hai.
then, ktorang ingat nak singgah kelas pemulihan pulak tapi kelas pemulihan dah tutup la pulak. then, ktorang terpinga-pinga tak tau nak pergi mana. at last terjumpa dengan GPK 1 sekolah tu. GPK tanya apa yang ktorang dapat seharian kat sekolah tu. kalau tak dapat jawab, dia tak bagi balik awal. hehe
pukul 1 kami keluar dari kawasan sekolah dan menuju ke Semenyih untuk pergi beraya kat rumah lecturer ktorang. ada open haus pulak haritu. lagipun clasmet yang tak kena ganti PBS, dah gerak awal pergi rumah lec tu. so, dorang tunggu ktorang sampai je kat sana.
dalam pukul 4 petang aku balik maktab selepas shopping barang untuk buat bahan bantu belajar. habis jugak la RM100. memang sebab tu la duit aku selalu cepat habis. semester ni banyakkkkk sangat buat bahan bantu belajar.
bui bui! :)
8 September 2012 yang lepas, aku dengan beberapa orang clasmet yang kurang bernasib baik telah dikehendaki untuk mengganti PBS yang tak cukup kehadiran. PBS sebelum raya haritu, aku pergi sekolah 3 hari je sebab sekolah PBS yang aku pergi tu amik cuti dua hari. memang heaven la masa tu sebab cuti awal. tapi sakit jugak la bila kena ganti. nasib sehari.
yang sakitnya tu, PBS ganti tu dibuat pada hari Sabtu dan sangat jeles bila tengok rumet sedap je tdo di kala aku terpaksa bangun pukul 6 pagi untuk bersiap ke sekolah. ouh! :(
pihak maktab telah tentukan setiap kelas akan pergi ke sekolah yang berbeza dan undian telah dibuat. kelas aku telah dapat SK SERDANG. nasib la dikira dekat jugak la dari maktab. kalau dapat sekolah kat Taman Universiti yang kat KL sane, memang kena bangun lagi pagi la sebab takut jem. even kat area Kajang pun jem, ni kan pulak KL.
pagi tu memang nampak ramai jugak la pelajar-pelajar batch aku yang bersiap-siap untuk pergi ke sekolah masing-masing. aku berfikir jugak, cmni la kan kalau aku praktikum semester depan. kalau tengok dak perempuan batch aku yang nak pergi PBS ganti ni, memang lain la penampilan dorang masa nak ke kelas. nak pergi kelas, comot-comot je. nak pergi sekolah, hah melawa habis. hehe.
dalam pukul 7 pagi, dengan menaiki kereta kein, kami berlima pun sampai kat sekolah yang ditujui. ni la pertama kali aku pergi PBS dengan clasmet n kawan-kawan maktab. sebelum ni aku selalu seorang je. sekolah yang ktorang PBS tu, ada 4 orang senior ktorang. dua kos pemulihan n dua kos pj. memang kenal la dengan dorang. dorang pun macam gembira la ada junior yang comel-comel ni datang kat sekolah dorang. haha.
pada hari tu jugak, sekolah tu ada buat program 1 Murid 1 Sukan. actually ktorang ada je bawak baju sukan tapi malas nak tukar bila dah pakai baju kurung lawa-lawa. so, jadi pembantu sampingan je la.
kat sekolah ni macam ada satu pesen tau budak2 main sep sep sep. tak kira la lelaki ke perempuan. mana-mana aku pergi msti nmpk murid main sep sep sep tu |
haritu jugak, aku terkenal dengan nama Cikgu Ain sebab selalunya kalau pergi sekolah-sekolah yang aku PBS, murid panggil aku Cikgu Zati. macam ada dua watak pulak. hehe.
dan u know what, aku telah meninggalkan jejak yang sangat buruk kat sekolah tu! ya ampun, malunyaaaaaa bila ingat balik. serius! masa tu aku tengah jalan-jalan kat sekitar kawasan program dan aku menuju ke pondok untuk berteduh. pastu boleh pulak aku terjatuh. bedebuk! nasib tak golek-golek je. malu! malu! malu! jatuh pulak depan cikgu kacak! lagi malu! HAHAHAHAH. bongoknya rasa. tu la, tengok lagi fon. padan muka! terpaksa aku tebalkan muka depan cikgu kacak tu. gila malu!
dalam pukul 12 tengahari, program tu selesai dan kami berlima berhajat untuk melawat Kelas Pendidikan Khas. ni adalah kali ke-2 aku melawat kelas pendidikan khas. so, prasaan takut dengan murid pendidikan khas dah hilang la sikit. but then aku still takut.
ada satu kejadian kat kelas pendidikan khas yang buat aku rasa neves gila. masa tu aku tengah type mesej kat fon. tiba-tiba de seorang murid down-syndrome datang kat aku mintak fon kat aku.
" iphone! iphone! iphone!"
aku jauhkan tangan daripada murid tu tanda tak bagi dia nak main fon aku. then, murid tu keluar dari kelas. aku pun duduk dekat dengan seorang guru praktikum pendidikan khas, tiba-tiba murid pendidikan khas yang keluar dari kelas tadi, muncul dari belakang dan berdiri kat tepi aku dan rapat sangat dengan aku. aku terkejut. rasa nak sakit jantung. fon aku tu sikit lagi aku nak terlempar sebab terkejut sangat. budak tu nak bersalam rupanya.
pastu murid tu mintak lagi fon kat aku.
"cikgu, ada game tak?"
"cikgu tak main game."
"cikgu, nak iphone!"
" no no no! tak boleh. nanti suami cikgu nak telefon habis bateri,"
terus dia macam give up tak mau mintak fon dah dengan aku. aku pun simpan fon dalam beg. kamera pun aku sorok sebab murid pendidikan khas ni, dia sangat suka dengan gajet. kemudian, aku dengan kawan-kawan tengok murid-murid ni menyanyi lagu kat laptop sampai la pukul 12.30. dorang balik pukul 12.30.
then, ktorang ingat nak singgah kelas pemulihan pulak tapi kelas pemulihan dah tutup la pulak. then, ktorang terpinga-pinga tak tau nak pergi mana. at last terjumpa dengan GPK 1 sekolah tu. GPK tanya apa yang ktorang dapat seharian kat sekolah tu. kalau tak dapat jawab, dia tak bagi balik awal. hehe
pukul 1 kami keluar dari kawasan sekolah dan menuju ke Semenyih untuk pergi beraya kat rumah lecturer ktorang. ada open haus pulak haritu. lagipun clasmet yang tak kena ganti PBS, dah gerak awal pergi rumah lec tu. so, dorang tunggu ktorang sampai je kat sana.
open haus encik tarmizi |
dalam pukul 4 petang aku balik maktab selepas shopping barang untuk buat bahan bantu belajar. habis jugak la RM100. memang sebab tu la duit aku selalu cepat habis. semester ni banyakkkkk sangat buat bahan bantu belajar.
bui bui! :)