CERITA BEAR DAN RABBIT

hai.

pernah tak ada kawan yang kita rapat tapi kita tak pernah tahu kenapa kita boleh rapat dengan dia? mungkin sebab chemitry? mungkin sebab dia lebih kurang perangai macam kita? atau mungkin dia pelengkap kepada kekurangan kita?

macam-macam sebab yang kita boleh nyatakan kenapa dia boleh jadi pelengkap kepada kita walaupun dia hanyalah seorang yang bergelar kawan. susah nak cari kawan yang betul-betul boleh sabar, faham, boleh buat kita senyum tanpa sebab dan sentiasa berada di sisi kita bila kita perlukan seseorang. 


pernah tak ada kawan rapat dan dengan dialah kita share cerita, kita share rasa tak puas hati, kita share rasa marah, kita share rasa sedih, kita share rasa sakit, kita cari dia bila rasa takut, tak dapat tido malam atau mimpi buruk-buruk dan dialah jugak yang kita boleh dengar nasihat dia?


pernah tak ada kawan yang dengan dialah kita gaduh main-main, bergelak ketawa, kawan yang kita suka sakat dan semualah dia. dan pernah tak rasa bersalah sangat bila kita buat sesuatu yang dah menyakiti hati kawan kita?
 

 dan...... bila dah jadi macam tu, kawan terasa hati dan jauhkan diri dan kita akan rasa macam hilang sebelah sayap. hilang pelengkap. dan kita akan jadi pendiam seperti bear ni?


semua orang pun pernah rasa kan..
p/s: bear dan rabbit ni comel kan? hehehe

bui bui! :)

PBS GANTI DI SK SERDANG

hai.

8 September 2012 yang lepas, aku dengan beberapa orang clasmet yang kurang bernasib baik telah dikehendaki untuk mengganti PBS yang tak cukup kehadiran. PBS sebelum raya haritu, aku pergi sekolah 3 hari je sebab sekolah PBS yang aku pergi tu amik cuti dua hari. memang heaven la masa tu sebab cuti awal. tapi sakit jugak la bila kena ganti. nasib sehari.

kumbang di sebalik 4 kuntum bunga. hehe
yang sakitnya tu, PBS ganti tu dibuat pada hari Sabtu dan sangat jeles bila tengok rumet sedap je tdo di kala aku terpaksa bangun pukul 6 pagi untuk bersiap ke sekolah. ouh! :(

pihak maktab telah tentukan setiap kelas akan pergi ke sekolah yang berbeza dan undian telah dibuat. kelas aku telah dapat SK SERDANG. nasib la dikira dekat jugak la dari maktab. kalau dapat sekolah kat Taman Universiti yang kat KL sane, memang kena bangun lagi pagi la sebab takut jem. even kat area Kajang pun jem, ni kan pulak KL. 


pagi tu memang nampak ramai jugak la pelajar-pelajar batch aku yang bersiap-siap untuk pergi ke sekolah masing-masing. aku berfikir jugak, cmni la kan kalau aku praktikum semester depan. kalau tengok dak perempuan batch aku yang nak pergi PBS ganti ni, memang lain la penampilan dorang masa nak ke kelas. nak pergi kelas, comot-comot je. nak pergi sekolah, hah melawa habis. hehe.

dalam pukul 7 pagi, dengan menaiki kereta kein, kami berlima pun sampai kat sekolah yang ditujui. ni la pertama kali aku pergi PBS dengan clasmet n kawan-kawan maktab. sebelum ni aku selalu seorang je. sekolah yang ktorang PBS tu, ada 4 orang senior ktorang. dua kos pemulihan n dua kos pj. memang kenal la dengan dorang. dorang pun macam gembira la ada junior yang comel-comel ni datang kat sekolah dorang. haha.

pada hari tu jugak, sekolah tu ada buat program 1 Murid 1 Sukan. actually ktorang ada je bawak baju sukan tapi malas nak tukar bila dah pakai baju kurung lawa-lawa. so, jadi pembantu sampingan je la.

