BUDAK OH BUDAK

hai.

sekarang nak cerita pasal tempat aku selalu lepak petang-petang. tempat aku selalu lepak petang-petang tu aku namanya GIANT. kat Giant tu ada seorang budak perempuan yang berumur 4 tahun. dia suka ajak aku, ain n taufiq main ataupun bawak dia jalan-jalan dalam Giant.
aku kan dah pernah cakap, aku tak berapa reti sangat nak bermain dengan budak-budak. mungkin sebab rumah aku semua orang pun dah besar. dan...aku akan jadi rimas kalau tiap-tiap hari budak-budak melepet dekat aku. sekali sekala tak pe. :). mungkin sebab aku akan rasa lemas nak layan. haha.

sekali dua tak pe, dia kacau aku. kalau dah selalu kacau, pening kepala. haha. budak yang tiap hari aku jumpa kat Giant tu aku tak tau nama dia. tapi kami panggil dia kakak.

hari pertama aku layan budak ni, masa tu aku tengah makan. bapak lapar aku. yela, lepas senamrobik mana tak lapar. tengah aku makan tu, budak tu datang...

"kakak nak makan?" aku pelawa.

ye, dia nak makan. aku suap la ayam sikit. pastu demand nak nasi pulak. okay, aku suap. aku kekok suap budak kecik makan. lima jari aku ni macam tak muat je dalam mulut dia. haha. terpaksa guna tiga jari.
ingat kan dah habis. rupanya dia suruh aku suap sampai la habis MAKANAN aku. T_____T.  tak pelah, budak-budak. dia bukan tau apa pun.  aku consider la n beli makanan lain.

hari kedua pulak, budak tu ajak aku jalan-jalan dalam giant. aku bawak la dia sebab kebetulan aku nak beli barang kelas. layankan je. dah lepas pilih barang yang nak dibeli, budak tu ajak aku pergi bahagian Toys. mak aih, budak tu nak kopakkan aku. nak beli komputer mainan. siap bawak mainan tu pergi cashier lagi. tapi nasib la kakak kaunter tu dah faham perangai budak tu. kalau tak, melayang RM50 aku. haha.

hari ketiga, aku tengah makan. tiba-tiba budak tu datang.

"kakak, nak makan!"

aku buat bodoh je. aku dengar tapi aku buat tak dengar. malas nak layan. nanti habis nasi aku. dia pegang-pegang aku nak mintak kena suap ayam. aku suapkan. pastu bila dia mintak lagi, aku suh dia mintak makanan kat mak dia je. hehe. kejam kan aku. tapi nak buat cmana. aku nak makan. lapar!

ada haritu, tengah aku sibuk buat air nak bawak balik kat rumet aku, dia mintak-mintak pulak. haish! haha

nasib kau comel tau,budak! haha
sengal gila aku senyum. kakak yang suka melepet dekat aku. cmni la...
*aku suka budak-budak tapi bila dah lama-lama aku jadi rimas. menurun dari makcu aku kot..hehe*

bui bui :)

MICROTEACHING BUAT AKU NEVES

hai.

harini nak cerita sikit pasal microteaching. setiap kali kelas subjek Kaedah Pengajaran BM, kami kena buat microteaching secara perseorangan sebab lecturer nak nilai.

napi snap pastu hanta kat viber. masa ni sibuk bincang dengan abe we before microteaching. hehe
u know what, aku punya la kemain neves sampai tangan jadi sejuk-sejuk bagai. berdegup kencang jantung aku. kalau boleh, aku nak je jadi halimunan supaya aku tak payah microteaching. tajuk yang aku dapat untuk microteaching ialah Pengajaran yang berasaskan aktiviti. 

microteaching yang berlangsung selama berapa minit pun aku tak ingat. setengah jam kot. dan yang aku paling perasan kelemahan aku bila mengajar ialah aku selalu sebut, "okay". entah apa yang okay sangat aku pun tak tau. hehe.

