kadang-kadang kita kena sedar diri dan berpijak di bumi yang nyata. fantasi hanya fantasi dan takkan jadi realiti seperti yang kita impikan. semua tu hanya ada dalam drama sahaja.

kadang-kadang ramai orang hadir dalam hidup kita tapi hanya sebahagian sahaja yang akan terus kekal dalam kehidupan kita. selebihnya akan pergi setelah kepentingan peribadi mereka telah dipenuhi. anda yang mana satu?
siapa lagi yang akan hadir? siapa lagi yang akan pergi dan siapa yang akan terus kekal dalam kehidupan aku? hanya pemikiran aku semata-mata :)

MIDVALLEY DENGAN CLASSMATES

hai.

sekarang tersangat bosan dan tiba-tiba aku terasa sayu semacam je. entah kenapa. so, aku nak tulis pasal outing dengan clasmet pada khamis lepas. ktorang memang macam ni. kalau nak dekat dekat puasa mesti akan keluar bersama-sama. konon-kononnya nak keluar sebelum puasa sebab bila dah start puasa akan rasa penat kalau nak merayap.

lepas kelas je, kami terus gerak ke midvalley. actually kami dilema sama ada nak pergi KLCC, midvalley atau sogo. so, selepas decide betul-betul dengan kekangan masa, kami pun pilih untuk pergi midvalley. clasmet yang pergi ialah aku, fik, alin, napi dan ahli baru iaitu iqram. ni la first time iqram join clasmet nya keluar untuk merayap. selalunya dia memang bersendirian je. 

disebabkan teksi full dan busy macam vvip, aku dengan fik stuck kat maktab sampai pukul 4 petang. janji dengan budak laki pukul 2.30 petang. kesian dorang tunggu berjam-jam kat stesen ukm. bila aku dengan fik suruh pergi mid dulu dorang tak mau la pulak dengan alasan " kita kan nak jalan sama-sama so, kena la naik ktm sama-sama." alololo, bagus jugak ye clasmet aku kan? hehe

#1 ouh, kenapa macam sengal semacam aku senyum begitu?
#2 dia ni la iqram :)

fik, napi, alin
 kami memang suka macam ni. kami ske suruh orang pegang2 baju kami. fik pgg baju alin n napi pgg baju aku. haha

 #1 alin
 #2 napi

dipendekkan cerita, pukul 5 petang baru sampai midvalley. tempat pertama pergi ialah F.O.S. baru masuk kedai pertama dorang yang lain dah memborong macam kat midvalley tu ada 1 kedai je. aku rasa lelaki lagi lama ambil masa untuk pilih-pilih baju.

napi nak cari kemeja pergi kelas, alin nak beli baju untuk adik, iqram nak beli seluar, kemeja n etc. ya ampun, serius aku tak reti nak pilih-pilih baju untuk dorang. bila dorang tanya and suruh aku dengan fik cari baju yang sesuai dengan dorang, ktorang dah gelak-gelak.

" kena la blaja nik. nanti nak cari kemeja untuk suami,"

iqram pesan kat aku. ceit! lama lagi la nak bersuami. 

ala, tak reti la. lagipun abang aku beli baju pun dia yang pilih sendiri. tak de pulak dia tanya-tanya aku. kalau pilih warna tu boleh la kot. tapi ikut citarasa aku memang hancur la sebab aku suka bright colours. hehe.

tadaaa! hambik kau napi..aku carikan baju pink untuk kau. haha
setelah sejam ada dalam F.O.S tu, kami keluar masuk Jusco. masa ni ktorang berpecah. fik dah sakit kepala tunggu lama-lama kat men's floor. so, fik dengan alin turun ke women's floor. maknanya tinggal napi dan iqram dengan aku. walaupun bosan duk kat men's floor tp layankan aje la. napi nak beli kemeja.

