JUALAN BUNGA KONVOKESYEN IPG KPM SESI KE-2, 2012

hai.

minggu ni bermulalah sebagai pelajar yang sibuk. dah la sibuk, memenatkan pulak tu. kerja makin lama makin bertimbun. mana nak handle yang itu, mana nak handle yang ini. terasa macam penting pulak. hehe.

saya dan ella. ella ni girlpreng nuar which is clasmet kite tau
dua hari lepas aku tdo pukul 5.30 pagi dan bangun pukul 6.30 pagi. Ya Allah, tido sejam je. tak payah cerita penat dan mengantuknya. kalau kaki tido kurang tido memang mood tak berapa nak baik la.

hari selasa iaitu semalam, aku dan beberapa jawatankuasa tinggi jualan bunga telah ke Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya untuk jualan bunga di bawah Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU). gerak dr maktab pukul 6.45 pagi.

ramainya graduan. untuk hari pertama, graduan adalah dr IPG miri, rajang, kent, keningau, tun hussein onn, bahasa antarabangsa, batu lintang, tun abdul razak, tawau, gaya dan kota bharu. aku dapat agak ada graduan drpd IPG kota bharu sebab ada seorang pakcik tu duk kecek kelate nge saing kawe. "pokcik nok beli bungo ko anok." haa, macam tu la pakcik tu cakap. haha

byk kn org jual bunga
sape la yang senyum lebar sangat tu..
okay, kat sini aku nampak tembam =_='
seharian tu sibuk jugak la. aku hanya menjaga jualan belon sebab tak reti promote bunga. aku tak bermulut manis. aku hanya bermulut masin sebab suka makan makanan masin. haha. aku berdiri kat tepi belon lalu buat muka kontrol ayu yang melampau lalu akan menjawab bila ada orang tnya tentang belon. 

tapi kan aku sukaaaaaaa sangat tengok bunga-bunga ni. warna warni. rasa gembira gile. dan masa tu mulalah aku rasa tak sabar nak habis belajar. nak graduate cepat-cepat sebab nak dpt bunga. hahaha. pastu kan, aku berangan nanti aku graduate, aku akan dapat dua jambangan bunga yang utama. 1 daripada parents, 1 lagi daripada suami. hahahaha. bila dah perasan sorang-sorang cmtu, aku pun pergi hantar mesej kat sorang kawan.

" nanti kalau saya graduate datang tau.. pastu bagi saya bunga yang besaaaaaa sangat, "

hahaha. tak memasal pulak kan kawan aku kena datang beli bunga untuk aku.

tadaaa! bunga yang berharga RM120. suka sangat dengan bunga ni sebab bear dia besa. haha
walaupun sibuk tapi aku masih sempat curi-curi keluar pergi makan-makan dengan senang lenangnya kat presint 16. bertuah banget!

jualan bunga habis pada pukul 6 petang. semua graduan pun nak balik. lepas kemas-kemas semua, dalam pukul 7 petang jugak la balik. tapi tak balik maktab lagi. singgah pasar malam kejap semata-mata nak makan cendawan goreng. hehe. tiba-tiba pulak haritu teringin nak makan cendawan goreng. dulu aku tiap-tiap malam makan cendawan goreng. tp lepas aku ada pendarahan, aku dinasihatkan untuk say goodbye kepada kekasih yang bernama cendawan goreng. sob.sob.sob. Tekan SINI untuk tau kenapa.

sampai bilik, bersihkan diri, kemas-kemas sikit, basuh baju, jemur baju dan aku terus pengsan tak sedar diri. aku terjaga pun sebab badan aku kejang. mimpi buruk kot. hish!

bui bui! :)