NAMPAK BIG APPLE LALU TERINGAT KENANGAN LALU


hai. 

harini aku ada mood rajin sikit nak tulis entri baru. biasa lah..waktu waktu nak dekat exam ni setan memang banyak menggoda manusia supaya tak payah belajar. padahal khamis depan aku exam dah.

sekarang ni kan...Warta dah ada Big Apple lah! wah wah wah! dah hampir setaraf dengan Alamanda la pulak rasa. malam sebelum aku pergi warta tu kan, aku ingat budak maktab aku main main je cakap kat warta ada Big Apple. sekali bila aku pergi esoknya tu, waaaa...kedai pertama aku nampak Big Apple la. terkejut kau sana. hehe.


laku tau Big Apple kat warta. aku gerenti memang dorang dapat keuntungan berlipat ganda. dah la Warta tu macam jadi tumpuan pelajar-pelajar.

sebelum balik maktab, aku singgah la kejap nak beli Big Apple. aku pilih donut 'Say Cheese' sebab donut paling feveret! sambil tunggu donut, sambil tu la aku tengok pekerja-pekerja dalam kiosk Big Apple tu. muda muda lagi semua. macam aku. teringat kenangan lalu.

"malam ni ai nak keluar pergi econsave,"

aku ingat lagi ayat yang aku taip mesej untuk bulat. malam tu aku nak pergi interview kerja part-time. bulat balas mesej dan seeloknya tak bagi aku kerja sebab takut aku penat bila pergi kelas nanti.

"i'll be fine, :)"

so, malam tu aku pergi interview part-time job. sampai je kat kiosk tu, pengurus snap gamba aku dengan ain n interview is over. gambar yang pengurus dia snap tu kan, dia hantar kat big boss dan bila big boss cakap lulus, then, kami dapatlah kerja tu. ouh, lupa nak mention aku kerja kat mana. certain orang dah tau dan certain orang aku rahsiakan. kami buat part- time kat cool blog econsave.

bila balik maktab ada satu mesej sampai dan esok kami boleh mula kerja dan kena pakai baju sama ada hitam atau pink.

bermula part-time job aku sebagai seorang pekerja cool blog. ni la pertama kali aku bekerja tau.. so, aku serba tak reti. tapi pengurus banyak ajar aku dengan ain. pengurus dia nama Taufiq dan dia baru je umur 20 tahun.


3 hari pertama kerja sangat penat. lenguh-lenguh kaki dan tangan aku. minggu pertama tu aku mintak jiran tolong urut lepas balik kerja. 3 hari bekerja tu jugak, aku ada keinginan untuk berhenti kerja sebab penat sangat. biasa lah tak pernah bekerja. hehe.

kat econsave ramai sangat peminat cool blog. so, memang kadang-kadang dari pukul 2 sampai 6 petang tu tak sempat duduk pun. dan pergerakan tangan dan kaki kena lah pantas. masa aku kerja ni kan, apa-apa yang aku kemas dan susun mesti laju. mungkin sebab terbiasa buat air cepat-cepat. masa kat econsave ni kan aku tak ada masa pun nak bermesra dengan pelanggan sebab semua pun nak rush.

ada satu kejadian tu. masa tu aku buat air dan pelanggan komplen tawar. pastu dia marah aku depan-depan pelanggan lain. dah la ramai. malu gila. rasa down n nak nangis je. Taufiq mintak maaf kat pelanggan tu tapi pelanggan tu masih marah-marah. meleret-leret dia marah. masa tu, aku terus amik fon dan mesej bulat cakap nak balik. nak balik! nak nangis! kalau boleh suruh dia jemput dari jauh, nak suruh je. tapi lepas ditenangkan oleh bulat, at last aku kurang sedih sikit. tapi still down. :(

kat econsave ni ramai jugak budak maktab datang. so, kalau tengah buat air tu, tetiba ada jugak terkejut bila budak maktab nak beli cool blog. kadang-kadang kalau tengah jalan-jalan dalam econsave tu, nampak budak maktab, ktorang terus menyorok. macam tu kehidupan ktorang. hidup dalam menyorok. hehe.