bila dah habis microteaching, lecturer komen. alhamdulillah. feedback yang baik. antara yang lec komen ialah aku reti kawal kelas, tak garang tapi tegas dengan murid-murid, murid ikut cakap dan komen bla.bla.bla. tapi apa pun, aku bersyukur microteaching dah selesai. komen pun baik baik je. :)

apa-apa pun, aku kena perbaiki lagi kaedah pengajaran aku sebab nanti praktikum lagi la kena nilai. nak dapat A.. hehe.

tu je nak share. bui bui! :)

ENTRI JELES!

 hai.

dah berapa hari dah aku tak tulis entri baru. ada tengok tajuk entri aku? ENTRI JELES! ye, aku memang jeles. memang cemburu dengan korang. serius cemburu. urgh! cmana lagi ye nak gambarkan yang aku sangat jeles dengan korang? cuba korang bagitau aku dulu?HAHA

sejak dua minggu ni, aku sangat sibuk. sampaikan aku rasa aku tak berapa ada masa sangat untuk lepak dan borak dengan jiran-jiran kesayangan aku.kadang-kadang tak nampak pun muka dorang untuk seharian. bila jumpa pun, jiran aku akan cakap "dah lama tak nampak kau," wah, lama sangat ke ye? pakcik guard pun tanya-tanya aku pergi mana keluar hari-hari? "saya pergi senamrobik la petang-petang, pakcik,"

bukak facebook, tengok classmate aku upload gambar dorang pergi Port Dickson. serius rasa jeles. macam dah lama aku tak keluar ulala ulale. serius. tak ada masa. yang buat lagi jeles. dorang upload gambar satu persatu kat wall. bukan untuk satu album. cis! korang kan...aku jeles tau...! sampai kelas pun dorang borak dengan aku pasal dorang bermalam open air kat PD. "eeee,aku jeles laaaaaa" HAHAHA..siap nyanyi lagu Mr. Saxobeat lagi malam-malam. cis!
alin, juwe, napi
hafiz, alin, juwe
#gambar tak boleh upload banyak-banyak. nanti tambah jeles. haha#

sampai sekarang aku jeles. sebab apa? sebab aku tak ada masa nak ulala ulale. hahahaha. 

"tak pe, sabar ye sayang? nanti kau balik sabah, kau ulala ulale la puas-puas ye?" hehe

UNTITLED

hai.

harini walaupun kerja aku hanya duduk dan ke hulu ke hilir, aku tetap rasa penat. pelik kan? penat sebab ke hulu ke hilir untuk cuci mata kot?! haha.

puas betul aku cuci mata kat guardian tadi. dah tak tau nak buat apa. aku pun pergi masuk guardian dan belek satu persatu barang dalam guardian tu. siap duduk bersila lagi u ols tau?! dah macam pekerja guardian check stock la pulak kan. haha.

balik maktab, terus buat kerja sikit. esok turn aku lak nak microteaching. adoi. harap-harap esok semuanya lancar je. 

haa, tahniah ye...tekak aku dah mula sakit. itu bermaksud tak lama lagi, aku akan selesema dan batuk. wah! tahniah! minum lagi air sejuk banyak-banyak..!

harini tak ada benda penting sangat nak cerita. semuanya berjalan dengan lancar. :)

kakak kedai sebelah cakap aku adik beradik dengan taufiq.. haha. tidak okay?!!
bui bui! :)

GEMOK KAU TAU?!

hai.

sejak kebelakangan ni, aku rajin betul minum minuman berjenama COOLBLOG. sehari tu jangan cakap la berapa kali aku minum. oleh sebab tu la, aku sekarang dah mula batuk-batuk. haha. dan sebab COOLBLOG la, berat badan aku MENAIK u ols tau?!!

mak aih! risau gila aku. mana tak risau sebab berat badan aku tak pernah lagi lebih daripada 43kg. lepas timbang berat, aku jadi murung. risau!

punca kemurungan aku! rupanya selama ni aku ingat tinggi aku 164cm padahal 160cm je. pendek!
40kg. ish ish ish. berat paling ringan yang pernah aku dapat ialah 39kg. hahaaa
dan untuk pertama kalinya mak pesan cmni, 
"kamu kena ingat. sekali dah gemok susah nak kurus balik,"

selalunya aku dengar mak cakap macam tu dekat adik aku tapi kali ni pertama kali untuk AKU. tak naklah aku gemok. nanti baju-baju, seluar semua kena beli baru.

