayut guna telefon bilik. haha. tapi kat kelas aku tak de yang kapel sesama sendiri okay?!

rumet! menuju ke swimming pool
pukul 3 petang, kami turun ke kolam renang untuk jalankan terapi pertama iaitu terapi air. terapi air ni bagi keyakinan kepada murid-murid pemulihan yang takutkan air. banyak game ktorang main dalam kolam renang tu. tiada percampuran antara lelaki dan perempuan. no no no no... aku rindukan gelak ketawa semua clasmet aku. rasa gembira sangat. terapi air mula pukul 3 petang n habis pukul 5 petang. selebihnya kami dibenarkan untuk berenang sendiri.

excited sampai nak amik gambar kt kolam. jakun! hehe
puan mas bagi mukadimah kejap

disebabkan dah lama tak swimming, aku rasa penat dan lapar sangat! dah puas swimming, aku balik ke bilik untuk siap-siap pergi makan malam pada pukul 7.30 malam.

bsama omot. tunggu nak makan je ni. masa ni lapar tak boleh tahan sampai aku bantai mister potato sorang-sorang. hehe
makanan dia perghhhh! tak payah cerita. dah la tengah lapar masa tu. aku makan banyak sangat. kalau lah aku duduk sebulan kat hotel tu, mesti aku gemok. nyum3.

hikhikhik.. titew malu la makan makanan banyak-banyak ni sebab titew jenis tak makan banyak. hehe



pukul 8.30 malam aktiviti perbincangan tentang teori terapi kami bermula. kami diberikan kepada beberapa kumpulan dan diminta untuk mereka pergerakan bagi terapi pergerakan. kat sini la kami kena plan dalam satu kumpulan menari dan persembahkan pergerakan tersebut pada sesi esok pagi.


at last, sesi teori tamat pada pukul 9.30 dan lecturer bagi kami stay kat bilik persidangan tu untuk berbincang pergerakan. siapa nak balik bilik pun boleh. :)

malam tu rasa penat sangat. baru je plan nak lelap tetiba napi kol ajak keluar kat kawasan sekitar tu. so, aku bersama mawa keluar sementara rumet aku yang dua orang tu dah lelap. penat sangat agaknya.

aku keluar dengan baju tdo je. kami keluar beramai-ramai tapi aku dengan mawa je la perempuan. perempuan lain semua dah tdo. ada hafiz, nuar, alin, napi, aku n mawa. borak-borak sambil tengok mat rempit merempit depan kami. ish3.

kami lepak tak lama pun sebab masing-masing pun penat. balik bilik terus tertido. tak sedar dah bulat hanta mesej.

bui bu! :)