SHORT UPDATE #12

hai.

harini aku tak kemana pun. ingatkan harini nak buat facial muka tapi aunti ina tak dpat datang rumah sebab kereta dia masuk bengkel.

so, malamnya tu, aku keluar dengan amim dan acap untuk pergi beli barang-barang untuk esok. macam-macam kami beli. rasa klaka pun ada sebab nak pergi sehari je. beli makanan macam nak pergi seminggu je. haha

yg tiub cm ubat gigi tu adalah coklat. untuk topping makan pancakes
aku sentiasa suka barang instant. senang nak buat! haha
penuh troli. haha

balik rumah, aku terus buat dadih coklat untuk esok. tapi dapat buat dua bekas je. tak apa lah, share share je la..

 bui bui! :)

100 BIJI PUFF PASTRY UNTUK HARI INI :)

hai.

semalam mission running man untuk aku, amim dan acap ialah buat 40 biji puff pastry kan? untuk harini ada permintaan utk kami buat 100 biji puff pastry. kau bayangkan betapa sodapnya puff pastry tu sampai ada permintaan kedua. haha.

tapi geng mak mak yang akan buat puff pastry. dorang akan sahut cabaran buat 100 biji puff pastry. hehe. yang lain cuma tolong-tolong biasa. aku temankan abang aku pergi barang untuk buat puff pastry kat giant.

 stelah beberapa jam menghadap puff pastry, akhirnya semua pun dah masak.


kazen aku acap isi borang untuk masuk masterchef. ewah ewah. hopefully terpilih la. boleh jugak ktorang support dari rumah. hehe.

cuti ni aku rasa aku sibuk sangat. sibuk penuhkan aktiviti cuti dengan family. hanya orang terdekat saje aku akan layan macam biasa. aku nak habiskan masa dengan family. 

31/5 - pergi genting dan round-round pahang dengan kazen.
01/6 - pergi main futsal.
02/6 - bbq di rumah makcu
07/6 - pergi tournament ragbi
11/6 - balik sabah

setakat ni, tu je la jadual cuti aku yang telah dirancang. kami memang suka rancang dan buat aktiviti waktu cuti. sebab tu aku banyak modal nak tulis entri. penambahan aktiviti akan bertambah tapi tak tau aktiviti apa yang akan kami rancang. kita tunggu dan lihat saje. hehe.

bui bui! :)

RUNNING MAN MISSION ; AIR SOYA & 40 BIJI PUFF PASTRY SEBELUM HI-TEA TIME

hai.

harini adalah hari yang paling seronok sebab mak kita dah balik. kita dah jumpa mak kita la. poyo pulak nak guna 'kita kita'. haha.

so, harini aku, amim (adik) dan acap ada tugasan. kira macam mission yang perlu disiapkan dalam running man tu la. kami diminta untuk buat air soya dan buat 40 biji puff pastry untuk hi-tea hari ni.

dengan berbekalkan RM80, kami pergi beli barang-barang yang diperlukan untuk buat puff pastry. 600g chicken steak, fresh mushroom, 4 bungkus untuk kulit puff pastry, dan mayonis. kami diberi masa untuk pergi beli barang. sebab puff tu kena siap sebelum hi-tea time.

sebelum tu, kami singgah Mastura Cake House untuk beli puff pastry. tapi ada dua je puff pastry.

 so, kami ni bajet running man la. lari-lari dengan troli  dalam giant pergi cari barang. haha. nak tergelak pun ada.  seronok sangat rasa.

beli cheese tart. nyum2...
disebabkan mushroom dah habis kat giant, kami terpaksa pergi tesco. masa kat tesco, aku ternampak buah peach. aku pujuk la amim belikan sebijik peach untuk aku. adik aku cakap okay. pergi timbang dan harga peach sebijik adalah RM6.90. mak aih! mahal gila. terus tak jadi aku beli. tapi kempunan gila tak dapat makan peach. haha.

memang tak ada kerja. kat peti sayur pun sempat lagi amik gmba. hampeh! haha
sedang pilih mushrooms
then, ktorang bergegas balik rumah. acap dengan amim buat puff pastry dan aku buat air soya. soya kena rendam semalaman dulu. then, kena tukar air rendaman soya esok pagi tu. basuh soya. blend. perah soya supaya hampas dia tak masuk sekali. masak air soya. masak air gula. dan air soya ain dah siap!
ini ialah soya.

then aku tolong acap dengan amim buat puff pastry. tolong letak inti dan bakar dalam oven. dan akhirnya siap jgk! siap tepat-tepat hi-tea time. semua makan banyak. aku adalah salah seorang daripadanya. hehe.