tapikan...bila aku cakap dengan mak pasal berat badan aku menaik, mak cakap bagus la. dan mak cakap pipi aku pun dah naik tembam sikit. eeee. 

lepas ni tak mau la minum coolblog lagi. insaf sekejap. hahahaha
adakah aku akan gemok sebegini rupa? sob..sob.. ada lagi ke orang nak kalo aku gemok cmni? hahaha
BMI Categories:
  • Underweight = <18.5
  • Normal weight = 18.5–24.9
  • Overweight = 25–29.9
  • Obesity = BMI of 30 or greater
BMI aku 17.5. it means that i'm in underweight category... 

bui bui! :)

:)

hai.

betullah untuk semua apa yang ibubapa kita kata. sebab tu kita kena ikut cakap ibubapa kita. mereka lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


sejahat mana pun adik beradik kita, jahat lagi orang yang lain. sejahat mana pun adik beradik kita, mereka masih darah daging kita. aku tulis entri kali ni sekadar mengingatkan diri aku supaya lebih berhati-hati. aku sayang keluarga aku. aku sayang adik beradik aku. aku sayang babang. aku sayang amim. aku sayang papa. dan aku sayang mak. merekalah segala-galanya bagi aku. sebab tu, kalo aku nak kawin nanti, aku nak cari lelaki yang boleh jaga dan sayang aku macam keluarga aku. :)


serapat mana pun kita dengan kawan, keluarga lah yang setia ada untuk kita bila kita suka dan duka dan bila kita rasa dikhianati. walaupun zodiak aku dikenali sebagai seorang yang pendendam tapi aku tak suka berdendam. bagi aku, yang lepas, biarlah lepas. buat semak kepala aku je yang nak berdendam ni. lagipun kita masing-masing dah besar. tau mana yang baik dan buruk. 

aku akui ada beberapa perkara yang buatkan aku stres tapi bila semuanya dah diluahkan tanpa selindung, aku rasa aku tak perlu berdendam maupun bermasam muka. hanya selepas ni, aku akan lebih berhati-hati dalam segala tindakan.

"mak, terima kasih sebab sentiasa ada di sisi ain di saat ain kegembiraan dan kesedihan. ain sayangkan mak. terima kasih sebab selalu buat yang terbaik untuk pujuk ain daripada sedih."

lagipun aku tak sukalah hidup aku sedih sedih. i don't deserve to be sad. i deserve to be happy. :)


bila aku stress, stress aku akan disalurkan jadi jerawat. akibat terlampau stress, jerawat dah mula naik kat pipi. sakit tau! untuk mengelakkan aku garu tanpa sedar masa tido, kena la tampal plaster sebelum tido. hahaha.

bui bui! :)

LET'S READ!

Nasihat berguna Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni
Benda ni aku copy n paste dari facebook je.  haha.

Empat hal yang akan membuat badan sakit ;
1. Terlalu banyak bercakap
2. Terlalu banyak tidur
3. Terlalu banyak makan
4. Terlalu banyak berjimak

Empat hal yang merosak tubuh;
1. Cemas
2. Sedih berpanjangan
3. Lapar
4. Kurang tidur malam

Empat hal yang memberi kesenangan ke dalam hati ;
1. Melihat yang hijau-hijau
2. Melihat air yang mengalir
3. Melihat kekasih
4. Melihat buah-buahan

Empat hal yang membuatkan pandangan mata jadi gelap ;
1. Berjalan tanpa alas kaki
2. Merengut pada pagi buta dan petang hari menjelang tidur
3. Terlalu sering menangis
4. Terlalu banyak membaca tulisan yang bersaiz kecil

Empat hal yang membuatkan badan menjadi kuat ;
1. Memakai pakaian yang lembut
2. Mandi dengan air hangat
3. Makan makanan yang manis dan berlemak
4. Mencium wangian