kat sekolah ni macam ada satu pesen tau budak2 main sep sep sep. tak kira la lelaki ke perempuan. mana-mana aku pergi msti nmpk murid main sep sep sep tu
antara stesen untuk program 1 Murid 1 Sukan
lelaki pakai seluar track adidas tu adalah senior pemulihan aku, syamil. semester 6.
yang ni pun sama senior pemulihan semester 6. kak asma
kein jaga stesen 1
haritu jugak, aku terkenal dengan nama Cikgu Ain sebab selalunya kalau pergi sekolah-sekolah yang aku PBS, murid panggil aku Cikgu Zati. macam ada dua watak pulak. hehe.

tadaaaa! hahaha
dan u know what, aku telah meninggalkan jejak yang sangat buruk kat sekolah tu! ya ampun, malunyaaaaaa bila ingat balik. serius! masa tu aku tengah jalan-jalan kat sekitar kawasan program dan aku menuju ke pondok untuk berteduh. pastu boleh pulak aku terjatuh. bedebuk! nasib tak golek-golek je. malu! malu! malu! jatuh pulak depan cikgu kacak! lagi malu! HAHAHAHAH. bongoknya rasa. tu la, tengok lagi fon. padan muka! terpaksa aku tebalkan muka depan cikgu kacak tu. gila malu!

dalam pukul 12 tengahari, program tu selesai dan kami berlima berhajat untuk melawat Kelas Pendidikan Khas. ni adalah kali ke-2 aku melawat kelas pendidikan khas. so, prasaan takut dengan murid pendidikan khas dah hilang la sikit. but then aku still takut.
murid yang berbaju ungu ni kan umo dia sebenarnya dah 13 tahun.
ada satu kejadian kat kelas pendidikan khas yang buat aku rasa neves gila. masa tu aku tengah type mesej kat fon. tiba-tiba de seorang murid down-syndrome datang kat aku mintak fon kat aku. 

" iphone! iphone! iphone!"

aku jauhkan tangan daripada murid tu tanda tak bagi dia nak main fon aku. then, murid tu keluar dari kelas. aku pun duduk dekat dengan seorang guru praktikum pendidikan khas, tiba-tiba murid pendidikan khas yang keluar dari kelas tadi, muncul dari belakang dan berdiri kat tepi aku dan rapat sangat dengan aku. aku terkejut. rasa nak sakit jantung. fon aku tu sikit lagi aku nak terlempar sebab terkejut sangat. budak tu nak bersalam rupanya.

pastu murid tu mintak lagi fon kat aku.

"cikgu, ada game tak?"
"cikgu tak main game."
"cikgu, nak iphone!"
" no no no! tak boleh. nanti suami cikgu nak telefon habis bateri,"

terus dia macam give up tak mau mintak fon dah dengan aku. aku pun simpan fon dalam beg. kamera pun aku sorok sebab murid pendidikan khas ni, dia sangat suka dengan gajet. kemudian, aku dengan kawan-kawan tengok murid-murid  ni menyanyi lagu kat laptop sampai la pukul 12.30. dorang balik pukul 12.30.

hasil kerja murid pendidikan khas. biri-biri tu comel sangat kena tampal dengan kapas.

then, ktorang ingat nak singgah kelas pemulihan pulak tapi kelas pemulihan dah tutup la pulak. then, ktorang terpinga-pinga tak tau nak pergi mana. at last terjumpa dengan GPK 1 sekolah tu. GPK tanya apa yang ktorang dapat seharian kat sekolah tu. kalau tak dapat jawab, dia tak bagi balik awal. hehe

pukul 1 kami keluar dari kawasan sekolah dan menuju ke Semenyih untuk pergi beraya kat rumah lecturer ktorang. ada open haus pulak haritu. lagipun clasmet yang tak kena ganti PBS, dah gerak awal pergi rumah lec tu. so, dorang tunggu ktorang sampai je kat sana.

makan sikit je sebab kat kantin sekolah dah makan. lauk kambing! suka! suka! suka!
open haus encik tarmizi

dalam pukul 4 petang aku balik maktab selepas shopping barang untuk buat bahan bantu belajar. habis jugak la RM100. memang sebab tu la duit aku selalu cepat habis. semester ni banyakkkkk sangat buat bahan bantu belajar.

bui bui! :)

TO SETIA ALAM WITH LOVE

hai.

