ALAMANDA LAGI

hi semua!

haritu bila lepas dah pekena kasut sukan Nike yang telah memakan ratusan duit elaun aku, aku dah tekad tak mau keluar bergonjeng-gonjeng selama sebulan. pergh! tekad nak bagus je kan?. ISH!

okay, lepas ni aku tak mau keluar lagi. nak kan pulak dah nak tiba bulan ramadhan. aku memang tak suka keluar especially bila masa bulan puasa. tekad aku untuk bulan puasa ni ialah aku nak beli makanan satu jenis je sebab aku tau kalau beli banyak ikut nafsu sebelum bukak puasa memang tak habis pun. membazir je lebih.
dengan roomate. cik mawa omot.. masa tengah lebih duit ni la nak pg makan KFC. dah kopak kang cr food court je. haha
mawa dan fik
baiklah, haritu pergi Alamanda dengan mawa dan fik. tujuannya utama ialah temankan mawa belikan handbag untuk mak dia. okay, aku follow je la sebab membuak-buak perasaan nak makan. rasa nak makan ice-cream la, big apple la, minuman yoyo la, ayam la.. ish ish ish. tamak tamak.

ni la minuman yang aku panggil minuman yoyo.. RM4.00 bapak mahal kt sini. kat tempat aku RM2.50 je kot?!! bekas besar lagi
tamak tamak aku pun aku telah berjaya menghabiskan makanan yang aku beli. yum yum! kali ni pergi Alamanda aku berjaya tak ambil duit kt atm dan berjaya tak beli apa-apa kecuali MAKANAN. hehe..seronok!
sedang menikmati Big Apple donut 'Say Cheese' dengan terujanya..haha
okay, nak balik dah. babai!

khamis ni budak perempuan kelas aku nak kuar ramai-ramai pergi alamanda untuk tengok wayang. urm rasa tak nak pergi lah! tengok wayang membuang duit di saat-saat aku ingin berjimat untuk kumpul duit. nak kawin la katakan! okay tipu...! HAHAHA 

bui bui ...tata...!