Empat hal yang menghilangkan kesegaran dan keriangan wajah ;
1. Berbohong
2. Tidak tahu malu
3. Terlalu sering bertanya yang tidak perlu
4. Sering melakukan maksiat

Empat hal yang membuat wajah semakin segar ;
1. Menjaga harga diri
2. Menepati janji
3. Pemurah
4. Takwa

Empat hal yang mendatangkan kemarahan dan kebencian ;
1. Takbur
2. Dengki
3. Bohong
4. Suka mengadu

Empat hal yang boleh mendatangkan rezeki ;
1. Bangun malam untuk sembahyang
2. Banyak beristighfar menjelang fajar
3. Membiasakan memberi
4. Membiasakan berzikir pada waktu petang

Empat hal yang mencegah datangnya rezeki ;
1. Tidur pada waktu pagi
2. Jarang sembahyang
3. Malas
4. Berkhianat

Empat hal yang akan membahayakan pemahaman dan kemampuan fikiran ;
1. Ketagihan makanan yang masam dan buah-buahan
2. Tidur terlentang
3. Resah
4. Susah hati

Empat hal yang akan menambah daya pemahaman ;
1. Hati yang bersih
2. Tidak menjejalkan makanan dan minuman ke dalam tubuh secara berlebihan
3. Mengatur makanan yang baik dengan menambahkan makanan yang manis dan mengandungi lemak
4. Membuang semua endapan makanan yang memudaratkan badan.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

hai. lately aku tak berapa nak update cerita sebab aku penat. kehidupan aku sibuk sikit. jadi, sekarang nak share cerita :)
 
---------------PERSIAPAN--------------

KHAMIS...kami berkumpul kat kelas untuk warna banner. budak laki dah lukis siap-siap kat asrama. so, jimat masa sikit la. kami ingatkan nak tempah banner je tapi disebabkan dah lambat sebab esok dah nak berarak. so, kenalah kerah tenaga tangan-tangan seni semua orang. hehe.

Ya allah.punya bulat muka aku!
wrna awning tudung aku matching lak kan dengan cap hafiz. haha
tadaaa!
aku suka sangat kalau buat kerja dengan clasmet yang melibatkan komitmen semua orang. rasa bertambah rapat. nakkan pulak diselit dengan gelak tawa. rasa bangga dengan clasmet sendiri pun ada.

aku tak ingat sangat pukul berapa selesai mewarna banner tu. yang penting bila aku balik bilik aku dah rasa mengantuk dan penat. tapi aku tetap tido lambat.

---------------SAMBUTAN MAULIDUR RASUL--------------

kami kena berkumpul kat tapak astaka pukul 7.15 pagi tapi ramai je yang masih berlengkang kangkung pukul 7.30 pagi. aku dan rumet la salah seorang daripadanya. hehe.

kelas aku dah tetapkan pakai baju warna yang sama whether merah, pink ataupun ungu. so, harini aku pilih untuk pakai baju warna pink. nak tau sebab apa? sebab aku bangun lambat dan terpaksa grab je baju yang senang nak gosok.

nuar, abe we n alin... sori guys tp alin yang paling kacak dengan baju melayu maroon! hehe
kau tengok mata aku! sepet lagi tandanya masih mengantuk lagi la tu. haha
dan satu lagi, aku bukan suka sangat pakai tudung sarung ni sebab aku rasa tak padan dengan muka aku tapi lambat punya pasal, terpaksa bantai je la. aku rasa rabun cahaya aku ni dah bertambah naik power kot sebab makin lama aku rasa makin silau dan pedih gila mata aku sampai rasa tak boleh bukak dah.

at last, ktorang kena berkumpul kat dewan besar untuk sambutan maulidur rasul lepas berarak. okay, siap sedia la terlelap. aku rasa mengantuk gila pagi tadi. mata memang tak boleh bukak nakkan pulak dewan tu terang benderang.