ni ialah puff pastry yang aku buat berbentuk love. hehe
sedang dibakar..bau dia memang umppphh
tadaaaa! dah siap. sedap! ouh, background buruk betul. tudung saji lagi tu.
 malamnya tu pulak, keluar lepak dengan kazen kat Siang Malam. borak-borak dengan kazen. best!


 p/s: harini aku dah berjaya jailbreak ipad dengan iphone sendiri. yey! dah tak payah mintak tolong orang.  weeee ◕‿◕

bui bui! :)

DUGAAN OH DUGAAN!

hai.

baiklah, aku sepatutnya balik cuti pada hari jumaat, tapi disebabkan aku telah buat 'something stupid' yang menyebabkan kad atm maybank aku terpaksa dibatalkan, lalu aku berhajat untuk balik pada pagi sabtu.

hai. saya sangat malang harini.
lepas dah setel kad atm bank tu dibatalkan atas dasar keselamatan duit dalam bank, aku ingat nak balik la ni. aku ingat nak suruh pakcik teksi tu berhenti kejap bank kat luar maktab sebab nak ambik duit guna kad atm maybank. padahal aku tak sedar diri yang aku baru je batalkan kad aku sebentar tadi. dan aku dah transfer semua duit aku kat akaun abg aku. gilos!

check duit dalam purse... alahai! kasihan sungguh. bila aku dah teringat pasal kad aku, aku dah runsing. aku ni jnis kalau ada duit kat bank lain, aku suka transfer duit tu pergi satu bank je. jadi bank yang lain, tak dapat keluarkan duit. nasib rumet aku tak balik lagi. dah la dia pun nak balik petang tu jugak. 

aku kan balik hari sabtu. so, kafe tak bukak dan aku rasa lapar. aku pun keluar maktab. nak keluar tambang teksi RM10. beli makanan RM10. balik maktab RM10. conclusion RM30 habis dibelanja untuk makan sahaja. duit yang pada mulanya RM50 dah tinggal RM20. CUKUP-CUKUP UNTUK BALIK ESOK! dan aku ni entah kenapa gatal betul tangan aku masukkan duit RM10 dalam poket jubah.so, dalam purse aku tinggal RM11.

pada hari sabtu, kami yang masih tinggal kat asrama kena keluar daripada bilik sebelum pukul 9 pagi. pendek cerita, aku dah terlewat bangun. tengok fon dah pukul 9.05 pagi. dari luar bilik dah dengar suara-suara cleaner nak bersihkan bilik. aku bangun cepat-cepat. kemas cepat-cepat. bersiap cepat-cepat. makan cepat-cepat dan blah cepat-cepat.

disebabkan semua pun nak cepat-cepat, aku terlupa ambik duit yang aku selit dalam jubah semalam. masa dalam teksi, aku keluarkan duit untuk bayar tambang teksi. aku dah pelik kat situ. mana pulak duit aku lagi. (bajet banyak duit padahal duit dah tak de dalam purse) puas fikir mana lagi duit aku. at last aku teringat yang aku lupa amik duit yang aku selit kat poket jubah. haih! aku dah ketawa sorang-sorang. ketawa kebodohan sendiri. camana boleh lupa. haih!

aku dah runsing. kalau aku bayar teksi, duit aku tinggal SERINGGIT! dan mana lepas nak beli tiket ktm balik seremban! then aku teringat yang aku ada touch n go. tapi tak sure brapa kredit dalam touch n go tu. kalau kredit touch n go aku tak cukup, aku ingat nak naik free cmtu je la. darurat wei! runsing aku.

at last pakcik teksi tu suruh aku share byar dengan budak yang sama-sama naik teksi dgn aku. fuhhhhh. lega gila aku! aku bayar RM5. so, balance duit aku tinggal RM6. beli tiket ktm seremban RM4.20. so, balance duit tinggal RM2. seringgit buat beli air mineral dan tinggal lagi seringgit. 

Ya ampun, sabar je la. punya banyak dugaan aku tempuh untuk sampai seremban. bateri fon aku pun dah tinggal 10%. kalau fon tu mati memang tak boleh nak kol kazen datang jemput. 

bila aku sampai seremban, ada pulak orang cacat. ramai gila. dah macam hari orang cacat sedunia la pulak. dan paling tak boleh bla tu, orang cacat paksa aku beli barang yang dia jual. aku cakap aku tak de duit. pastu pakcik tu paksa-paksa pulak.

" kalau tak nak beli, kira sedekah la, nak,"

adoi, pakcik ni buat aku rasa bersalah. dah la aku cepat kesian kt oran-orang yang kurang upaya macamtu.