omomomomomo..jumpa lelibu versi bulat. sukanyaaaaaaaa!
at last, dah siap membeli,  dorang pergi solat n kami turun pergi cari seluar aku pulak. masuk butik Levi's tanpa keluarga untuk pertama kali. selalunya aku masuk butik-butik gini dengan family je sebab bagi aku pekerja-pekerja kat dalam butik tu takkan layan sangat budak-budak cam aku ni. bagi dorang, aku masuk untuk cuci mata kerana tak mampu MEMBELI. huh! aku selalu merungut pasal benda ni dekat mak n mak selalu cakap macam ni, "ala, pekerja je pun. kamu byr dengan duit kamu jugak bukan duit dorang,"

serius wei.. dorang ni macam tak adil. bagi dorang budak-budak macam aku tak ada duit. ceit! dulu aku pernah masuk MAC pastu kan tak de sorang pun pekerja dia greet aku. then ada perempuan bekerjaya masuk lepas aku, boleh pulak dia greet. tak adil sungguh!

lagi satu, aku sangat susah membuat keputusan bila nak beli sesuatu. so, selalunya papa aku yang pilihkan jeans sebab PAPA ALWAYS KNOWS THE BEST FOR ME. bukan beli jeans je. beli kasut, selipar, beg semua papa yang pilihkan. tapi hanya di butik yang terpilih sahaja sebab papa sangat care dengan brand yang dipilih. bagi papa, kualiti barang yang kita pakai lagi penting daripada kuantiti. biar keluar duit lebih, asalkan selesa.

setelah ada 40 minit dalam butik tu, at last aku beli jugak sehelai straight cut jeans setelah 2,3 tahun tak beli jeans. dalam 10 kali jugak la aku duk tukar-tukar jeans sebab konfius dengan saiz jeans aku. aigooo! napi dengan iqram la yang setia bagi suggestion which one yg perlu aku beli. aku ingatkan saiz jeans aku dah besar rupanya saiz makin mengecil. haha

 #1  rasanya jeans warna ni tak ada lagi kan? hehe

then, dorang nak pergi solat. disebabkan aku tgh bercuti, aku suruh dorang pergi solat sementara aku jalan-jalan kat kedai yang aku suka. masuk Roxy, masuk Nose then tiba-tiba terjumpa kawan babang kat midvalley. aku tergelak sebab tak sangka boleh terjumpa. hehe.

ajak kawan babang join ktorang makan sekali walaupun dia baru lepas makan. clasmet aku pun pelik. aku pergi jalan-jalan sorang tadi asal dah jadi berdua pulak kan. haha. fik pun sempat lagi ajak pakwe dia datang mid makan sama-sama dengan ktorang.

terima kasih kepada kawan babang sebab tolong hantar aku dengan fik sampai maktab. kalau tak, konfem lewat masuk maktab.

apa-apa pun, seronok sangat keluar sama-sama dengan clasmet walaupun dalam masa yang singkat. lepas ni, insyaallah boleh keluar lagi kalau banyak duit. hahaha

bui bui! :)

GEWE, WHERE ARE YOU?

hai.

sebelum apa-apa, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua muslim. tak lama lagi nak raya. kedai-kedai pun dah sibuk jual-jual baju raya yang mahal gile nak mamp*s. telan air liur je la nak beli baju yang berharga RM300. walaupun kau warna turquoise, tapi aku berkira-kira jugak nak keluar 6 keping not RM50 yang akhirnya diberi baki RM1. adoi, tak berbaloi langsung! huh!

beberapa hari yang lepas, seorang pakcik aku chat dengan aku untuk wish puasa. aku jarang bukak chatbox sebab malas nak chat dengan orang. tak cukup tangan nanti. so, baik offline kan aje chatbox tu. 

kadang-kadang orang yang aku tak kenal chat aku sebab dia cakap dia bosan.puih! aku pantang betul kalau orang chat aku n dia cakap dia bosan. apa dia ingat aku muka kaunter untuk hilangkan bosan dia? tak ada masa okay! haha. lepas tu, tacing lalu remove aku daripada friend. ouh, i tak kesah pun la you. asalkan you bahagia. kahkahkah.

ouh, kembali kepada chat aku dengan pakcik aku. aku setahun sekali je balik kelantan. jadi, kadang-kadang aku tak sempat pun jumpe pakcik- makcik aku kat sane. kazen-kazen pun jarang. so, tanya-tanya khabar je la melalui fb.