masa orang tengah mengaji, aku dengar lagi. tapi bila dah masuk part orang marhaban, rumet aku jatuh pengsan dulu lepas tu baru la aku ikut. haha. masa pengarah bagi ceramah, jangan cakap la. bukan aku dengan rumet je yang ZZzzzz tapi ramai! lama sangat dia bagi ceramah. hehe. 
feveret bersama rumet:::: TIDO! haha. khusyuk kan ktorang dengar ceramah.  style cover tido yang paling cun aku. haha

 bui bui! :)

UNTITLED

KALAU BOLEH, AKU LAGI PREFER YANG BIASA-BIASA JE DARIPADA YANG LUAR BIASA. :)

THANKS FOR THE CARE :)

hai.

harini aku agak terharu la jugak sebab ada jugak orang caring dengan aku kan. harini aku tak sihat dan tak pergi kelas pun. ni adalah gara-gara cappucino yang aku minum semalam. yela, nak tahan mengantuk la konon. tapi at last, aku jadi badmood lalu sakit kepala lalu demam untuk keesokan harinya. tahniah!

tu la akibat yang selalu aku dapat asal je minum adik beradik kopi. cappucino, mocha, latte, white coffee n semualah! sori ye tapi terpaksa anti kau. haha..

teeetttt (bunyi mesej) [aku tak reti la nak describe cane bunyi mesej fon aku ni]
teeeettt..
teeettt...

aku tak larat lah nak balas mesej mesej korang.

abe we  "nicco, asal ko xdatang?"

napi      "nik, ko g mane? rindu ah.."

juwe     "nik, x sihat ko? ad ubt x?"

hafiz pun tanya aku kenapa tak datang kelas tadi n aku sakit ke. hafiz ni ketua kuliah aku. iqram pun sama tanya kenapa aku tak datang kelas. haha. bagus jugak ea clasmate aku ni. caring. memang patut pun aku sayang dengan clasmet aku. hehe

kami ni dah ibarat satu family. adik beradik. lagipun dalam kelas aku ni ada yang umo 21 dan 22. ada adik, abang n kakak.

sekarang aku dah baik sikit kot. ada la jugak tenaga. sakit sakit pun aku kena la bersemangat sikit. esok kena pergi kelas. nanti kedatangan aku asyik '0' je.

"TEKUN BELAJAR CEPAT PANDAI" motto dalam masa seminit yang aku dapat fikir. haha
 waaaa, sekarang ramai pulak orang tegur aku gemok kan. padahal badan aku tak naik pun. dorang tegur pipi makin tembam walaupun tak adalah tembam sangat. tapi nampak berisi la sikit. berisi tak pe jangan gemok je.
tak pe..chill lah! tapi okay la tu kalo orang dah tegur aku dah berisi sikit. sukalah cmni! hehe

                                         2011                                                             2012

makin lebar la pipi tu..tandanya kehidupan tengah seronok la tu. kehidupan baru la katakan. hahaha

bui bui!

DIA IDOLA SAYA :)

hai.

asalkan hujung minggu kehidupan aku mesti jadi bosan. nak kan pulak aku terpaksa 'ikat perut yang tak buncit ni' daripada keluar ber'ulala ulale'. serius aku nak 'ikat perut yang tak buncit ni'! TEKAD! (tekad selalu nak manis je tapi bukan buat betul-betul pun) haha. KALI NI AKU SERIUS. LAIN KALI JE AKU TAK SERIUS. haha.

bangun tido tadi aku dah tak tau nak buat apa. rumet aku pulak dah keluar pergi beli barang untuk jualan pandu puteri. aku seorang je la tinggal kat bilik. tiba-tiba....aku teringat n tau apa yang perlu aku buat... hehe.

disebabkan haritu printer aku dengan babang, so, aktiviti print gambar-gambar terpaksa dibantutkan sebab aku malas la nak pergi print kat koperasi. mls! =_='

kebetulan pulak haritu ada beli 'giant frame' kat nilai 3. aku apa lagi....print gambar la......... hehe.

at last...dah siap. puas hati tengok gambar sendiri terpampang besar-besar atas meja. lagipun aku ni jenis serabut kalo meja aku kosong dan tak lawa. susun susun sikit barang atas meja...yey! sedap pun mata memandang. tak adalah rasa stress duduk kat bilik sendiri.