im back! :)

harini nak sambung cerita yang rasanya hampir basi. bulan Syawal pun dah tinggalkan kita semua tapi aku masih nak cerita peristiwa di bulan syawal. sori untuk entri yang lambat macam siput bebi.

beberapa weekend yang lepas, aku bersama tiga orang kazen telah ke Setia Alam untuk beraya ke rumah ella. ella adalah girlfren kepada acap dan aku pun tak pernah jumpa in person dengan ella ni. so, harus grab peluang keemasan ini. hehe.

disebabkan pada weekdays sebelum pergi beraya rumah ella ni, aku ada program kat Port Dickson, jadi perut aku dah memang dah reset kalau pukul 7 petang dia mesti akan menangis minta diisi makanan. hehe. so, aku balik seremban dalam pukul 7 petang dan masa tu jugak la kan perut eden ni nak berbunyi. masa tu dah lapar gila lah. kalau boleh nak jadi gorilla cm bulat makan char kuey teow! hahaha

sampai stesen ktm senawang hampir pukul 8. cepat-cepat balik rumah makcu dan tunaikan apa yang patut sambil tunggu kazen bersiap. selepas tu, kami pun menuju ke Setia Alam. 

perjalanan ke rumah ella ambil masa dalam sejam jugak. so, dalam kereta ktorang berborak. dan yang paling penting acap mesti tak ketinggalan cerita pasal korea dia. HAHA. tak habis-habis dengan korea dia. biasa la, baru balik dari Korea. hehe

nak masuk kawasan perumahan ella ni, cerewet sangat. selalunya kalau kita nak masuk kawasan perumahan yang ada security, SELALUNYA LAH tinggalkan ic je kan. ni tak.. tinggalkan lesen memandu dengan ic, nak kol tuan rumah la tanya kenal ke tak pelawat, cek bonet la dan siap hantar guard lagi untuk ikut kereta ktorang. guard tu akan kembali ke pondok guard bila kita dah selamat masuk rumah yang dituju. serius cerewet! dan setiap penjuru kawasan perumahan ada guard jaga. phewww... rasa macam nak langgar je dengan kereta.

at last kami sampai kat rumah ella. expectation aku terhadap ella, dia adalah seorang yang berisi dan tinggi. tapi  rupanya jauh meleset sebab sekurus-kurus aku, dia lagi kurus. dan dia pendek je dari aku. kiranya ella ni kurus dan kecik. hehe.


and satu lagi...dorang boyfren girlfren ni sempoi sangat. tak macam kapel-kapel lain. dorang ni macam bestfren plus dorang ni tak adalah obses sangat cam kapel-kapel lain yang perlu mesej n kol 24jam. n this is SUPERCOOL okay!

rumah dia sangat grand. walaupun besar rumah tu cam rumah aku je kat sabah tapi perabot dan susunan perabot menampakkan rumah tu luas dan mewah! rumah dia tak banyak perabot dan itu yang seronok tu.

masa ni dah pukul 1.30 pagi. langsir rumah pun dah tutup. hehe

ktorang tetamu yang pertama sampai. masa tu dah pukul 10 malam. lewat kan datang beraya rumah orang. hehe. dan selepas beberapa minit duduk lepas ambik makanan, tiba-tiba ramai pulak tetamu datang. 


malam tu mak ella buat soto, nasi impit, kuah kacang, lontong dan ada marshmellow with chocolate fountain. hehe. aku dengan 3 orang kazan tak beria-ia pun makan sebab malu. acap je yang tak tau malu. so, acap je yang tolong amik makanan kat ktorang n ktorang makan! haha.

see...kecik kan mak dia.
aku yang kelaparan dalam ktm tadi terus tak rasa lapar bila segan datang rumah orang. hipokrit kan.. pastu bajet makan sikit. ceh! padahal realitinya perut aku sorang je yang tau betapa aku LAPARRRRR tahap babun dah. HAHA.

dalam pukul 12 malam semua tetamu pun balik dan ktorang je yang tinggal lagi tak balik-balik. ni la kali pertama aku datang beraya kat rumah orang pastu balik lewat malam. ktorang balik pukul 2 pagi. tu pun lepas aku paksa-paksa kazen aku suh balik. kalau tak, mau pukul 5 pagi kazen aku nak beraya.