nak dijadikan cerita, pakcik aku tanya bila aku nak habis belajar n jadi cikgu. baiklah, dalam tahun 2014 tamatlah aku belajar sebagai seorang guru pelatih dan akan mula bekerja sebagai seorang guru yang comel dan berkaliber pada tahun 2015 insyaallah.

so, pakcik aku tanya macam-macam. contohnya nak posting kat mana nanti. pastu dia nasihat suruh jadi cikgu yang bertanggungjawab dan sebagainya dan TAK AKAN TINGGAL TANYA PASAL BOIPRENGGGG. hadoi.hadoi.hadoi.


you see. you see. pakcik aku suruh posting yang dekat-dekat dengan suami. turut suami katanya. hehe. dan dia jugak tidak percaya ore comel ni tak dok gewe. ho la, tak dok gewe la ni pokcik.. terasa nak ber'gewe' jugak tapi tak nak ber'gewe' lama-lama. nanti tak jadi. aku nak ber'gewe' setahun lalu bkawin sampai aku mati. woha!

insyaallah..tak lama lagi aku ada gewe. tapi tak tau la bila gewe tu akan datang. hahaha. mungkin bila dah umo 23 atau 24 tahun kot. kena cari yang terbaik dan masuk dengan jiwa raga aku. hahaha.

oh, cerita pasal gewe gewe ni, aku ucapkan selamat pengantin baru kepada dua orang sahabat sekolah aku yang dah mendirikan rumah tangga bulan ni. wah2, dah selamat jadi isteri orang dah. alhamdulillah. semoga berbahagia selalu. tumpang gembira dan bahagia untuk kawan-kawan. hehe

aimie. sebaya aku. kawan masa kat mrsm dlu.
nurul. sebaya dengan aku jugak. kawan sekolah agama dlu. bestnya dia dah boleh men jeling-jeling dengan suami dia. boleh pandang-pandang, boleh pegang-pegang. duduk rapat-rapat nanti bertambah sayang. (lagu yg dah diubah). haha
okay, aku tunggu turn untuk 2,3 tahun akan datang. aminn.. hahaha

p/s : Bercinta dengan dia yang PENYAYANG, peluang besar untuk anda juga akan selalu disayangi! - Adakah dia sukakan kanak-kanak dan geram tengok baby yang cute-cute? Tutur bahasanya juga lembut tiada pernah meninggi, memahami lagi pandai memujuk ? Pasti dia seorang yang sweet, pengasih dan penyayang, PIKAT DIA! dikutip daripada fb. tak reti nak pikat la pulak. kuno sungguh aku. =_=" hahaha

bui bui!:)
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya

BUKU BESAR DAN MASAKAN RIMBA

hai.

harini hari rabu dan harini adalah hari untuk hantar tugasan pertama untuk subjek Teknologi Pendidikan. tugasan kami adalah membuat buku besar @ big book untuk murid-murid pemulihan ku sayang. haha

untuk tugasan ni, aku berpasangan dengan rumet aku sendiri. kami pilih tajuk huruf vokal sebab huruf vokal sikit je kan. tak payah fikir panjang-panjang.

disebabkan weekend yang lepas rumet aku sangat sibuk dengan aktiviti peribadinya, jadi aku dengan senang hati dan ikhlas telah membuat big book. ala, aku tak kesah pun. lagipun nak buat kerja seni kan. lagi la aku terlebih tak kesah :P

langkah pertama, aku gumpal-gumpal surat khabar dan bentukkan huruf vokal. seletip sana. seletip sini. dah siap untuk langkah pertama!


langkah kedua pulak aku guna gam yang warna putih susu tu dan aku campurkan dengan air sikit. then bancuh bancuh sambil menyanyi. kemudian amik tisu dapur yang kasar-kasar tu, dan sapu-sapu kt huruf vokal. dalam masa sejam balut huruf vokal dengan tisu, akhirnya siaplah ia.