"pakcik, saya pun tak de duit,"

at last pakcik tu pun pergi dari aku. mesti pakcik tu tak percaya aku tak ada duit kan. mesti dia ingat kau kedekut. hakikatnya aku memang tak ada duit pun. seringgit terakhir yang ada dalam purse aku tu untuk tukar duit syiling. mana tau bateri fon aku habis ke.

telefon kazen banyak kali dia tak angkat la pulak. tido lagi kot agaknya. selepas 7 kali telefon at last kazen aku kol. dah sejam aku tunggu. fuhhhh.... akhirnya aku sampai jugak di rumah dengan selamat dan gembiranya.

susah bila tak ada duit. sementara tunggu nak buat kad atm yang baru, asalkan keluar jalan-jalan, adik aku yang tanggung aku. apa yang aku nak beli mesti guna duit dia. hehe. nasib adik aku kaya...buat bisnes kek. so, boleh la tanggung aku sementara waktu ni. hehe

bui bui! :)

REVIEW EXAM. HOPEFULLY EVERYTHING IS GONNA BE FINE :)

hai.

cuti sekolah dah bermula. cuti untuk bakal-bakal guru juga sudah bermula. seronok! disebabkan paper aku habis hari khamis, aku berhajat nak balik hari jumaat. yela, nak rehat-rehat dan kemas-kemas barang. actually aku dah ada tiket untuk balik sabah khamis tu dan flight aku pukul 10 malam. tapi disebabkan mak aku balik seremban cuti ni, terpaksa la biarkan tiket itu 'burn'. kasihan sungguh tiket tersebut. :P haha.

aku nak review exam aku. semester ni aku amik 5 papers.
aku dengan rumet masa exam week sangat tekun. pergi meeting block pun masih boleh bawa nota. haha
paper pertama subjek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. overall aku rasa paper ni medium. aku boleh jawab dan tak ada runsing-runsing lepas jawab.

paper kedua pulak ialah subjek Pentaksiran Pendidikan Pemulihan.sebelum duduk  paper ni aku agak risau dan neves sangat. mungkin sebab preparation tak berapa cukup. yela, aku kena jaga makcik aku yang baru operation. bila dah jawab exam, aku tak risau dan runsing-runsing lagi. sangat senang hati.

paper ketiga pulak subjek Pendidikan Disleksia. ouh, bila asyik menghadap subjek Disleksia, aku rasa aku pun dah jadi pelajar disleksia.

ada satu kejadian..masa tu aku tengah blaja subjek disleksia. then seorang kawan masuk bilik. kat baju yang dia pakai tu ada tertulis "DIESEL", bila aku pandang dia, aku nampak tulisan kat baju tu "DISLEKSIA". aku toleh dua kali baru nampak perkataan "DIESEL". masa tu aku rasa macam dah tak betul dah. haha.

masa exam disleksia pun aku banyak buat kesalahan masa menulis. macam comot gila kertas exam aku. perkataan 'SETERUSNYA' aku pergi eja 'SETERUNYA'. nampaknya aku banyak membuat pengguguran huruf semasa menulis. 

paper disleksia boleh tahan la. boleh jawab dan aku tak runsing-runsing masa jawab.

dua paper terakhir aku sangat risau. subjek Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Kurikulum Matematik di Malaysia. OHMAI! walaupun aku boleh jawab tapi aku runsing sangat. takut aku mengarut je dalam kertas exam.

hopefully, result semester ni akan meningkat. kita dah berusaha dan sekarang kita hanya berdoa dan bertawakal. :)

MAJLIS KONVO BABANG

hai.

nak menyelit kejap sebelum sambung belajar balik. tengah belek-belek facebook, keluar gambar abang aku graduate isnin lepas. tiba-tiba daripada mood stabil terus rasa macam tak stabil kejap. tiba-tiba rasa rindu sangat dengan parents especially mak. tiba-tiba jugak rasa nak menangis. sensitip pulakk la aku malam ni. 


dan bila tengok gambar graduate tu, bila tengok parents aku rasa sekejapnya masa berlalu. dulu, kami adik beradik kecik-kecik lagi. mak masih muda, papa pun rambut tak beruban lagi. sekarang ni, bila tengok papa dan mak, rasa betapa cepatnya masa berlalu. dah tua rupanya parents aku.. dan dah besar rupanya kami adik beradik. abg aku pun dah graduate utk degree dan akan graduate untk master dua tahun akan datang. sama dengan aku. dan tahun depan mak pulak yang graduate dan aku akan make sure, aku pergi majlis tu! sedih jugak tak dapat pergi graduate babang haritu. tapi nak buat macamana, aku tengah exam.