disebabkan sekarang ni aku agak sibuk dan penat, aku rasa seronoknya kalo duduk rumah. duk rumah boleh goyang kaki walaupun aku kena jugak kemas-kemas rumah, tolong mak masak. tapi best lagi duduk rumah. ada ruang untuk bernafas. tak payah fikir pasal duit. (sebab mak sentiasa ada duit. sentiasa tolong bayar itu ini. hehe), nak keluar jalan-jalan pun ajak je mak bila-bila masa, internet pun laju. semua pun rasa seronok bila duduk rumah.

tiba-tiba bila dah sibuk dan penat, rasa rindu sangat kat family. baru terlintas...

"ouh betapa penatnya dorang bekerja cari duit untuk aku, babang n amim,"
"ouh betapa dorang sayang duit dorang,"

whatever is, my mum is my idol. aku respect cara mak arrange duit perbelanjaan walaupun mak selalu membebel kat aku pasal kewangan. ye, aku seorang yang boros. sebab tu nak cari laki kaya! haha. elaun aku pun mak yang arrange kan. kalo harapkan aku, memang cepat habis la. memang semua benda la aku nak beli. memang semua orang la aku nak belanja.

tapi kali ni, aku nak cuba arrange sendiri. baru aku hargai betul-betul nilai duit tu. selalu aku tadah tangan je nak duit. hohoho.

nak jadi kayaaaaaaa!

*dulu jadi princess je..sekarang baru aku rasa cmana rasanya tak jadi princess! haha"

SHORT UPDATE #7

hai.

I'm Exhausted! 
bui bui!

GELANG OH GELANG...NASIBLAH KAU DAH KELUAR DARI TEMPAT KAU MENYOROK

hai.

semalam malang betul nasib aku. gelang kaki emas hilang, earphone iphone hilang. tapi syukur......dah jumpa balik. alhamdulillah. :) dah tak sedih dah. dan rezeki aku murah sebab...... adalah! hahaha.

aku tak dapat tido lena sebab fikir gelang kaki hilang. yela, mana nak lena, dah dua kali gelang kaki aku hilang. kali ni aku tak nak benda tu hilang tanpa dijumpai balik. aku punya kemain pergi tampal sana sini pengumuman. hoho. macam malu pun ada. haha.
geng cari gelang.. haha.
thnks to abe we sebab tolong aku cari gelang kaki satu maktab walaupun tak jumpa. haha. at last ada jugak orang yang baik hati terjumpa gelang kaki aku tu dan bagi kat ketua blok. terima kasih banyak-banyak kat orang yang jujur sangat tu. murah rezeki dia. :)
tak sia-sia aku kol mak menangis-nangis dan akhirnya dapat jumpa balik gelang kaki. alhamdulillah..

dan alhamdulillah..earphone iphone aku pun dah jumpa balik. hehehe. sukalah!

SHORT UPDATE #6

hai.

hari ni ada PBSM. ye, akronim yang aku buat .."Pergi Balik Sahaja Maa."  
enjoy gila. dengar lec bagi ceramah itu ini..lepas tu balik.
dah la perjumpaan pertama ktorang kawad 5 minit je. tak pernah dibuat orang lain. haha.
bagus la tu. relax sikit.
aku dan rumet. kelas disleksia..tak mengantuk lagi masa ni. haha

masa kelas pagi tadi, ada seorang kawan aku dari kos agama islam tegur aku.

"nik, ko dah nampak berisi la sekarang,"

pardon me? aku dah berisi? urm, biasa je aku tengok.

aku tanya abe we yang aku dah gemok ke. tapi hampeh! dia cakap aku tetap keding. HAHA. tak pe kau abe we..kau gemok! haha.

balik daripada PBSM tadi, abe we tegur aku...

