DSLR MINI SAYA

 hai semua!

banyak betul aku nak update entri baru hari. yela, bosan punya pasal. lagipun dah beberapa hari aku tak ber'blogging'. jadi aku nak qada' la ni. haha.

ouh, haritu aku seorang senior aku chat aku dan suruh aku like gambar dia kat facebook. ala, masuk pertandingan dan akan menang dengan jumlah 'like' yang paling banyak. jadi, aku pun usha la gambar-gambar peserta lain.

tengah usha tu aku terjumpa la peserta craft yang buat DSLR ni. aku terus tertarik. macam tak pernah jumpa lagi setakat ni. terus aku usha blog dia. jahitan dia kemas sangat. comel-comel pulak tu hasil kraf dia.

jadi, aku pun order la hp strap dslr. ingat nak order tiga tapi terpaksa dikurangkan menjadi dua atas sebab-sebab isu sensitiviti.

aku order warna oren dan satu lagi purple. nak bagi kat adik aku. adik aku minah purple. haha. excited aku tunggu. dan mesti korang rasa aku ni macam semangat semacam kan? yela, hp strap nak yang dslr punya. haha. YE! memang semangat sebab camera tu aku nak dari dulu lagi. tapi sebab masalah kewangan, aku tak dapat beli. haha.. thanks to my mum, papa and babang for supporting my sis and I to buy this camera. thanks for the money.. hehe.. love you! :)

ni dslr mini saya..  :)
untuk adik aku yang purple tengah2 tu

ouh...nampak tak watermark bee aku tu? aku saje wat petang tadi sebab bosan... :) 


jom usha hasil kraf dia..facebook tuan punya Miya Craft

NENEK JADI DORAEMON

hai semua!

hari ni aku ada sedikit rajin untuk update blog. baiklah, harini hari jumaat dan ramai budak maktab balik rumah. aku pun tak tau kenapa dorang rajin betul nak balik rumah dan aku seperti biasa; stuck kat maktab. bukan malas nak balik rumah makcu tapi entahlah. tak rajin kot. aku rasa lagi seronok tidur bersama bantal bucuk aku. haha.

:)
masuk hari ni dah tiga hari aku tak ada kelas. ada kelas tapi lecturer tak ada. seronok! sangat seronok! nak kan pulak bila dapat tengok drama Nora Elena. okay, aku tau aku memang selalu 'yesterday'..orang lain dah lama habis tengok drama tu aku baru semalam habis tengok drama tu. YES! drama tu sangat romantik dan aku suka hero dia. OMG! sangat romantik la laki tu.. dah jatuh cinta dengan Seth Tan. haha.

agak-agak ada ke ye lelaki yang romantik, kaya, penyayang, penyabar, hensem macam Seth tu ye dalam dunia ni? hehe..kalau lah dapat suami yang macam Seth tu...seronoknya hidup berumahtangga..pape pun utamakan isteri dulu..penyayang... fuhhhh!

semalam bila drama tu dah habis aku tengok, aku rasa macam kebahagiaan aku dah tamat kat situ. aku rasa macam kehilangan sesuatu. <---- feeling gila aku tengok drama. haha



ouh, rabu lepas ada sorang kawan mintak tolong kat aku untuk lukis muka family. kalau lukis kartun boleh la aku lukis. ni dia nak lukisan family yang tak ada la macam kartun sangat tapi tak ada la perfect potret. jadi aku minta tolong seorang classmate aku yang memang reti melukis untuk lukis. aku tolong trace balik je lukisan tu. hehe

dari atas:
atuk (lin lukis)
nenek (aku lukis)
ayah (lin lukis)
emak (lin lukis)
abang (lin lukis)
kakak (ridzwan lukis)
kiri: ridzwan..kanan: lin

lukisan aku la yang paling nampak kartun dan hodoh. aku lukis nenek. ada pulak classmate aku tanya kenapa lukis doraemon? DORAEMON? huwaaa... :( lukisan nenek tu nampak cm doraemon ke? pastu ada pulak yang cakap nenek tu atuk la.. haha..

tu je..bye!