Showing posts with label i love my family. Show all posts
Showing posts with label i love my family. Show all posts

DUGAAN OH DUGAAN!

hai.

baiklah, aku sepatutnya balik cuti pada hari jumaat, tapi disebabkan aku telah buat 'something stupid' yang menyebabkan kad atm maybank aku terpaksa dibatalkan, lalu aku berhajat untuk balik pada pagi sabtu.

hai. saya sangat malang harini.
lepas dah setel kad atm bank tu dibatalkan atas dasar keselamatan duit dalam bank, aku ingat nak balik la ni. aku ingat nak suruh pakcik teksi tu berhenti kejap bank kat luar maktab sebab nak ambik duit guna kad atm maybank. padahal aku tak sedar diri yang aku baru je batalkan kad aku sebentar tadi. dan aku dah transfer semua duit aku kat akaun abg aku. gilos!

check duit dalam purse... alahai! kasihan sungguh. bila aku dah teringat pasal kad aku, aku dah runsing. aku ni jnis kalau ada duit kat bank lain, aku suka transfer duit tu pergi satu bank je. jadi bank yang lain, tak dapat keluarkan duit. nasib rumet aku tak balik lagi. dah la dia pun nak balik petang tu jugak. 

aku kan balik hari sabtu. so, kafe tak bukak dan aku rasa lapar. aku pun keluar maktab. nak keluar tambang teksi RM10. beli makanan RM10. balik maktab RM10. conclusion RM30 habis dibelanja untuk makan sahaja. duit yang pada mulanya RM50 dah tinggal RM20. CUKUP-CUKUP UNTUK BALIK ESOK! dan aku ni entah kenapa gatal betul tangan aku masukkan duit RM10 dalam poket jubah.so, dalam purse aku tinggal RM11.

pada hari sabtu, kami yang masih tinggal kat asrama kena keluar daripada bilik sebelum pukul 9 pagi. pendek cerita, aku dah terlewat bangun. tengok fon dah pukul 9.05 pagi. dari luar bilik dah dengar suara-suara cleaner nak bersihkan bilik. aku bangun cepat-cepat. kemas cepat-cepat. bersiap cepat-cepat. makan cepat-cepat dan blah cepat-cepat.

disebabkan semua pun nak cepat-cepat, aku terlupa ambik duit yang aku selit dalam jubah semalam. masa dalam teksi, aku keluarkan duit untuk bayar tambang teksi. aku dah pelik kat situ. mana pulak duit aku lagi. (bajet banyak duit padahal duit dah tak de dalam purse) puas fikir mana lagi duit aku. at last aku teringat yang aku lupa amik duit yang aku selit kat poket jubah. haih! aku dah ketawa sorang-sorang. ketawa kebodohan sendiri. camana boleh lupa. haih!

aku dah runsing. kalau aku bayar teksi, duit aku tinggal SERINGGIT! dan mana lepas nak beli tiket ktm balik seremban! then aku teringat yang aku ada touch n go. tapi tak sure brapa kredit dalam touch n go tu. kalau kredit touch n go aku tak cukup, aku ingat nak naik free cmtu je la. darurat wei! runsing aku.

at last pakcik teksi tu suruh aku share byar dengan budak yang sama-sama naik teksi dgn aku. fuhhhhh. lega gila aku! aku bayar RM5. so, balance duit aku tinggal RM6. beli tiket ktm seremban RM4.20. so, balance duit tinggal RM2. seringgit buat beli air mineral dan tinggal lagi seringgit. 

Ya ampun, sabar je la. punya banyak dugaan aku tempuh untuk sampai seremban. bateri fon aku pun dah tinggal 10%. kalau fon tu mati memang tak boleh nak kol kazen datang jemput. 

bila aku sampai seremban, ada pulak orang cacat. ramai gila. dah macam hari orang cacat sedunia la pulak. dan paling tak boleh bla tu, orang cacat paksa aku beli barang yang dia jual. aku cakap aku tak de duit. pastu pakcik tu paksa-paksa pulak.

" kalau tak nak beli, kira sedekah la, nak,"

adoi, pakcik ni buat aku rasa bersalah. dah la aku cepat kesian kt oran-orang yang kurang upaya macamtu.