langkah ketiga lepas kering, warnakan dia dengan warna feveret. ikut suka hati. bila warna pertama dah kering, amik warna kedua untuk buat tompok-tompok untuk jadikan huruf vokal tersebut perasan seperti 'ladybird'. hehe


akhirnya huruf vokal sudah siap! hehe. ada kejadian yang menyedihkan masa buat huruf vokal ni. masa tu huruf vokal dah siap tau semua. lepas tu, towel aku terkena bekas air warna air n air dalam bekas air tu tumpah kat atas huruf vokal  "a" aku. adoi..pedih hati tengok air tumpah. nasib air yang tumpah tu warna hijau. nasib la boleh recover huruf tu. cemas. cemas.

air hijau itu telah tumpah atas huruf "a" saya. :(
semalam, rumet tolong-tolong aku buat page yg lain n at last, siaplah ia dan boleh hantar untuk keesokan harinya. hehe

sakit jari aku gunting huruf-huruf kecik ni. maklum la, xde stensil
buat cover page. habis kilat-kilat muka tauu
dah siap dan belum bind
kebaikan big book kami ni kan, huruf-huruf vokal tu boleh disentuh dan diraba. so, sangat bagus untuk murid pemulihan dalam melatih kemahiran psikomotor dorang yang sangat lemah.


keburukan big book kami yang aku tengok ialah, buku ni tak sesuai untuk dibukukan sebab huruf tersebut terlalu tembam. hahaha. lecturer komen, big book kami ni termasuk dalam model 3D padahal dia nk buku dalam 2D je.

sebelum hanta amik gamba dulu. nanti tak jumpa dah big book ni dah
untuk itu, lecturer suruh kami buat big book 2D sementara kawan-kawan yang buat big book 2D kena buat model 3D yang aku rasa lagi susah kot. hehe. kiranya kami dah buat model 3D lg awal daripada dorang. hehe.

----------------------------------------------------------

aktiviti harini untuk badan beruniform adalah masakan rimba. aktiviti ni dibuat untuk latih kami berdikari bila termasuk / masuk hutan lepas raya nanti. dua minggu lepas dah buat aktiviti membina gadget dan belajar baca kompas.

satu kumpulan 5 orang. ahli kumpulan aku adalah ain, abe we, faiz  dan rahimi. kami dibekalkan ayam, bawang, kentang, lada dan limau kasturi. terpulang kepada kumpulan masing-masing untuk masak apa pun. kumpulan aku masak sup. buat sup dan dimasak dalam buluh. ouh, tak pernah pulak aku masak sup dalam buluh.

ain, faiz n abe we
yes, rahimi pandai potong ayam okayyyy. hehe

 tak sia-sia cikgu sekolah rendah ajar aku menganyam guna kertas dulu-dulu. u see, aku kampung girl okay. :P menjadi la jugak kan? haha. rasa dh cukup ilmu utk survive dalam hutan ni (cukuplah sgt =_=")

ni ialah alas sup ayam buluh tradisional. sempat pulak guna stapler. hahaha
potong potong, ketuk ketuk, bakar bakar, anyam- menganyam. akhirnya siaplah sup ayam kami. urm, agak sedap la jugak. aku sempat rasa sikit je sebab petang tu nak hujan. jadi, aku malas nak lama-lama dekat tapak BIG tu sebab ada guruh.

at last, masa lec nak nilai masakan, aku tinggalkan masakan kumpulan kami atas meja dan aku terus balik. apa nak jadi dengan masakan kami tu, biarkan je la. jalan kaki tau! penat. naik turun bukit. sampai sekarang aku tak baring lagi atas katil aku. lenguh belakang nih! tapi aku sempat tengok lec rasa sup kumpulan kami. sedap jugak la dia cakap.. bila dah dengar perkataan "sedap" dan lec pun anguk-anguk kepala, aku dengan ain terus chau untuk pulang ke asrama. hari mau hujan bha.


harini tak tdo siang pun tau. malam ni mesti penat. konfem! okayla, aku nak berehat dulu.

bui bui! :)

KARNIVAL SUKAN KOLEJ KEDIAMAN 2012 IPG

hai.

semakin lama  semakin malas pulak nak menulis blog. entah kenapa. semangat tulis blog dah makin hilang. semoga mood rajin tulis blog akan kembali semula...

