KURSUS KAHWIN :)

hai.

aku telah kembali bertukar status. ceh! prasan je lebih. pdahal baru pergi kursus kahwin dua hari dah perasan bertukar status konon! hahaha.

baiklah, dh tentu korang pun dah tau aku nak cerita pasal apa untuk entri ni. kan aku dh mention awal perenggan tadi pasal kursus kahwin. 

well, mari mulakan! 

khamis lepas, kelas aku dah heboh tanya tanya siapa nak pergi kursus kahwin. at first aku tak teringin pun pergi dengan alasan "ah, nnti pergi sekali dengan pasangan laa.." sombong gila. 

hari jumaat kedengaran lagi heboh-heboh kat kelas sape nak pergi kursus kahwim boleh la isi nama dan no ic. mula-mula tak nak pergi tapi bila hampir kesemua clasmet perempuan aku dah gatal nak pergi, aku pun ikut gatal la jugak. HAHAHA. 

well actually yang teringin nak pergi tu sebab dorang cakap minggu depan kursus kahwin dh naik ke seminggu dan byran pun RM300. so, nak tak nak kena la pergi dengan memujuk mak agar diberi duit 'biasiswa'. hahaha. btw kursus kahwin yang dua hari ni RM80.

-------------------------------------------------------------------

awal pagi sabtu dah ready utk ke kursus. tunggu kein dan yana datang jemput kat maktab. masa otw ke Putrajaya, aku baru teringat salinan ic aku. TERLUPA! mana nak cari kedai fotostat awal pagi ni? dan aku pun redha kalau tak dapat masuk kursus tu nnti. risau jugak.

sampai kt Presint 16, waaaa...teruja sangat sebab masing-masing datang dengan pasangan. okay fine! lelaki yg comel dan lelaki yang kacak semua dah ade awek. tinggal yg tetttttt je yang dtg solo fighter! HAHAHA

nasib la jugak dtg dengan kawan-kawan. so, macam tak terasa solo sangat la kan?!! hahaha

nik, fik, kein & yana
happy tree friends
at last berjaya jugak aku daftar selepas pujuk abg kaunter pendaftaran yang aku LUPA BAWAK SALINAN IC! hahaha.

masuk dalam dewan, aku rasa ktorang la peserta kursus yang paling muda. tapi bajet tua. peserta perempuan kursus yang paling tua adalah berumur 38 tahun. ktorang berlakon konon dah nak kawin. siap sibuk cerita pasal bakal suami lah, bila nak kahwin la. hahaha.


untuk hari pertama, kursus mula dari pukul 9 pagi sampai 6.30 petang. best la jugak kursus ni. lawak. especially bila penceramah dan peserta bertanya secara terbuka tentang hubungan seks! hahahaha. banyak ilmu yang aku belajar. 

nak tau contoh ilmu aku belajar? haha.

contohnya..ustaz tu tanya apa boleh buat kalau isteri sedang period dan suami kuat seks dan ingin jugak bersama?

haaa...blurrr kau sana! haha.

ustaz tu ajar boleh la buat istimtak. actually banyak sangat ilmu yg berupa lucah tapi ianya masih ilmu. ala, nnti semua orang pun akan lalui saat tu.

ada tu masa slot komunikasi suami isteri, ada bentuk-bentuk komunikasi apabila isteri duduk di katil untuk malam pertama. contohnya kalau duduk kat siring katil, apa maksudnya, duduk di tengah katil dan di hujung katil. semua ni suami-suami kena faham bahasa isyarat. HAHAHA.

dan kami juga di tanya bilakah akan melangsungkan pernikahan. haaa, kau siaplah jawapan masing-masing. haha.


habis kursus tu kami singgah jalan-jalan pasar malam dan guess what!! aku jumpa durian crepe dan terus beli tnpa fikir panjang! durian musang king lak tu. memang sodap! hehehe

---------------------------------------------------------------------------------

hari kedua, iaitu hari terakhir. ada dua slot. sampai pukul 2 petang. slot ni macam tak berapa best sebab slot tentang ibadah dan akidah. dia ajar pasal cara solat, prosedur perkahwinan. aku dengar cmtu cmtu je. hehehe. kalau de yang penting aku salin la.