"pakcik, saya pun tak de duit,"

at last pakcik tu pun pergi dari aku. mesti pakcik tu tak percaya aku tak ada duit kan. mesti dia ingat kau kedekut. hakikatnya aku memang tak ada duit pun. seringgit terakhir yang ada dalam purse aku tu untuk tukar duit syiling. mana tau bateri fon aku habis ke.

telefon kazen banyak kali dia tak angkat la pulak. tido lagi kot agaknya. selepas 7 kali telefon at last kazen aku kol. dah sejam aku tunggu. fuhhhh.... akhirnya aku sampai jugak di rumah dengan selamat dan gembiranya.

susah bila tak ada duit. sementara tunggu nak buat kad atm yang baru, asalkan keluar jalan-jalan, adik aku yang tanggung aku. apa yang aku nak beli mesti guna duit dia. hehe. nasib adik aku kaya...buat bisnes kek. so, boleh la tanggung aku sementara waktu ni. hehe

bui bui! :)

THANKS FOR THE CARE :)

hai.

harini aku agak terharu la jugak sebab ada jugak orang caring dengan aku kan. harini aku tak sihat dan tak pergi kelas pun. ni adalah gara-gara cappucino yang aku minum semalam. yela, nak tahan mengantuk la konon. tapi at last, aku jadi badmood lalu sakit kepala lalu demam untuk keesokan harinya. tahniah!

tu la akibat yang selalu aku dapat asal je minum adik beradik kopi. cappucino, mocha, latte, white coffee n semualah! sori ye tapi terpaksa anti kau. haha..

teeetttt (bunyi mesej) [aku tak reti la nak describe cane bunyi mesej fon aku ni]
teeeettt..
teeettt...

aku tak larat lah nak balas mesej mesej korang.

abe we  "nicco, asal ko xdatang?"

napi      "nik, ko g mane? rindu ah.."

juwe     "nik, x sihat ko? ad ubt x?"

hafiz pun tanya aku kenapa tak datang kelas tadi n aku sakit ke. hafiz ni ketua kuliah aku. iqram pun sama tanya kenapa aku tak datang kelas. haha. bagus jugak ea clasmate aku ni. caring. memang patut pun aku sayang dengan clasmet aku. hehe

kami ni dah ibarat satu family. adik beradik. lagipun dalam kelas aku ni ada yang umo 21 dan 22. ada adik, abang n kakak.

sekarang aku dah baik sikit kot. ada la jugak tenaga. sakit sakit pun aku kena la bersemangat sikit. esok kena pergi kelas. nanti kedatangan aku asyik '0' je.

"TEKUN BELAJAR CEPAT PANDAI" motto dalam masa seminit yang aku dapat fikir. haha
 waaaa, sekarang ramai pulak orang tegur aku gemok kan. padahal badan aku tak naik pun. dorang tegur pipi makin tembam walaupun tak adalah tembam sangat. tapi nampak berisi la sikit. berisi tak pe jangan gemok je.
tak pe..chill lah! tapi okay la tu kalo orang dah tegur aku dah berisi sikit. sukalah cmni! hehe

                                         2011                                                             2012

makin lebar la pipi tu..tandanya kehidupan tengah seronok la tu. kehidupan baru la katakan. hahaha

bui bui!

NIKON,MAWARTUN, IRATUN KE WARTUN

hai.

gambar tak clear lah! *bsama rumet*. abaikan towel rumet i kat blkg tu. hehe
hari ni guess what?!! aku pergi WARTA. again! urghh! mesti korang fikir aku ni tak class la asyik pergi warta je. aah, aku memang tak kelaaaaasssss pun. aku pergi warta pun sebab nak pergi makan. lapar tahap gaban. dah la sebelum pergi warta tu aku telan pil penambah selera makan. memang berselera lah nak makan tadi. sebenarnya aku pergi warta sebab nak teman roomate aku pergi Tabung Haji. iera pun teman. malas lah nak pergi jauh jauh. tunggu ada kereta sendiri dulu baru la aku nak pergi tempat jauh jauh.

rumet saya banyakkkkk duitttt tauuuuuuuu!
iera ni pemalu. tu yang tangkap gambar tak nak pandang. *urgh! abaikan tarikh yang salah tu*

lepas dah makan tu, pergi cuci mata kejap. aku nak cari tudung bawal yang lawa lawa. 

gmba curi kat fb kak masshitah. hehe
lawa kan tdung cmtu. ouh, im in love!

rasa macam nak bersara daripada pakai shawl. tapi mak aku rajin belikan shawl. shawl aku pun dah penuh satu beg. tak larat nak pakai semua. adik aku pun bukan jenis pakai shawl sangat.

siapa nak shawl aku eh? rasa nak sedekah pun ada jugak ni.. tapi sayang la pulak.. hehe.


dah turun standard. ni je camera yang tinggal kat bilik aku...sob.sob. i miss u baby dslr. :(
actually gambar kat atas ni aku snap masa tengah tunggu kawan-kawan aku try tester kat tepi tu. tengok ada bayang tangan dia kan? hehe

ouh, tengah tunggu kawan bayar kat Giant tadi, ternampak la pulak kan banner ni. banner ke kita panggil benda tu? so, sebagai keluarga Shadira, kena la support family sikit... hehe..

Selembut Sutera Seharum Namamu... 

*hari hari pun aku keluar.duit pun ikut keluar ish!

okayla..bui bui!