baiklah, sabtu lepas kat maktab ada Karnival sukan dan kami pelajar semester 4 wajib masuk sukan. actually aku terpinga-pinga jugak sukan apa kena main ni. kalau nak suruh main bola jaring memang stamina dah kurang la sebab dah setahun tinggalkan sukan tu. hehe.

badan aku macam besa gila dalam gambar ni.sebenarnya baju tu besa okay. badan aku tak besa =_='
clasmet
rupanya senang je. main sukaneka. cis! =_=" ada 4 games yang kami kena main. pemenang nya akan dapat hadiah tapi tak tau bila. mungkin perhimpunan yang akan datang kot. kalau menang, bagus jugak.

bola buta. urgh!
disebabkan aku dan budak-budak perempuan kelas aku agak malas bersukan, kami ni jadi cepat lapar tau. baru main 1 game semua pun dah serbu gerai makanan. untung gila budak-budak yang menjual makanan. hahaha. aku pun tergolong la dalam golongan yang menyerbu gerai makanan. haha. tapi kan tak adalah penat sangat pun. panas je.. biasalah, dah lama tak berjemur. kalau sukan pun, sukan indoor je. mane nak kena matahari. hehe

awal pagi masa nak amik kehadiran, ada seorang lelaki nak gantung banner. aku perhati la. masa tu belum aktif lagi. awal pagi kan. hehe. tiba-tiba aku terpandang banner tu. "aik, macam muka aku je?" aku nak je cakap dengan fik yang perempuan dalam banner tu macam muka aku tapi kalau salah macam malu dan perasan sendiri la pulak. bila teliti betul-betul, memang betul pun itu aku. wah wah wah! femes pulak. hahaha.

boleh la prasan prasan skit bila muka masuk banner. iye iye saya yang GS tu. tak ingt main bola jaring untuk apa.
btw, Karnival Sukan ni kan bukan budak-budak maktab aku je. budak-budak maktab lain pun ada datang jugak. ada pertandingan antara IPG Zon Tengah. so, layankan aje.

dah kenyang dan dapat tempat berteduh boleh la nak gelak besa besa kan? haha
bui bui! :)

JUALAN BUNGA KONVOKESYEN IPG KPM SESI KE-2, 2012

hai.

minggu ni bermulalah sebagai pelajar yang sibuk. dah la sibuk, memenatkan pulak tu. kerja makin lama makin bertimbun. mana nak handle yang itu, mana nak handle yang ini. terasa macam penting pulak. hehe.

saya dan ella. ella ni girlpreng nuar which is clasmet kite tau
dua hari lepas aku tdo pukul 5.30 pagi dan bangun pukul 6.30 pagi. Ya Allah, tido sejam je. tak payah cerita penat dan mengantuknya. kalau kaki tido kurang tido memang mood tak berapa nak baik la.

hari selasa iaitu semalam, aku dan beberapa jawatankuasa tinggi jualan bunga telah ke Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya untuk jualan bunga di bawah Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU). gerak dr maktab pukul 6.45 pagi.

ramainya graduan. untuk hari pertama, graduan adalah dr IPG miri, rajang, kent, keningau, tun hussein onn, bahasa antarabangsa, batu lintang, tun abdul razak, tawau, gaya dan kota bharu. aku dapat agak ada graduan drpd IPG kota bharu sebab ada seorang pakcik tu duk kecek kelate nge saing kawe. "pokcik nok beli bungo ko anok." haa, macam tu la pakcik tu cakap. haha

byk kn org jual bunga
sape la yang senyum lebar sangat tu..
okay, kat sini aku nampak tembam =_='
seharian tu sibuk jugak la. aku hanya menjaga jualan belon sebab tak reti promote bunga. aku tak bermulut manis. aku hanya bermulut masin sebab suka makan makanan masin. haha. aku berdiri kat tepi belon lalu buat muka kontrol ayu yang melampau lalu akan menjawab bila ada orang tnya tentang belon. 

tapi kan aku sukaaaaaaa sangat tengok bunga-bunga ni. warna warni. rasa gembira gile. dan masa tu mulalah aku rasa tak sabar nak habis belajar. nak graduate cepat-cepat sebab nak dpt bunga. hahaha. pastu kan, aku berangan nanti aku graduate, aku akan dapat dua jambangan bunga yang utama. 1 daripada parents, 1 lagi daripada suami. hahahaha. bila dah perasan sorang-sorang cmtu, aku pun pergi hantar mesej kat sorang kawan.

