hai.
harini adalah hari pertama berada dan menjadi sebahagian daripada warga UPM. wahhhhh..aku rasa seronok sangat.
dapat tengok orang ramai. pusing kanan, muka lain. pusing kiri, muka lain, toleh belakang, muka lain dan toleh depan tengok pekerja ice cool yang bajet bos duk sound aku. yeah, terbaik! HAHAHA.
ceh! panas jugak la sekejap tadi. actually dia bukan tujukan kat aku seorang tapi aku dengan ain. tetiba pulak aku yang naik angin sebab sepatutnya dia boleh je cakap lembut-lembut dan bukannya meninggi suara dengan kami yang dah senior n pro buat minuman okayyyyyyyy....apa dia ingat kami berdua ni baru masuk kerja haritu ke? hek mu! haha.
bila dah naik angin, taufiq dah perasan. but then aku teruskan senyum sebab ramai pelajar UPM tengah tunggu air dorang. mana boleh masam-masam. tak market la aku nanti. hahaha. bapak perasan! haha
ye, mungkin taufiq memang tau aku tengah marah sebab aku tunjukkan kemarahan aku dengan menghentak benda-benda terdekat. haha.
tapi aku marah kejap je. tak pelah, kau adik kan. aku kakak. aku kena la mengalah. tak pelaaaaa sabar jela...
kat UPM memang sibuk. ramai orang. memang tak sempat nak duduk la. aku ingatkan tak ramai orang dan baru je berhajat konon-konon nak buat analisis kemahiran menulis. ceh! tak sempat pun. tak terlayan pelanggan. haha
dalam pukul 7 cmtu, aku dengan ain jalan-jalan nak tengok kawasan. ada pulak seorang perempuan cina bagi kertas suruh datang pergi dewan sempena Pesta Ang Pau.
btw, tak ada muslim pun dalam dewan tu. kami berdua je yang bertudung. tak ada Melayu pun. semua pun cina. tapi kan, aktiviti-aktiviti yang diadakan kat mana-mana universiti aku rasa menyeronokkan. sangat! aktiviti kat maktab aku sangat terbatas. :(
disebabkan aku tak reti tulis tulisan cina n pun nama aku ditulis cmni dalam kertas ni, aku mintak dorang yang tolong tuliskan nama aku dalam tulisan cina. seronok seronok!
yeah, tengah sibuk tulis nama aku. Ain Izzati.
kalo orang tu tulis "saya dinosaur" untuk nama aku pun, aku takkn pernah tau kn? hehe |
dan...aku rasa perempuan kat universiti lawa-lawa. tapi perempuan IPG lagi lawa. (diskriminasi) hahaha. semua pun lawa..... :)
bila tengok keadaan kat kafe pun, tiba-tiba rasa seronok pulak. kalau orang yang ada boipren satu U, boleh pergi makan malam sama-sama. woohhhh...best best!
at least sekarang ni aku dah jadi pelajar UPM jugak kan? haha.
setiap sudut pun kitorang nak amik gambar. macam la dah tak de esok hari. haha
harini aku penat. kau faham? haha.
# tadi kan ternampak sebuah kereta yang buatkan aku ingat seseorang.#
sape la ye yang pakai kereta cmni warna putih ye? hahahaha |
kesian tuan punya kereta aku snap gambar kereta dia curi-curi. haha.
bui bui! :)