TO PORT DICKSON WITH LOVE PART 2

| PART 1 | PART 2 | PART 3

hai.
aku tau entri ni dah macam berhabuk semacam sebab dah lama gila kot berlalu. hehe.

pada keesokan harinya, breakfast bermula pada pukul 8 pagi dan u know what, aku dengan rumets aku bangun pukul 8.30 pagi. tu pun lecturer yang kejutkan. bertuah punya pelajar. masa tu semua pun masih menggeliat baru bangun tdo. tu la, pergi lagi lepak malam-malam. hehe.

mandi cepat-cepat, siap cepat-cepat dan dengan mata sepet baru bangun tdo tu la ktorang pergi melahap.. wawaawawa. ya allah, sedap-sedap breakfast dia. aku bersungguh gila makan. pagi tu ada nasi goreng, mee goreng, bubur, roti bakar, bijirin n beberapa makanan yang aku pun dah tak ingat. hehe.


aku seperti biasa, kumpul-kumpul makanan dan lepas tu barulah makan. yum yum yum. kena makan cepat-cepat sebab selepas tu ktorang nak kena melintas jalan untuk ke pantai. pantai tu depan hotel je.


pagi ni ktorang akan buat terapi pasir. maksudnya pagi ni kami akan main pasir je kat pantai. tapi sayang tak mandi pantai pun. cuaca pada haritu sangat baik sebab tak panas pun. matahari pun macam malu-malu je nak keluar.


aktiviti pertama kami ialah buat apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran dengan pasir. masa tu, aku tak fikir apa dah. aku fikir ulat beluncas je. kenapa eh ulat beluncas? aku pun tak tau. mungkin sebab senang kot?! hehe.

muka awal pagi. hehe

lepas beberapa minit lec bagi masa, at last dia suruh semua present apa yang kami buat. macam-macam bentuk. ada yang buat penyu la, ikan pari la, tiang lampu la, muka mickey la.. macam-macam. dan kami kena terangkan kat semua kenapa kami pilih untuk buat benda tu.

masa ni lec tengah gelak tengok jet yang hafiz buat.
explanation aku tentang ulat beluncas,
"saya buat ulat beluncas sebab saya suka tengok cerita A bug's Life dan dalam cerita tu saya paling suka ulat beluncas sebab comel."


itu lah explanation aku. at last bila semua dah explain lec cakap la, benda yang kita buat dengan pasir tu la melambangkan diri kita, perwatakan kita. so, kiranya kalau aku buat ulat beluncas, aku ni gatal la? HAHAHA. ouh, tak kot. aku pemalu sebab ulat beluncas dia suka menyorok dalam kepompong. hehe. :P

kemudian, aktiviti seterusnya kami buat lubang tikus. masa ni semua orang pun kena buat lubang tikus dan kena make sure kesemua lubang tu akan bercantum dengan lubang tikus kawan-kawan yang lain. mak aih! nak buat lubang tikus ni kena korek- korek pasir untuk buat lubang. lepas tu nak korek terowong tu, rasa macam nak tercabut kuku aku. tapi tak bagi terowong tu runtuh, terpaksa la buat slow- slow sambil borak supaya tak perasan terowong tu dah siap.


bila buat lubang tikus ni kan, masa yang paling rasa puas hati ialah masa tengok korek-korek terowong n then at last terowong tu menjadi tanpa runtuh. masa tu, setiap orang pun aku rasa akan jerit "yey!!" pastu mula la gian nak buat terowong lain pulak. haha.


masa kami buat lubang tikus ni, lec pergi tempat lain. so, lec tinggalkan kami makanan. walaupun cuaca tak panas tapi silau sangat. sampai rasa tak boleh bukak mata dan terpaksa bertopi. urgh!


makan-makan sambil tunggu lec datang tengok lubang tikus yang dah siap. sambil tunggu lec, sambil tu la ktorang jalan-jalan kat pantai tengok anak ketam. banyak gila ketam. rasa macam nak pijak-pijak je. tapi memang aku pijak pun. geram sangat tengok ketam banyak-banyak. tapi ketam-ketam ni terer tau sebab dorang korek pasir cepat-cepat sebelum kena pijak kat aku. so, aku just pijak air je. hehehe.