" nanti kalau saya graduate datang tau.. pastu bagi saya bunga yang besaaaaaa sangat, "

hahaha. tak memasal pulak kan kawan aku kena datang beli bunga untuk aku.

tadaaa! bunga yang berharga RM120. suka sangat dengan bunga ni sebab bear dia besa. haha
walaupun sibuk tapi aku masih sempat curi-curi keluar pergi makan-makan dengan senang lenangnya kat presint 16. bertuah banget!

jualan bunga habis pada pukul 6 petang. semua graduan pun nak balik. lepas kemas-kemas semua, dalam pukul 7 petang jugak la balik. tapi tak balik maktab lagi. singgah pasar malam kejap semata-mata nak makan cendawan goreng. hehe. tiba-tiba pulak haritu teringin nak makan cendawan goreng. dulu aku tiap-tiap malam makan cendawan goreng. tp lepas aku ada pendarahan, aku dinasihatkan untuk say goodbye kepada kekasih yang bernama cendawan goreng. sob.sob.sob. Tekan SINI untuk tau kenapa.

sampai bilik, bersihkan diri, kemas-kemas sikit, basuh baju, jemur baju dan aku terus pengsan tak sedar diri. aku terjaga pun sebab badan aku kejang. mimpi buruk kot. hish!

bui bui! :)

BILA BOSAN, MACAM NI LA JADINYA

hai.

setiap hari jumaat mesti aku akan rasa seronok sebab cuti hujung minggu. dan bila dah tiba hari ahad, aku akan menggaru-garu kepala yang tak gatal sebab esoknya tu kena pergi kelas semula.  disebabkan hujung minggu yang lepas-lepas aku tak balik seremban sebab malas + duit tak ada nak balik, aku pun stay kat maktab. syok jugak duk kat maktab tapi tu lah, bosan dia tak payah cerita. mungkin aku dah biasa pergi jalan-jalan. jadi, bila duduk setempat aku akan rasa bosan yang terlampau.

so, semalam, aku rasa bosan sangat. actually aku plan nak keluar pergi alamanda. walaupun dah berpuluh-puluh kali aku pergi alamanda, tapi tu je la tempat yang boleh aku hilangkan rasa bosan. tengok orang sekeliling. tengok barang-barang yang berwarna-warni. actually, aku meronta-ronta nak pergi alamanda sebab dua minggu lepas aku terpandang 1 baju dan aku ingat nak beli nanti jela.

apabila tak beli barang yang berkenan di hati, mulalah termimpi-mimpi. ish, tak suka betul! so, semalam aku dah tak boleh tahan dah. aku keluar jugak dengan rumet aku dan abe we. 

benda pertama yang aku beli ialah baju tu la. at first baju tu dah tak de tau dia gantung-gantung. aku dah sedih dah. lastly, rumet aku terjumpa baju tu. nasib saiz S ada. fuhhh. lega!

u see.. hepi dan puas hati dapat bli baju yang selalu masuk mmpi aku. hehe

okay, tengok kat tgn abe we tu apa yang dia nak byr. kawan aku sorang ni feveret dia mmg beli pakaian dalam. haha
pusing punya pusing. rasanya semua kedai dalam alamanda tu ktorang masuk. biasalah, cmni la kehidupan pelajar. kadang-kadang ada duit, kadang-kadang tak de. hehe. 

rumet aku pulak beli handbag. ye ye je rumet aku cakap tak ada duit nak pergi jalan-jalan. lastly, dia bantai dua handbag. ceh! =_='

mawa n abe we. so sweet :)

actually, ada seorang kawan jauh aku datang putrajaya. alang-alang dah sampai putrajaya yang mungkin setahun sekali, why not jumpa kejap ke kan. boleh jugak belanja aiskrim ke, kacang ke. haha. tapi kawan kite tu kan, dia tak dapat singgah alamanda. tacing tau kite! terus tak de mood. hahahaha.

