KAMI JIRAN :)

sejak masuk tahun baru ni, aku dengan rumet aku salu 'terlebih tido'. mana tak 'terlebih tido' nya, orang lain tido waktu malam, ktorang tak tido lagi. yang sorang tengok cerita korea. yang sorang lagi bersama artis korea. mana tak bangun lambatnya. haha.

haritu baru je plan tak nak keluar weekend ni. tapi, ter'keluar' jugak. okay, sebenarnya memang tak plan pun nak keluar ke mana-mana. aku ingat nak masak je kat bilik. tapi tu la...jiran aku ni.. pandai betul mengayat. mula-mula cakap bosan n nak keluar pergi taman botani. aku okay kan je la sebab aku suka pergi taman. disebabkan nak keluar, jadi jiran aku tak suruh aku masak sebab nak makan kat luar. 

at first nak makan kat kedai biasa-biasa je. dah smpai kedai makan tu, tak ada makanan la pulak. so, kami terus ke Alamanda. haish! melayang duit aku pergi makan kat alamanda. baru je nak simpan duit buat kawin. haha tipu!
sori la guys..tp muka buruk cmtu je yang aku blh buat. hahahaha

lepas makan, aktiviti terjah menerjah abang mawa kat carrefour. kebetulan pulak terjumpa. hehe

abg mawa bwk beg baby. suwitnya nmpk!
ni ialah anak buah mawa..Sufiah..hi, saya auntie ain! hehe
plan nak pergi makan je. last-last pergi tengok wayang. ni semua angkara AYA! cite The Darkest Hour tak syok. tak best. aku nak terlelap dalam wayang tu. nasib la tak ramai orang dalam wayang tu. so, banyak tempat duduk kosong n tak ada la serabut kepala otak aku dengan cite yang tak best tu.

sekali skala nak bermanja dengan rumet. hehe
dulu punya kemain semangat beli crocs kt mid. last2 berlambak slipar ni kat pasar malam. bgus bli kt pasar malam je. =_='
seat kat depan aku ada kapel. amboi amboi...cite punya kemain thriller, dorang lak boleh buat wayang sendiri. filem romantik lak tu. terus aku tukar seat aku jauh jauh daripada dorang.

lepas tengok wayang, ktorang pusing-pusing cuci mata. ouh, bersih mata aku. 


sama turquoise lak dengan rumet
mereka rumet n mereka jiran saya

kami rumet n kami jiran mereka. haha
ouh, lupa lak. masa aku tengah nak beli minuman, ada kapel kat depan aku ni. boleh pulak kan dorang gaduh kat depan cashier masa nak amik order. alasannya sebab pakwe dia order air panas kat makwe dia. eleh, tu pun nak marah ke? ganas lak makwe dia tu marah. siap pukul pakwe lagi. garangnya! aku rasa nak tergelak je sebab dorang ni gaduh pun tak padan dengan tempat. ish ish ish.

sebelum balik pergi makan kejap. meja depan ktorang ada seorang mamat yang comel. cuci mata kejap dengna aya. cam sengal je. pastu yang tak boleh blah, siap amik gambar laki tu lagi. haha. 


lepas dah hbis makan baru la ktorang reveal yang laki tu xdela comel sgt. hahaha
seronok betul harini. seronok hang out dengan jiran.

balik maktab malam n muka pun dah berminyak. ish! asal la muka masing-masing gelap?!
p/s: jiran...walaupun nnti kita dah tinggal rumah asing-asing, skali skala kita kuar pergi lepak sama-sama lagi ye? hehe

SPECIAL FOR IERA :) WELCOME TO 21st

hai.

entri ni aku tujukan khas untuk jiran aku yang telah selamat menyambut hari jadinya yang ke-21. umo pun dah semakin meningkat setiap tahun. aku masih muda. masih berumur 20 tahun 4 bulan 13 hari. hehe.

iera.iera.iera.iera
ouh, disebabkan sekarang musim orang bergaduh pasal rumah sewa, jadi aku dengan mawa n aya decide untuk prank iera tentang rumah sewa. n dalam prank tu, aku, mawa, fik n aya bergaduh besar. sampai menangis-nangis iera. puas hati sebab tengok dia menangis. it means that lakonan kami berjaya! haha.

aku dah lama tak gaduh perang mulut. jadi aku rasa nak tergelak je. kadang-kadang bila rasa nak sengih-sengih n gelak, aku pusing belakang. takut-takut aku tergelak plak. n aya memang buat macam gaduh betul. siap marah-marah aku n mawa.

