hai.
okay, kali ni aku update cerita pasal yang terbaru la sikit. dah selalu sangat update pasal cerita lama.
baiklah, hari Khamis which is semalam, ada pertandingan nyanyian lagu kreatif sempena bulan bahasa peringkat maktab. setiap kelas harus hantar wakil dan kelas aku dan kelas BM WAJIB hantar penyertaan.
peserta pertandingan tu sikit je. untuk peringkat akhir bagi kategori perempuan ada 7 orang KALAU tak silap. dan clasmet aku termasuk dalam peringkat akhir.
pertandingan tu mula pukul 2.30 petang. so, haritu lecturer sibuk dan kelas tak de. memang syok lah! so, clasmet aku iaitu ira, syaza, tini dan ieka praktis menyanyi dalam kelas.
mula-mula tu aku tak ada kat kelas sebab aku uruskan pertandingan pantun aku. at last macam dekat-dekat nak pukul 12 tengahari tu baru aku balik ke kelas tengok dorang praktis.
clasmet suruh aku menyanyi sama tapi...tak mau lah. aku ada deal dengan lec petang tu. pasal pantun. so, kalau aku datang pun, datang untuk support kejap je.
sebelum aku balik ke kelas tu, dorang berempat ni dah praktis nyanyi kat kelas. dan adalah seorang clasmet aku, hani menangis teresak-esak bila dengar dorang nyanyi lagu ni. budak perempuan yang lain gelak je tak de feeling. kejam dorang ni. hehee
then, masa aku dah balik kelas, aku tengok dorang praktis. sambil dengar dorang nyanyi sambil aku baca lirik. ingat nak nyanyi sekali la ni. at last...harammmm... dengan tiba-tiba air mata aku bergenang lalu gugurlah air mata jernih dari mata kotor ini. hamboiiii...ayat.. hehee.
untuk mengelakkan aku menangis dengan lebih teresak-esak, aku pun keluar daripada kelas tenangkan diri. sayu gila bila aku baca lirik lagu tu ditambah pulak dengan suara dorang nyanyi. memang on the spot teringat kenangan-kenangan ktorang bersama sepanjang 3 tahun. dan apa akan jadi bila ktorang dah hujung tahun pengajian bila masa nak berpisah tu. mesti akan menangis-nangis. yela, entah bila la akan jumpa lagi.
bila aku dah masuk balik ke kelas, budak perempuan gelak sebab aku menangis. dorang cakap aku emo cam hani. menangis. hehe.
petang tu masa pertandingan, bila turn clasmet aku menyanyi..hambik kau! menangis semua yang duk gelak-gelak kat kelas tadi. merah merah muka dan mata menangis. dan yang paling magic, bukan ktorang je yang nangis, juri yang terdiri daripada pensyarah pun menangis. haaa.. betapa sedihnya lagu tu.
aku sebenarnya masa aku rakam dorang nyanyi masa pertandingan tu aku dah bergenang air mata aku. dah berair hidung aku tapi aku tahan je. hati mesti mau kental maaaa... hahaha. ele, tapi lepas habis rakam tu, aku keluar daripada dewan dan air mata gugur keluar banyak sangat bila kat luar dewan. tacing kotttttt.... TT.TT
at last, keputusan pemenang diumumkan dan cuba teka..... kelas kami menang nombor 1. yehuuuuuuu! seronok gila. hahaha. air mata pun terus kering. hehee.
bui bui! :)