abe we hepikan aku yang tengah tak de mood sbb tacing kawan tak dtg. hahaha

apa-apa pun kami pulang bukan dengan tangan kosong la. hehe. 

 btw, ciksu aku telah melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Nik Nur Humaira. selamat datang sepupu baru. ciksu adalah muda setahun daripada aku. maksudnya kalau aku kahwin, mesti aku pun dah ada anak. woha!

comel sungguh baby ni. boleh la pasni bila balik kelantan try dukung baby. hikhikhik (gelak gatal)

aku nak pergi meeting dulu. bui bui! :)

KAN DAH KENA!

hai.

dah lama rasanya tak menulis entri baru. awal semester memang aku macamni. tak ada aktiviti yang dibuat. biasalah. tak ada duit memang macamni. cuba kalau dapat RM4200 konfem panjang akal dan langkah aku. entah-entah sampai ke pahang? eh, kenapa pahang? hahahaha.

walaupun jadual semester ni padat tapi aku rasa makin lama aku kat maktab, makin jadi beruang aku ni. ada la seseorang ni panggil aku beruang sebab kuat tido. =_=". mungkin sebab kuat tido ni la aku tak dapat 3.9 haritu kan?

baiklah, rabu lepas, kami diwajibkan untuk pakai baju uniform pbsm. aku tak suka sangat baju uniform aku sebab dia berwarna putih dan bila aku nak lentok kat meja atau tunduk untuk ambik benda yang jatuh kat lantai, aku terpaksa berhati-hati dengan mata yang memandang. bahaya wei. nanti orang nampak underwear. terpaksa pakai seluar pendek kat dalam seluar. haha.

kalau nak beli makanan la yang paling risau. kat situ la ada kari, ada tomyam, ada masak pedas, masak kicap. kalau lauk-lauk bahaya tu terkena baju uniform, aku terpaksa menyental sepenuh jiwa untuk hilangkan kotoran tersebut. dan uniform ni aku tak basuh guna mesin. guna tangan tau u ollsssss... kau tengok betapa kisahnya aku dengan baju uniform aku yang berwarna putih suci ini.

kembali kepada cerita. rabu tu aku pakai la baju uniform dan berkasut BLINK BLINK. biasalah perempuan. masa tengah tunggu makmal teknologi bukak, aku kena tegur dengan lecturer sebab pakai kasut blink blink. malu i tau! haha

seronok sangat duk gelak. kan dah kena tegur dengan lec pasal kasut blink blink. hehehe

" kamu tu... tak boleh pakai kasut macamtu. petang ni saya tak mau tengok awak pakai kasut tu lagi. kasut tu nak pakai kat mekah boleh la,"

apsal kaitan dengan mekah pulak? pagi-pagi dah bising. aku sengih-sengih sebab kena marah depan kawan-kawan. hahaha. tapi nak buat cmana. tu je kasut yang paling buruk aku ada dan kasut flat yang aku ada. yang lain semua kasut berwarna-warni dan ada tumit. aku dah runsing dah kasut apa la yang aku nak pakai minggu depan ni. haishhhhh!

nasib petang tu pakai tshirt. kalau tak, mesti kena tegur lagi dengan lecturer tu. fuhhhh..

petang tu, kami berkumpul kat tapak BIG untuk buat gajet dan pioneering. benda-benda ni penting untuk kami buat masa camping bulan september nanti. sepanjang buat gajet tu, aku tolong tengok je ahli-ahli yang buat gajet. tak reti la nak buat ikatan yang bermacam-macam tu. yang aku tau ikat mati je. sambil-sambil tu borak dengan kawan. kelakar sungguh kawan aku tu. perasan nak jadi perempuan. hehe

geng buat rak kasut. aku geng buat tiang bendera
aku tumpang bergambar walaupun aku cuma jadi pemerhati. hehe
dalam pukul 5 petang kami balik. penat. dah la naik turun bukit. haish! sampai bilik terus terlentang. bersih-bersihkan diri dan berehat sampai terlepas untuk pergi tahlil dan usrah malam tu.

bui bui! :)