hai.
#tengah nak lelap mata#
"i like that...bla bla..bla" (ringing tone fon)
"nik, nak pergi rumah encik matzin tak?"
"kereta kein kan dah penuh."
"kereta nuar kosong."
"mls la nak pergi,"
"serius? jom la."
"urm..yela yela,"
"aku bagi 10 minit utk siap,"
wah, aku terus bangun dan lari pergi tandas. bersiap kat tandas je. haha. perempuan tak sempat la nak siap dalam masa 10 minit. paling kurang 20 minit la.
aku lari turun dari asrama. tengok dorang hafiz dan nuar dah tunggu depan asrama.
"nak naik dengan civic ke savvy?"
ada la pulak kan bagi pilihan cmtu kat aku. haha.
sepanjang perjalanan pergi seremban tu aku borak-borak je dengan clasmet aku memandangkan aku sorang je perempuan dalam kereta tu. macam-macam kami borak dan gelak-gelak.
rupanya rumah encik matzin dekat je pun dengan rumah makcu. memang senang je la kalau nak jalan raya kat rumah encik matzin. hehe. btw, rumah encik matzin buat majlis kesyukuran sebab baru pindah rumah baru. Encik Matzin ni satu-satunya lecturer yang ajar kami subjek pemulihan selain Dr. Sobariah. rindu la pulak.
aku terlupa dan tak sedar diri yang aku sekarang berada kat Negeri Sembilan. makanan orang nogori podeh podeh. habis berpeluh aku makan sambal sotong. fuuhhh...podeh!
borak-borak dengan clasmet.
wani, kein,ieka, ayu, hani n me :) |
ekspresi muka aku menunjukkan bahawa budak down syndrome ni sangat berat. gila berat dia hempap aku. hehe |
rasa macam awkward kan kalo clasmet bertunang sesama sendiri tapi aku paling tak sabar nak tengok. |
okay, ni gambar tunang kami main-main. HAHA |
dan ini ialah gambar pertama aku dengan hafiz. tak pernah setakat 3 tahun ni ktorang bergambar sama. ada macam kawin-kawin tak? hahaha |
gerak balik pukul 11 malam dan sampai maktab pukul 12 malam. walaupun penat tapi aku sangat seronok. seronok dapat jalan-jalan. thank you, clasmet! :)
bui bui!