MIDVALLEY DENGAN CLASSMATES

hai.

sekarang tersangat bosan dan tiba-tiba aku terasa sayu semacam je. entah kenapa. so, aku nak tulis pasal outing dengan clasmet pada khamis lepas. ktorang memang macam ni. kalau nak dekat dekat puasa mesti akan keluar bersama-sama. konon-kononnya nak keluar sebelum puasa sebab bila dah start puasa akan rasa penat kalau nak merayap.

lepas kelas je, kami terus gerak ke midvalley. actually kami dilema sama ada nak pergi KLCC, midvalley atau sogo. so, selepas decide betul-betul dengan kekangan masa, kami pun pilih untuk pergi midvalley. clasmet yang pergi ialah aku, fik, alin, napi dan ahli baru iaitu iqram. ni la first time iqram join clasmet nya keluar untuk merayap. selalunya dia memang bersendirian je. 

disebabkan teksi full dan busy macam vvip, aku dengan fik stuck kat maktab sampai pukul 4 petang. janji dengan budak laki pukul 2.30 petang. kesian dorang tunggu berjam-jam kat stesen ukm. bila aku dengan fik suruh pergi mid dulu dorang tak mau la pulak dengan alasan " kita kan nak jalan sama-sama so, kena la naik ktm sama-sama." alololo, bagus jugak ye clasmet aku kan? hehe

#1 ouh, kenapa macam sengal semacam aku senyum begitu?
#2 dia ni la iqram :)

fik, napi, alin
 kami memang suka macam ni. kami ske suruh orang pegang2 baju kami. fik pgg baju alin n napi pgg baju aku. haha

 #1 alin
 #2 napi

dipendekkan cerita, pukul 5 petang baru sampai midvalley. tempat pertama pergi ialah F.O.S. baru masuk kedai pertama dorang yang lain dah memborong macam kat midvalley tu ada 1 kedai je. aku rasa lelaki lagi lama ambil masa untuk pilih-pilih baju.

napi nak cari kemeja pergi kelas, alin nak beli baju untuk adik, iqram nak beli seluar, kemeja n etc. ya ampun, serius aku tak reti nak pilih-pilih baju untuk dorang. bila dorang tanya and suruh aku dengan fik cari baju yang sesuai dengan dorang, ktorang dah gelak-gelak.

" kena la blaja nik. nanti nak cari kemeja untuk suami,"

iqram pesan kat aku. ceit! lama lagi la nak bersuami. 

ala, tak reti la. lagipun abang aku beli baju pun dia yang pilih sendiri. tak de pulak dia tanya-tanya aku. kalau pilih warna tu boleh la kot. tapi ikut citarasa aku memang hancur la sebab aku suka bright colours. hehe.

tadaaa! hambik kau napi..aku carikan baju pink untuk kau. haha
setelah sejam ada dalam F.O.S tu, kami keluar masuk Jusco. masa ni ktorang berpecah. fik dah sakit kepala tunggu lama-lama kat men's floor. so, fik dengan alin turun ke women's floor. maknanya tinggal napi dan iqram dengan aku. walaupun bosan duk kat men's floor tp layankan aje la. napi nak beli kemeja.

omomomomomo..jumpa lelibu versi bulat. sukanyaaaaaaaa!
at last, dah siap membeli,  dorang pergi solat n kami turun pergi cari seluar aku pulak. masuk butik Levi's tanpa keluarga untuk pertama kali. selalunya aku masuk butik-butik gini dengan family je sebab bagi aku pekerja-pekerja kat dalam butik tu takkan layan sangat budak-budak cam aku ni. bagi dorang, aku masuk untuk cuci mata kerana tak mampu MEMBELI. huh! aku selalu merungut pasal benda ni dekat mak n mak selalu cakap macam ni, "ala, pekerja je pun. kamu byr dengan duit kamu jugak bukan duit dorang,"

serius wei.. dorang ni macam tak adil. bagi dorang budak-budak macam aku tak ada duit. ceit! dulu aku pernah masuk MAC pastu kan tak de sorang pun pekerja dia greet aku. then ada perempuan bekerjaya masuk lepas aku, boleh pulak dia greet. tak adil sungguh!

lagi satu, aku sangat susah membuat keputusan bila nak beli sesuatu. so, selalunya papa aku yang pilihkan jeans sebab PAPA ALWAYS KNOWS THE BEST FOR ME. bukan beli jeans je. beli kasut, selipar, beg semua papa yang pilihkan. tapi hanya di butik yang terpilih sahaja sebab papa sangat care dengan brand yang dipilih. bagi papa, kualiti barang yang kita pakai lagi penting daripada kuantiti. biar keluar duit lebih, asalkan selesa.

setelah ada 40 minit dalam butik tu, at last aku beli jugak sehelai straight cut jeans setelah 2,3 tahun tak beli jeans. dalam 10 kali jugak la aku duk tukar-tukar jeans sebab konfius dengan saiz jeans aku. aigooo! napi dengan iqram la yang setia bagi suggestion which one yg perlu aku beli. aku ingatkan saiz jeans aku dah besar rupanya saiz makin mengecil. haha

 #1  rasanya jeans warna ni tak ada lagi kan? hehe

then, dorang nak pergi solat. disebabkan aku tgh bercuti, aku suruh dorang pergi solat sementara aku jalan-jalan kat kedai yang aku suka. masuk Roxy, masuk Nose then tiba-tiba terjumpa kawan babang kat midvalley. aku tergelak sebab tak sangka boleh terjumpa. hehe.

ajak kawan babang join ktorang makan sekali walaupun dia baru lepas makan. clasmet aku pun pelik. aku pergi jalan-jalan sorang tadi asal dah jadi berdua pulak kan. haha. fik pun sempat lagi ajak pakwe dia datang mid makan sama-sama dengan ktorang.

terima kasih kepada kawan babang sebab tolong hantar aku dengan fik sampai maktab. kalau tak, konfem lewat masuk maktab.

apa-apa pun, seronok sangat keluar sama-sama dengan clasmet walaupun dalam masa yang singkat. lepas ni, insyaallah boleh keluar lagi kalau banyak duit. hahaha

bui bui! :)