hari ni aku ada sedikit rajin untuk update blog. baiklah, harini hari jumaat dan ramai budak maktab balik rumah. aku pun tak tau kenapa dorang rajin betul nak balik rumah dan aku seperti biasa; stuck kat maktab. bukan malas nak balik rumah makcu tapi entahlah. tak rajin kot. aku rasa lagi seronok tidur bersama bantal bucuk aku. haha.
:) |
agak-agak ada ke ye lelaki yang romantik, kaya, penyayang, penyabar, hensem macam Seth tu ye dalam dunia ni? hehe..kalau lah dapat suami yang macam Seth tu...seronoknya hidup berumahtangga..pape pun utamakan isteri dulu..penyayang... fuhhhh!
semalam bila drama tu dah habis aku tengok, aku rasa macam kebahagiaan aku dah tamat kat situ. aku rasa macam kehilangan sesuatu. <---- feeling gila aku tengok drama. haha
ouh, rabu lepas ada sorang kawan mintak tolong kat aku untuk lukis muka family. kalau lukis kartun boleh la aku lukis. ni dia nak lukisan family yang tak ada la macam kartun sangat tapi tak ada la perfect potret. jadi aku minta tolong seorang classmate aku yang memang reti melukis untuk lukis. aku tolong trace balik je lukisan tu. hehe
dari atas: atuk (lin lukis) nenek (aku lukis) ayah (lin lukis) emak (lin lukis) abang (lin lukis) kakak (ridzwan lukis) |
kiri: ridzwan..kanan: lin |
lukisan aku la yang paling nampak kartun dan hodoh. aku lukis nenek. ada pulak classmate aku tanya kenapa lukis doraemon? DORAEMON? huwaaa... :( lukisan nenek tu nampak cm doraemon ke? pastu ada pulak yang cakap nenek tu atuk la.. haha..
tu je..bye!