BUKU BESAR DAN MASAKAN RIMBA

hai.

harini hari rabu dan harini adalah hari untuk hantar tugasan pertama untuk subjek Teknologi Pendidikan. tugasan kami adalah membuat buku besar @ big book untuk murid-murid pemulihan ku sayang. haha

untuk tugasan ni, aku berpasangan dengan rumet aku sendiri. kami pilih tajuk huruf vokal sebab huruf vokal sikit je kan. tak payah fikir panjang-panjang.

disebabkan weekend yang lepas rumet aku sangat sibuk dengan aktiviti peribadinya, jadi aku dengan senang hati dan ikhlas telah membuat big book. ala, aku tak kesah pun. lagipun nak buat kerja seni kan. lagi la aku terlebih tak kesah :P

langkah pertama, aku gumpal-gumpal surat khabar dan bentukkan huruf vokal. seletip sana. seletip sini. dah siap untuk langkah pertama!


langkah kedua pulak aku guna gam yang warna putih susu tu dan aku campurkan dengan air sikit. then bancuh bancuh sambil menyanyi. kemudian amik tisu dapur yang kasar-kasar tu, dan sapu-sapu kt huruf vokal. dalam masa sejam balut huruf vokal dengan tisu, akhirnya siaplah ia.


langkah ketiga lepas kering, warnakan dia dengan warna feveret. ikut suka hati. bila warna pertama dah kering, amik warna kedua untuk buat tompok-tompok untuk jadikan huruf vokal tersebut perasan seperti 'ladybird'. hehe


akhirnya huruf vokal sudah siap! hehe. ada kejadian yang menyedihkan masa buat huruf vokal ni. masa tu huruf vokal dah siap tau semua. lepas tu, towel aku terkena bekas air warna air n air dalam bekas air tu tumpah kat atas huruf vokal  "a" aku. adoi..pedih hati tengok air tumpah. nasib air yang tumpah tu warna hijau. nasib la boleh recover huruf tu. cemas. cemas.

air hijau itu telah tumpah atas huruf "a" saya. :(
semalam, rumet tolong-tolong aku buat page yg lain n at last, siaplah ia dan boleh hantar untuk keesokan harinya. hehe

sakit jari aku gunting huruf-huruf kecik ni. maklum la, xde stensil
buat cover page. habis kilat-kilat muka tauu
dah siap dan belum bind
kebaikan big book kami ni kan, huruf-huruf vokal tu boleh disentuh dan diraba. so, sangat bagus untuk murid pemulihan dalam melatih kemahiran psikomotor dorang yang sangat lemah.


keburukan big book kami yang aku tengok ialah, buku ni tak sesuai untuk dibukukan sebab huruf tersebut terlalu tembam. hahaha. lecturer komen, big book kami ni termasuk dalam model 3D padahal dia nk buku dalam 2D je.

sebelum hanta amik gamba dulu. nanti tak jumpa dah big book ni dah
untuk itu, lecturer suruh kami buat big book 2D sementara kawan-kawan yang buat big book 2D kena buat model 3D yang aku rasa lagi susah kot. hehe. kiranya kami dah buat model 3D lg awal daripada dorang. hehe.

----------------------------------------------------------

aktiviti harini untuk badan beruniform adalah masakan rimba. aktiviti ni dibuat untuk latih kami berdikari bila termasuk / masuk hutan lepas raya nanti. dua minggu lepas dah buat aktiviti membina gadget dan belajar baca kompas.

satu kumpulan 5 orang. ahli kumpulan aku adalah ain, abe we, faiz  dan rahimi. kami dibekalkan ayam, bawang, kentang, lada dan limau kasturi. terpulang kepada kumpulan masing-masing untuk masak apa pun. kumpulan aku masak sup. buat sup dan dimasak dalam buluh. ouh, tak pernah pulak aku masak sup dalam buluh.

ain, faiz n abe we
yes, rahimi pandai potong ayam okayyyy. hehe

 tak sia-sia cikgu sekolah rendah ajar aku menganyam guna kertas dulu-dulu. u see, aku kampung girl okay. :P menjadi la jugak kan? haha. rasa dh cukup ilmu utk survive dalam hutan ni (cukuplah sgt =_=")

ni ialah alas sup ayam buluh tradisional. sempat pulak guna stapler. hahaha
potong potong, ketuk ketuk, bakar bakar, anyam- menganyam. akhirnya siaplah sup ayam kami. urm, agak sedap la jugak. aku sempat rasa sikit je sebab petang tu nak hujan. jadi, aku malas nak lama-lama dekat tapak BIG tu sebab ada guruh.

at last, masa lec nak nilai masakan, aku tinggalkan masakan kumpulan kami atas meja dan aku terus balik. apa nak jadi dengan masakan kami tu, biarkan je la. jalan kaki tau! penat. naik turun bukit. sampai sekarang aku tak baring lagi atas katil aku. lenguh belakang nih! tapi aku sempat tengok lec rasa sup kumpulan kami. sedap jugak la dia cakap.. bila dah dengar perkataan "sedap" dan lec pun anguk-anguk kepala, aku dengan ain terus chau untuk pulang ke asrama. hari mau hujan bha.


harini tak tdo siang pun tau. malam ni mesti penat. konfem! okayla, aku nak berehat dulu.

bui bui! :)