rupanya nak kahwin ni kena isi borang, daftar kat situ sini. aku ingt pergi jumpa tok kadi dah boleh kahwin dah. hehe. kat sini jugak dia ajar cne nak buat kalo nak kawin melibatkan satu negeri, dua negeri dan tiga negeri. 

oh ya...masa dah habis slot, ada seorang kakak yang duduk kat sebelah aku ucap tahniah dan salam aku. aku pun senyum dan salam dia. 

then aku tanya dia bulan berapa nak kahwin. 
"insyaallah bulan 5 ni. kamu?"
dengan yakin aku jawab, "hujung tahun ni, insyaallah :)"

kau nampak keyakinan aku? haha

aku tanya lagi,
"akk dr mana? dtg dengan pasangan ke?"
"dr Klang. dtg dengan pasangan. kamu?"
"pasangan tak dapat datang. jauh."

bantai laaaa. janji jawab dengan yakin. hahahaha.


seronok tau pergi kursus ni. lepas ni aku tak mau pergi dah sebab dah jadi seminggu. hehe. lepas habis kursus, ktorang singgah alamanda sebab nak lunch. aku tak jadi keluar dengan sorang kawan sebab macam rush sangat. so, postpone next week. 

masa kat alamanda, bila nampak kapel kapel, terus automatik aku monolog dlm hati, 
"aku dah pergi kursus kahwin. dh selangkah daripada korang,"
ceh, bangga gila aku ni. setan hasut la tu...hahaha.

minggu depan boleh dah amik sijil kursus kahwin. alhamdulillah.

p/s: u know what, masa pergi kursus kahwin, kena lah pakai cincin jugak. bajet dah bertunang. orang lain semua pakai cincin tauuuuu!! hehehe.

seee!!!! i tunjuk cincin jugak okay!! hahaha
bui bui! :)

RUMAH TERBALIK SABAH

hai.

hujung-hujung cuti haritu, aku dengan adik aku pergi ke Rumah Terbalik. rumah terbalik ni dekat je dengan rumah aku. disebabkan curious sangat nak tengok keadaan dalam rumah tu, aku ajak adik aku ke rumah tu sebelum aku balik Selangor.

bayaran masuk untuk Rumah Terbalik ni adalah RM10. bila bawa student card, dia akan bagi kita minuman free. so, macam not bad jugak la. hehe.

tapi yang tak best, kita tak boleh amik gambar dalam rumah terbalik tu. hanya boleh ambil gambar kat luar rumah je.

bila masuk dalam rumah terbalik tu, u know rasa macam nak pening gila sebab semua barang terbalik. pening. kepala pun aku terbalik kan. hahaha.

semua barang dalam rumah tu terbalik kecuali suiz, aircond dan cctv. dan kalau kita didapati ambil gambar curi-curi dalam rumah tu, akan dikenakan denda RM10 setiap gambar. 




barang-barang dalam rumah tu semuanya barang-barang yang betul. contohnya macam peti sejuk, komputer dan tv.

masa dalam rumah tu jugak, kami hanya dibenarkan berjalan di laluan berkarpet je atas langkah-langkah keselamatan. 

sebelum balik, kami redeem cold hot chocolate sebab student kan. hehe

bui bui! :)

p/s: aku rasa rumah terbalik kat oversea mesti lagi hebat. hehe

SEMESTER 5

hai.

at last jari aku rajin jugak nak taip cerita untuk minggu ni. kemalasan tahap gaban. 

baiklah kita mulakan dengan tahun baru. alhamdulillah semester ni jadual aku SANGAT PADAT! nak tdo petang pun tak dapat. 

walaupun aku ke kelas hari isnin, khamis dan jumaat, tapi kelas penuh gila. sampai ke petang pulak tu. hari selasa ada assembly dan program beyond proforma. hari rabu pun sama je. beyond proforma. beyond proforma. urgh!

dan.. semester ni aku dah tak duduk kat kelas aircond dah. dah turun taraf pergi kelas yang berkipas sahaja. actually ktorang dua kali kena pindah kelas. mula-mula dari kelas sebelah library, terus ke kelas tingkat 5 dan aku dapat seat yang tak ada kipas!! aktiviti tido pun terganggu sebab panas. 

