MAJLIS KONVO BABANG

hai.

nak menyelit kejap sebelum sambung belajar balik. tengah belek-belek facebook, keluar gambar abang aku graduate isnin lepas. tiba-tiba daripada mood stabil terus rasa macam tak stabil kejap. tiba-tiba rasa rindu sangat dengan parents especially mak. tiba-tiba jugak rasa nak menangis. sensitip pulakk la aku malam ni. 


dan bila tengok gambar graduate tu, bila tengok parents aku rasa sekejapnya masa berlalu. dulu, kami adik beradik kecik-kecik lagi. mak masih muda, papa pun rambut tak beruban lagi. sekarang ni, bila tengok papa dan mak, rasa betapa cepatnya masa berlalu. dah tua rupanya parents aku.. dan dah besar rupanya kami adik beradik. abg aku pun dah graduate utk degree dan akan graduate untk master dua tahun akan datang. sama dengan aku. dan tahun depan mak pulak yang graduate dan aku akan make sure, aku pergi majlis tu! sedih jugak tak dapat pergi graduate babang haritu. tapi nak buat macamana, aku tengah exam.

Ya Allah, panjangkanlah umur kami sekeluarga..berkatilah hidup kami, murahkanlah rezeki kami dan lindungilah kami daripada bencana dan malapetaka.. aminnn..

p/s : btw, congrats babang utk convocation yang lepas. tahniah dapat kelas pertama. ain pun akan ikut jejak babang dan ain pun nak dapat 4 flat macam babang. :)

*sayu lah rasa malam ni. rindu! :(