ketam naik kat kaki. hehe
bila lec datang, lec terkejut sebab banyak sangat lubang tikus ktorang. then, ktorang buat aktiviti tanam badan. masa ni kan kamera aku dah habis bateri. so, gambar juwe dengan napi kena tanam tak dapat amik.

lepas aktiviti tanam badan, kami dibenarkan balik hotel untuk makan tengahari n berehat sebelum slot seterusnya pada pukul 3 petang.

bersihkan badan. kibas-kibas pasir kat baju dan kaki dan barulah masuk hotel.then menuju ke tempat makan. ngap banyak-banyak dan balik ke bilik.

sampai je bilik, aku dengan rumet semua tdo kepenatan. aku pun tak sure ada ke tak yang tdo. for sure, aku memang tdo la balik dari pantai tu sebab penat. hehe.

dalam pukul 2.30 petang, kami bangun untuk bersiap bagi slot seterusnya iaitu Terapi Pergerakan Kreatif dan Terapi Muzik dan nyanyian. slot petang tu kami buat kat bilik persidangan je sebab kat luar dah panas.

muka baru bangun tdo tengahari
mula-mula ialah persembahan semua kumpulan. macam-macam pergerakan. macam jenis gelak ketawa aku dengar daripada clasmet sepanjang buat terapi petang tu. seronok rasa.


aktiviti seterusnya selepas persembahan kumpulan ialah buat pergerakan secara bebas berdasarkan lagu yang dipasang oleh pensyarah. masa ni kan kena buat berkumpulan. seorang ketua akan berada di hadapan dan orang belakang akan ikut apa je pergerakan yang ketua dia buat. memang terburai gila gelak bila tengok balik video tarian ktorang. hahaha.

untuk kumpulan aku, ktorang dapat lagu Mr. Saxobeat. actually aku gatal mulut cakap nak lagu Mr. Saxobeat. haaaa...kan dah terkena betul. mampus kau nak buat tarian menggoda sana. dah la tak memasal jadi ketua lak tu. memang aku tutup muka la menari lagu tu.

lepas semua kumpulan dah habis, lec nak ktorang menari secara berpasangan. masa ni, awal-awal lagi lec petik nama aku. aduhaiiiii... dan pasangan nya ialahhhhhhhh..... IQRAM! dorang memang saja nak kenakan aku. dan lec pun suruh aku menari dengan dia. oh mai! segan aku menari dengan lelaki. kalau dengan kazen sendiri tak pela jugak. at last, aku request untuk menari dengan abe we sebab aku dah biasa melakukan aktiviti bodoh dengan abe we. so, rasa segan tu dah kurang. HAHAHA.

bila menari dengan abe we, lec pasang lagu cintan-cintun la pulak. memang tak ada feel nak bercinta-cintun la kan dengan abe we. haha. at last, ktorang nak lagu yang rancak sikit dan lec pasang lagu PAPA AMERICANO. haaaa! menari kau sana. rancak sangat lagu dia. hahahaha.


lepas tu, bila lec suruh ktorang tukar orang, ktorang akan grab siapa saje untuk menari lak. macam tu la sampai pukul 6 petang.

malam tu lec bagi ktorang berehat kat bilik je. tapi tetiba ada kerja pulak. ktorang kena buat rph pemulihan. tapi ktorang buat kat bilik je la sambil tengok Romantika Raya. masa tu semua feeling feeling nak kawin bagai.... lebih-lebih lagi bila tengok Irma Hasmie dengan suami dia. HEHEHE.

budak perempuan semua tengok Romantika Raya kat bilik masing-masing. budak laki lak sibuk tengok cerita My Name Is Khan. memang berbeza kan? perempuan lagi prefer tengok rancangan romantik-romantik. 

malam tu tdo dengan lena sangat sebab siang tu dah penat berpantai dan menari. hehe.

bui bui! :)