Ya Allah, panjangkanlah umur kami sekeluarga..berkatilah hidup kami, murahkanlah rezeki kami dan lindungilah kami daripada bencana dan malapetaka.. aminnn..

p/s : btw, congrats babang utk convocation yang lepas. tahniah dapat kelas pertama. ain pun akan ikut jejak babang dan ain pun nak dapat 4 flat macam babang. :)

*sayu lah rasa malam ni. rindu! :(

BUKU ADALAH KEKASIH SEJATI SEMASA BERADA DI HOSPITAL

hai.

sepanjang study week, aku balik seremban. ingat aku balik untuk enjoy ke? nak kan pulak study week. aku balik seremban hampir seminggu sebab makcik aku buat operation. dan aku sangat risau. aku balik seremban hari rabu sampai la ahad. aku paper pertama hari isnin dan lepas exam tu aku balik semula ke seremban.

hari pembedahan tu, aku sampai makcik aku tengah operate. masuk dewan bedah dari 11 pagi sampai la 11 malam. lepas dah siap bedah, sorang demi sorang boleh masuk dewan bedah tengok makcik aku dalam bilik pemulihan. masa tu aku tengok, aku rasa sedih sangat. entah la kenapa. tak boleh tengok famili aku dalam keadaan macam tu. aku rasa sebak dan sedih. dan aku bersyukur kepada Allah sebab Allah hantarkan seseorang untuk hilangkan kerisauan aku. thank u, awak yang bermuka :3

malam tu aku rasa penat sangat. makcik aku masuk wad dalam pukul 12 tengah malam. actually malam tu aku kena stay kat hospital tp disebabkan nanti bila makcik aku tu terjaga dan dia tengok keadaan dia macam tu dengan stoma bag, mesti dia tak dapat terima dan akan menangis. so, malam tu makcu aku yang jaga dulu. bagi psiko sikit.

aku ingat kan aku yang kena jaga. aku punya kemain semangat pergi minum nescafe. lepas tahu bukan aku yang stay, sengsara wei nak lelap. haha.

then next day aku yang jaga makcik aku. ni la pertama kali aku jaga orang sakit kat hospital dan aku sememangnya tak pandai sangat jaga sebab tak ada pengalaman kan. but then, lepas ni kalau ada orang sakit aku tahu dah la cne nak jaga.

aku lap-lap badan dia. letak bedak. sikat rambut. lap muka. bagi minum air. urut-urut kaki dan bahu. macam-macam la. dan malam-malam aku tido tak lena. sebab yela. mana tau makcik aku perlukan apa-apa ke. nak minum air ke, nak muntah ke, rasa sakit ke. dan bila makcik aku bergerak sikit, mesti aku akan terjaga.
disebabkan nak exam, buku terpaksa menjadi kekasih sejati
pukul 6 pagi aku kena bangun untuk bagi makcik aku makan ubat dan lap-lap badan dia dengan air sabun. sikat-sikat rambut. masa tu aku ingat lagi, pukul 7 pagi aku tengah tido kat kerusi. then, sekumpulan doktor datang. dah la masa tu aku tengah berselubung masa tido. aku terdengar bunyi bising. bukak je selimut, ramai gila doktor kerumun katil makcik aku. terkejut dan termalu sendiri pulak aku. haha.

bersama kekasih sejati.
ada satu part masa tu makcik aku menangis sebab dia tak ada selera makan. masa tu, air mata aku bergenang dan rase nak ikut nangis je. masa tu Allah je tahu camana perasaan aku. aku lelap mata untuk elak air mata keluar. aku tak nak tengok makcik aku menangis. sensitif jugak ye aku ni. hehe.


disebabkan ahad mak aku nak balik semenanjung dan makcik aku keluar hospital, aku bersama dua orang kazen aku dan adik aku pergi beli barang-barang kat tesco. 

"mir, ko masak ye malam ni? nak masak pe eh?acap dengan syamim buat kek,"

pandai je kan aku suruh-suruh dorang. haha

"ain, kau basuh pinggan,"

tu je yang aku terer buat. haha

dorang nak buat kek red velvet. aku sangat bertuah sebab orang sekeliling aku pandai masak. haha. acap pandai buat kek n masak western food, zamir pandai masak masakan melayu, adik aku pandai buat kek dan memasak dan aku pandai makan! yeah!

esoknya tu papa dengan zamir buat tomyam. ouh, kenapa dorang semua terer masak ni?

makcik aku sampai rumah. seronok sangat. tapi dia tak baik sepenuhnya lagi dan aku berharap agar semangat dia pulih seperti dulu. aminnn...

bui bui! :)

EXAM FEVER

hai. sori tak dapat update cerita hari-hari untuk sementara waktu ni. aku sangat sibuk dengan exam dan juga sambutan hari guru. nanti dah habis exam minggu depan, aku tulis semua cerita sampai korang muak okay? PART 4 untuk camping johor pun tak sempat update lagi. good luck untuk pelajar IPG yang duduk exam dua minggu ni. :)

jiwa kacau utk 2 minggu
 bui bui!