hai.
aku telah kembali bertukar status. ceh! prasan je lebih. pdahal baru pergi kursus kahwin dua hari dah perasan bertukar status konon! hahaha.
baiklah, dh tentu korang pun dah tau aku nak cerita pasal apa untuk entri ni. kan aku dh mention awal perenggan tadi pasal kursus kahwin.
well, mari mulakan!
khamis lepas, kelas aku dah heboh tanya tanya siapa nak pergi kursus kahwin. at first aku tak teringin pun pergi dengan alasan "ah, nnti pergi sekali dengan pasangan laa.." sombong gila.
hari jumaat kedengaran lagi heboh-heboh kat kelas sape nak pergi kursus kahwim boleh la isi nama dan no ic. mula-mula tak nak pergi tapi bila hampir kesemua clasmet perempuan aku dah gatal nak pergi, aku pun ikut gatal la jugak. HAHAHA.
well actually yang teringin nak pergi tu sebab dorang cakap minggu depan kursus kahwin dh naik ke seminggu dan byran pun RM300. so, nak tak nak kena la pergi dengan memujuk mak agar diberi duit 'biasiswa'. hahaha. btw kursus kahwin yang dua hari ni RM80.
-------------------------------------------------------------------
awal pagi sabtu dah ready utk ke kursus. tunggu kein dan yana datang jemput kat maktab. masa otw ke Putrajaya, aku baru teringat salinan ic aku. TERLUPA! mana nak cari kedai fotostat awal pagi ni? dan aku pun redha kalau tak dapat masuk kursus tu nnti. risau jugak.
sampai kt Presint 16, waaaa...teruja sangat sebab masing-masing datang dengan pasangan. okay fine! lelaki yg comel dan lelaki yang kacak semua dah ade awek. tinggal yg tetttttt je yang dtg solo fighter! HAHAHA.
nasib la jugak dtg dengan kawan-kawan. so, macam tak terasa solo sangat la kan?!! hahaha
nik, fik, kein & yana |
happy tree friends |
at last berjaya jugak aku daftar selepas pujuk abg kaunter pendaftaran yang aku LUPA BAWAK SALINAN IC! hahaha.
masuk dalam dewan, aku rasa ktorang la peserta kursus yang paling muda. tapi bajet tua. peserta perempuan kursus yang paling tua adalah berumur 38 tahun. ktorang berlakon konon dah nak kawin. siap sibuk cerita pasal bakal suami lah, bila nak kahwin la. hahaha.
untuk hari pertama, kursus mula dari pukul 9 pagi sampai 6.30 petang. best la jugak kursus ni. lawak. especially bila penceramah dan peserta bertanya secara terbuka tentang hubungan seks! hahahaha. banyak ilmu yang aku belajar.
nak tau contoh ilmu aku belajar? haha.
contohnya..ustaz tu tanya apa boleh buat kalau isteri sedang period dan suami kuat seks dan ingin jugak bersama?
haaa...blurrr kau sana! haha.
ustaz tu ajar boleh la buat istimtak. actually banyak sangat ilmu yg berupa lucah tapi ianya masih ilmu. ala, nnti semua orang pun akan lalui saat tu.
ada tu masa slot komunikasi suami isteri, ada bentuk-bentuk komunikasi apabila isteri duduk di katil untuk malam pertama. contohnya kalau duduk kat siring katil, apa maksudnya, duduk di tengah katil dan di hujung katil. semua ni suami-suami kena faham bahasa isyarat. HAHAHA.
dan kami juga di tanya bilakah akan melangsungkan pernikahan. haaa, kau siaplah jawapan masing-masing. haha.
habis kursus tu kami singgah jalan-jalan pasar malam dan guess what!! aku jumpa durian crepe dan terus beli tnpa fikir panjang! durian musang king lak tu. memang sodap! hehehe
---------------------------------------------------------------------------------
hari kedua, iaitu hari terakhir. ada dua slot. sampai pukul 2 petang. slot ni macam tak berapa best sebab slot tentang ibadah dan akidah. dia ajar pasal cara solat, prosedur perkahwinan. aku dengar cmtu cmtu je. hehehe. kalau de yang penting aku salin la.
rupanya nak kahwin ni kena isi borang, daftar kat situ sini. aku ingt pergi jumpa tok kadi dah boleh kahwin dah. hehe. kat sini jugak dia ajar cne nak buat kalo nak kawin melibatkan satu negeri, dua negeri dan tiga negeri.
oh ya...masa dah habis slot, ada seorang kakak yang duduk kat sebelah aku ucap tahniah dan salam aku. aku pun senyum dan salam dia.
then aku tanya dia bulan berapa nak kahwin.
"insyaallah bulan 5 ni. kamu?"
dengan yakin aku jawab, "hujung tahun ni, insyaallah :)"
kau nampak keyakinan aku? haha
aku tanya lagi,
"akk dr mana? dtg dengan pasangan ke?"
"dr Klang. dtg dengan pasangan. kamu?"
"pasangan tak dapat datang. jauh."
bantai laaaa. janji jawab dengan yakin. hahahaha.
seronok tau pergi kursus ni. lepas ni aku tak mau pergi dah sebab dah jadi seminggu. hehe. lepas habis kursus, ktorang singgah alamanda sebab nak lunch. aku tak jadi keluar dengan sorang kawan sebab macam rush sangat. so, postpone next week.
masa kat alamanda, bila nampak kapel kapel, terus automatik aku monolog dlm hati,
"aku dah pergi kursus kahwin. dh selangkah daripada korang,"
ceh, bangga gila aku ni. setan hasut la tu...hahaha.
minggu depan boleh dah amik sijil kursus kahwin. alhamdulillah.
p/s: u know what, masa pergi kursus kahwin, kena lah pakai cincin jugak. bajet dah bertunang. orang lain semua pakai cincin tauuuuu!! hehehe.
seee!!!! i tunjuk cincin jugak okay!! hahaha |
bui bui! :)