mak ella ni orang sabah. orang papar. so, apa-apa mesti mak dia cakap sabah dengan aku. hehe.  pastu kan...mak ella ni sporting dan mesra. mak dia suka buat lawak dan mak dia ni kecik je. bila ktorang je tetamu yang tinggal, mak dia ajak karaoke dan poco-poco! gila la..tak pernah dibuat orang. datang beraya rumah orang haruslah sopan dan tatatertib tapi akhirnya terbongkar semua perangai bila mak dia ajak karaoke dan poco-poco.

euwww..tengok sape la yang baju kemeja petak tu..ish ish. teruk!


bukan terbongkar apa..masa tu tak de rasa malu-malu dah nak menari, nak bergelek, nak suara pecah, lari pitching ke apa.  HAHAHA. dah lupa diri pulak yang ktorang ni tengah beraya kat rumah orang. hehe. kazen aku siap bertarian endang lagi tauu.... ish3..


at last, bila dah penat menari dan poco-poco aku pun ajak kazen aku balik. dah mengantuk dah masa tu. mata pun dah merah. sampai rumah makcu dalam pukul 3 pagi jugak la. memang masa dalam kereta aku dah terlelap gila sebab penat sangat. 
sebelum balik harus amik gamba kenangan. hehe

terima kasih ella dan keluarga atas layanan yang sangat seronok!

bui bui! :)

RIANG RAYA PART 5

PART 1  | PART 2 | PART 3 | PART 4 | PART 5

hai..

part ni ialah part terakhir aku cerita pasal raya tahun ni. lokasi part 5 adalah beraya di rumah paklong iaitu di Taman Tasik Jaya, Seremban. kiranya malam ni malam terakhir la berkumpul satu family sebab keesokan harinya masing-masing dah nak balik rumah dan asrama masing-masing. 

malam tu rumah paklong ada makan-makan. semua makanan tu dimasak oleh ibu dan acap. ada masakan barat dan juga masakan negeri sembilan. memang seronok bila berkumpul satu keluarga dan makan bersama.


sambil makan sambil tengok karoot komedia ramai-ramai. mak aih... episod raya dia kelaka betul. dulu aku tak suka la pulak tengok cerita tu. bila semua orang kat rumah tu tengok, aku pun terikut-ikut tengok. hehe.


lepas makan, lepak kt bilik acap. bilik kazen aku ni sangat pelik. aku pun tak tau hobi dia yang sebenar. pelik. lain daripada orang lain. bilik dia penuh dengan herba-herba, lilin la n macam-macam la. sebelum ktorang masuk bilik dia pun, dia akan hembus-hembus satu aroma herba yang teramat BUSUK! nak pengsan aku bau. macam bau bangkai tikus setahun. hahahaha.

 lukisan tangan acap. acap sangat pandai melukis dan mewarna tau n sebab tu dia amik interior design

patung yang dijahit sendiri oleh acap. hehe. comel
patung voodoo..
patung comel dari tanah liat tu pun acap buat sendiri. acap ialah yang pakai spec tu la.
gambar ni nampak mcm lucah sedikit. haha. bnda yang kat punggung acap tu ialah ekor kuda. aku no idea kenapa dia nak smpan ekor kuda tu. that's y aku cakap bilik dia pelik.

kemudian, bila dah pukul 11 lebih macamtu, orang-orang tua balik rumah dan aku dengan beberapa orang kazen stay lagi kat rumah paklong. balik lewat sikit sebab nak borak-borak. kerja ktorang ni tak habis-habis berborak. panjang lebar ktorang borak. rasa macam tak ada penghujung. semua ktorang share bersama.

bulat mesej bila nak balik rumah. haha


duduk kat luar rumah sambil makan cheese cake yang acap buat. sambil tu main game bola. ktorang borak sampai la pukul 1 lebih. lepas tu baru acap hanta ktorang balik rumah. :)

eskandar n amim
game bola. aku xtau la permainan ni nama apa  =,='
keesokannya semua pun siap-siap nak balik. family aku nak balik sabah. aku nak balik mktab, kazen nak balik tempat blaja dia kat perak n kiranya semua pun akan sibuk dah lepas ni. tunggu cuti yang akan datang je. tak sabar nak cuti hujung tahun. :)

entri Riang Raya tamat di sini..bui bui! :)