"boleh tak ko jangan letak sticker tu kat situ? tak matured betul la," 

waaaa..dia cakap aku tak matured letak sticker kat fon. cis! comel pe sticker tu. haha.

letak sticker lebah comel pun salah ke?
bui bui! :)

SHORT UPDATE #5

DR. SOBA.. oo DR. SOBA...

saya dah siapkan Dr. punya fail. penat tau tak? saya sanggup berkorban tido petang saya untuk Dr. tapi lepas tu saya tido jugak pun. hahaha.

at last..siap jugak fail dia...fuhhhhh! lega....



bui bui! :)

SHORT UPDATE #4

hai.

short update for tonight. 
harini berakhirlah sleepover bersama kazen-kazen. sumpah rasa tak puas spend time dengan kazen. nak kan pulak rumah sleepover tu banyak kenangan kami membesar sama-sama. lepas ni kalo banyak duit lagi, nak adakan sleepover 2. yeah! hehe

dulu rumah tu rumah half kayu. ktorang suka lari-lari kat tingkat atas tapi wan selalu marah kitorang sebab kat tingkat bawah dengar bunyi ktorang lari-lari. rumah tu jugak ada bilik bawah tanah. dalam bilik tu ada banyak gila pinggan mangkuk, kuali, periuk. aku dengan asharp suka main masak-masak. masak utk bagi burung makan. lepas tu bila dengar bunyi kereta wan dengan atuk balik, cepat-cepat campak barang-barang tu dalam bilik bawah tanah.

dah sampai maktab.. :(

SHORT UPDATE #3

hai.

kelas harini semua pun subjek bosan. sumpah bosan dan mengantuk. aku tahan-tahan je mata ni. nampaknya semester ni aku akan selalu bersama cermin mata sebab bila tido dengan cermin mata, mata tak adalah kering. hehe.

bila aku dah mula rasa mengantuk, aku capai tab dulu. tujuannya adalah untuk buat apa-apa aktiviti yang boleh hilangkan rasa mengantuk. dannnnn.....apa yang aku buat dengan tab tu? aku melukisssssss... sesapa yang terlintas kat kepala aku, aku main lukis je... ni adalah hasil istimewa aku tau untuk korang yang bertuah... hahaha.

ni junior aku yang lukis. kurang asam punya alan! haha
sebenarnya aku ada lukis rumet aku tp dia lukis diri dia sendiri. haha

abe we...igt tak mesej aku dalam kelas tadi? kpop = krim pop = krim yang nenek aku pakai. hahahahaha
korang sangat bertuah sebab lepas je aku lukis korang ni kan, aku rasa tambah mengantuk lalu tido. korang memang buat aku mengantuk la..hahahah

bui bui! :)

SHORT UPDATE #2

hai.

harini kelas ringan sikit sebab lecturer yang masuk harini ialah lecturer yang mengajar sempoi sempoi je. kelas tiga jam pertama di awal pagi adalah membuat kertas kerja untuk pergi ke sekolah n trip to Johor. masing-masing dibahagikan kumpulan untuk buat tugasan masing-masing. group aku pilih untuk buat kertas kerja ke sekolah.

harini pakai spec sebab nak tido dalam kelas. haha
aku taip bahagian aku je. lepas dah siap bahagian aku, aku jatuh pengsan. mengantuk gila. penat berjalan semalam. bangun-bangun tengok dah rehat. haha. dua jam lepas rehat lak aku dengar lecturer tu duk borak-borak kosong je. sambil tu aku surf tenet kat tab. memang ringan gila kelas harini. masa PBSM tadi pun tak ada buat apa pun. ukur-ukur baju uniform je.

bangun tido terus dengar gosip dorang. ish3
ukur baju :)





bui bui!