kemudian, kami pindah ke kelas senior semester 8 tahun lepas. kelas tu kelas pemulihan. dan kelas dorang sangat lawa. kipas pun laju. seat aku dalam kelas pun best sebab dekat dengan kipas. kelas baru ni pun serba lengkap. ada dapur, ada tempat amik wuduk, ada tempat tdo, tempat bergosip. ewah2. rancaklah pasni. hehe

kedudukan seat sem ni jauh drpd 3 jejaka yg salu aku borak. pandang depan nmpk rahimi. pndang tepi nmpk iqram.

tadaaaa! ni lah kelas kami. hehe
tablematessss... tambah hani lagi sorang.
tapi yang best semester ni, ktorang pergi kelas pakai baju kurung hari khamis dan jumaat je. selebihnya pakai baju sukan. fit la semester ni dengan kelas olahraga yang lari 5 round padang. kelas olahraga hari isnin, indoor games hari selasa, dan pendidikan alam sekitar hari rabu. dan semua kelas ni main panas je. bagus!

bila naik semester 5 ni kan, dah mula rasa bahang senior la sikit. HAHAHA.  tahun depan pun dah habis belajar. bila naik semester 5 ni jugak, ada la beberapa orang clasmet yang dengar bunyi bakal menjadi menukar status daripada Cik kepada Puan. dan ada jugak yang akan menjadi tunangan orang. alhamdulillah. bagus lah tu. wah! tak sabar nak pergi wedding korang. for sure aku akan pergi.

aku bila lagi? haha. belum teringin lagiiiii.. lalalala.. tumpang gembira je untuk clasmet.

kolej kediaman sem ni pun yang baru. aku tak tinggal kt blok c lagi. dah jadi warga blok d dah. hehe. rumet masih sama. kami sehati sejiwa. hehe.

me n omot.
harap-harap semester ni ada cerita baru untuk kami semua.

p/s: tiba-tiba instinct aku rasa nnti ada antara ktorang clasmet yang akan kapel sesama sendiri. hehe

bui bui! :P

PANDORA

hai.

bosan-bosan weekend ni aku cuba la sibukkan diri dengan google apa-apa yang aku suka. aku masih buntu apa yang perlu aku beli untuk semester ni. akhirnyaaaaaaa.... aku tau apa yang aku nak beli.

tadaaaaa!!!


benda ni dipanggil Pandora. charm dia (beads yang kat gelang tu) kita boleh pilih sendiri. sebijik charm tu berharga dalam RM100 - RM300. depends dengan charm yang kita nak tu la.. haih teringin pulakkkkk.. so, kalau ada banyak duit, boleh la beli sekali gus banyak-banyak. selalunya orang beli sikit-sikit sebab mahal kan.. 

gelang dia tu pulak kalau masa mula-mula nak beli, orang tu akan ukur kat tangan kita. mungkin bagi tangan aku yang kecik ni, dalam 15-16 cm. dan gelang dia ni kita boleh pilih sama ada nak yang silver, gold fabrik or leather. harga gelang ni pulak bergantung kepada jenis yang kita pilih. selalunya akan bermula dengan harga RM200 dan ke atas. 

website yang jual everything about Pandora. bersih mata aku cuci mata. haih
nampaknya kat alamanda akan dibuka Pandora dan kat sabah pun dah ada Pandora, so, ia akan menyenangkan keadaan untuk membeli. hehe. so, semester ini harus berjimat supaya tak kesempitan wang. aminnn...

p/s: nnti bila aku dah banyak duit, aku nak belikan untuk adik aku skali. barulah boleh geng. okay, mood semangat nak berjimat dah dtg dah!
sebelum aku habiskan entri.. ini adalah Pandora idaman aku. semua charm ni aku yang pilih atas minat aku. lawa kan? selalunya orang pilih charm ni sebab charm tu mbawa makna kepada pemakai. cewah! hehe. boleh korang spot ada shuttle kat situ? hehe.

bui bui!