" yang kau nak ikut telunjuk dua ekor ni kenapa ira?"

dialog aya yang aku ingat. selebihnya aku dah tak ingat sebab spontan je kami gaduh. hehe

pergaduhan kami terhenti kejap bila ada orang datang bilik ira nak wish birthday. aku dengan mawa dengan konon-kononnya bengang, balik ke bilik. padahal masa balik bilik, kitorang cepat-cepat pasang lilin kat kek. hehe. n aku kol aya suruh stop je la gaduh. tapi aya nak buat iera menangis lagi. untuk nampak lagi real, kami panggil fik untuk menjayakan lakonan kami. n yes! menjadi lahhhhhh u! 

dialog mawa kat aya..."kau jangan datang bilik aku lagi!" sambil buat-buat bengang n keluar dari bilik. 

lepas tu kami pergi amik kek n suh aya tutup lampu bilik dorang. surprise ktorang hampir kantoi bila iera tiba-tiba bukak pintu bilik. dah la masa tu mawa tengah berdiri kat depan bilik dorang. tapi nasib tak kantoi. mawa pergi main masuk je dalam bilik junior. haha.

at last, kami datang n nyanyi lagu birthday. tak sempat habis nyanyi lagu birthday, Encik Ali keluar rumah dia n jerit suruh tido. ktorang yang tengah semangat nyanyi terus on the spot jadi diam. n warden tu jerit nombor bilik aku. agaknya sebab bilik aku tak tutup pintu kot. haha.

dah intai-intai papa ali, tengok dia dah masuk rumah dia. iera sempat lagi menangis.yela, sebab tak sangka semua ni prank je. haha. 

n yang klaka nya...masa iera menangis tu, dia tertendang kek yang mawa tengah pegang. habis kek tu jatuh terbalik kat tikar getah. HAHAHA. habis lilin terpadam. ktorang gelak gila. nampaknya tahun ni makan kek tendangan kaki iera. HAHAHA.

by the way, HAPPY BIRTHDAY TO YOU, NURATHIRAH! semoga tahun ni jauh lebih baik daripada tahun lepas. semoga dimurahkan rezeki dan hidup dilindungi selalu. aminn...

ni la kek tendangan kaki iera yg dah rosak. haha
iera ni kan..kembar siam pointer aku semester lepas.haha. dia clasmet n jiran bilik aku. kami berempat agak rapat. kami suka pergi karaoke sama-sama n kalo kami hang out sekali, mesti kami suka buat kerja gila. n yes! i do love them. :)
2009: masa foundation semester 1. euww..gelapnya i!
2011. iera curi rumet i!  # iera n mawa #
i curi rumet iera. hahah #saya n aya #

--------------------------------

behind the scene.

aku, aya n mawa keluar pergi Giant. tujuannya nak pergi beli kek. dah la masa tu Giant nak tutup dah. aku dengan mawa menggunakan kuasa kaki panjang kami untuk jalan cepat-cepat pergi beli kek. lagipun kami takut iera dapat detect kami keluar bertiga. dah la aku dengan baju tido pergi Giant. memang nak cepat habis lah. haha. 

kami beli kek coklat kosong je disebabkan tengah zaman pokai. haha. hiasan atas kek tu, mawa potong-potong epal n decorate nama iera. lilin bday n api aku yang supply disebabkan aku suka simpan lilin. haha.

apa-apa pun, sangat puas hati sebab surprise party menjadi! hehe.

--------------------------

disebabkan entri ni untuk iera, ni ada beberapa gambar kami bersama yang aku simpan.
2012:: harini punya gambar. disebabkan kami pakai warna jubah yang hampir sama, kena la amik gmba skit. haha
2009: Kejohanan Olahraga Tahunan. aku selalu dapat rumah hijau. xsyok betul!
2011:: my 20th bday. yey!
2010:: lunch. ouh, tinggi dan lainnya aku masa ni.
2011:: bukak puasa sekelas
2011:: photoshoot contest baju raya. HAHAHAH
ni lah iera...feveret dia ialah tido. ranking pertama dalam kelas untuk tido. yeah!
bui bui!