2 minggu kerja kat econsave, kami berdua dipindahkan ke Ice Cool kat Giant seksyen 7. kat sini relax gila. tak ada orang pun. kadang-kadang je ada orang. tu pun tak boleh lawan dengan kesibukan kat Econsave. kat Giant ni ktorang sempat tdo, buat assgmnt, tengok muvi. u see.. betapa tak ada orang pun. hehe. kadang-kadang clasmet aku datang saje lepak-lepak tengok ktorang kerja. 

abe we n faiz salu datang beli ice cool sebab aku selalu bagi abe we kupon free. hehehe
lelaki tu la pengurus ktorang. taufiq
disebabkan kiosk ice cool tu baru bukak, jadi kiosk tu bagi kupon minuman free. so, aku dapat 6 kupon free. aku bagi kat clasmet. dan tiap malam sebelum balik msti aku akan bawa minuman untuk rumet aku. aku dah muak minum ice cool. dan bila tak ada pelanggan kerja aku hanya minum miky tea pearl je. aku suka sangat kunyah pearl tu. dari dulu lagi aku suka minuman tu. hehe. dan satu lagi, dulu kecik-kecik aku suka berangan main jual-jual guna mesin wang tu. so, bila dah kerja, dah selalu sangat tekan mesin wang tu. hehe.

inilah kerja aku bila tak ada pelanggan. minummmmmm je sampai gemok
big boss dia yang dulu garang, sekarang ni dah boleh kamcing dengan ktorang. dah mesra sikit. dia pun bagi je ktorang cuti kalau ktorang ada hal yang berkaitan dengan maktab. tapi make sure inform dia awal-awal.
bahagia sangat kat Giant. kawan-kawan pun ramai. dari kakak jual beg, promoter giant, cashier giant sampai la pelanggan ice cool. masa kerja kat ice cool ni kan barulah aku dapat bermesra dengan pelanggan. masa tu aku rasa macam kemahiran aku berkomunikasi dengan orang dewasa improve la jugak sikit-sikit. hehe.

ni ialah kawan baru aku. ayie. umo sebaya dengan adik aku. budak lepasan spm. dia tlg ayah dia jual heater.
then lepas sebulan kat Giant, ktorang dipindahkan kat Ice Cool UPM. masa ni aku teruja sangat dengan kehidupan kat universiti. tapi, tak best sangat sebab tak boleh bermesra dengan pelanggan sebab sibukkkkkk sangat. ramai pelanggan. at last, bila susah nak dapat kenderaan untuk ke UPM, aku dengan ain mintak untuk berhenti kerja. walaupun rasa sayang nak berhenti kerja, tapi i have to. tak nak susahkan orang lagi.

masa nak buat decision tu kan, banyak kali aku tanya pendapat bulat. bukan sekadar tanya pendapat tapi aku suruh dia buat keputusan sama ada aku kena berhenti kerja ke tak. kalau dia cakap berhenti, aku akan berhenti. aku dah terlalu konfius dan tak boleh buat keputusan dah. so, bulat cakap berhenti la kerja dan on the spot aku hanta mesej kat big boss untuk berhenti kerja. 

masa haritu kat econsave aku dah pernah mintak berhenti kerja kat big boss tapi dia tak bagi. sayang katanya. so, kali ni aku atur ayat sebaiknya supaya dia boleh lepaskan kami berdua. at last, aku tanpa kerja. bosan jugak la 2 minggu pertama tanpa kerja. dah terbiasa tiap petang pergi kerja walaupun penat.

apa-apa pun kerja part-time ni sangat memberi aku pengalaman yang tak boleh aku beli kat mana-mana. sakit, penat, gembira semua pun ada. kadang-kadang bila nak beli cool blog teringat masa aku kerja dulu. rindunyaaaaaaa!

bui bui! :)