CUCI MATA #1

hai.

semalam aku penat gila. harini pun masih terasa penat. penat cuci mata. penat melangkah. penat berdiri. penat tengok duit. penat fikir pasal duit. ouh, nak jadi kaya! nak jadi kaya! nak jadi kaya! hehe.

actually ktorang tak plan pun nak keluar. fik sebenarnya nak keluar tu pun sebab nak tunjukkan jalan pergi Sogo untuk kakak dia. dia ajak aku teman dia keluar. aku dengan mamai mamai yang tengah tido dalam kelas, iyakan aje. last-last lin dengan napi pun ikut pergi sekali. okayla tu. tak adelah bosan sangat. hehe.

napi nak cari kemeja slim fit plain colour. so, aku teman dia. aku tak reti sangat beli barang-barang lelaki ni. lagipun aku ada sorang abang je. kalau dia beli baju pun, dia pergi sorang je n mak tukang bayar. kadang-kadang je aku ikut abang aku pergi beli baju kemeja. tu pun sebab dia suruh aku pilih mana yang lawa. selebihnya aku tak tau. haha.

aku patutnya ada meeting for those yang terlibat dengan trip to Indon. tapi aku kan nak pergi Sogo, terpaksa la tipu sunat kejap. aku cakap aku nak pergi klinik. padahal 'klinik' aku kat kL tau! haha. tapi sebelum aku balik asrama, aku mintak jugak ketua projek tu briefing kat aku tentang apa yang dia nak cakap petang tu. hehe.
the white shirt is napi n the pinkish shirt is lin. hehe
naik ktm pukul 3. sampai kL Sentral dalam pukul 3.45 petang cmtu la. masa tengah tunggu budak laki pergi amik duit, aku terjumpa la pulak besfren abg aku masa diploma dulu-dulu. aku kira rapat jugak dengan dia sebab dia pun salu datang rumah kat seremban. n dia rapat jugak dengan family aku. :)
ni la abg faizal.
sekarang ni abang Faizal dah habis degree n dah kerja. dia sekarang manager Alyah, penyanyi Tak Mungkin Kerna Sayang tu. patutla haritu tengok Melodi ada nampak abg faizal. n masa AJL haritu pun adik aku cakap dia nampak abg faizal dalam tv. waaa, mesti salu jumpa artis-artis kan?!! bestnya. aku excited gila terjumpa dia haritu. dah lama ktorang tak contact n jumpa. ktorang exchange fon number. abg faizal cakap kalo dia tau aku blaja kat kL dia bagi tiket free pergi AJL haritu. dia cakap len kali kalo ada tiket free lagi, dia save kan untuk aku. hehe. untungla...tapi aku tak minat sangat tengok konsert konsert ni. whatever la.. hehe.

at last sampai sogo dalam pukul 4 lebih n ktorang pusing-pusing. aku sebenarnya bertujuan untuk beli purse baru disebabkan selalu tak ada masa n duit untuk pergi beli sendiri. sebab aku tau aku jenis rambang mata. kalau boleh semua pun aku nak. aku ni tamak tau! haha.
fik, lin n napi
aku ada jumpa dua purse yang sangat menarik minat aku. faktor utama yang buat aku tertarik dengan sesuatu benda adalah WARNA. aku suka warna yang funky sebab ceria je rasa. sejam jugak la aku buat pilihan. masa tu aku jalan-jalan dengan lin. tanya pandangan kawan-kawan. tanya pandangan aa. tanya pandangan salesman n salesgirl tu. adoy.. poning den! last-last bila aku dah decide nak pilih purse warna ungu lavender, tak jadi pulak nak beli sebab ada cacat sikiiiiit kat purse tu yang baru aku pasan. so, tak jadi beli. aku ingat nak pergi KLCC je cari purse yang sama. tapi bila sampai KLCC purse tu lagi mahalllll. URGH!
haa. ni la purse merah biru yang aku berkenan tu. United Colour Of Benetton
ni choice kedua..Paris Hilton
lin lak shopping sakan. adalah habis RM600. dia tak pelah sebab jarang shopping. so, bila sekali dia shopping memang betul-betul shopping la. tak macam aku. dah selalu sangat membuang duit. ish ish ish! habis pokai la suami aku nanti. haha.
dah penat shopping, makan dulu kejap before pg KLCC
ktorang sampai KL Sentral dalam pukul 10 malam. tunggu ktm to UKM, delay la pulak. dah la ktorang yang girls ni boleh masuk sampai pukul 10.30 malam je kalo weekdays. kol clasmet, Hafiz suruh datang jemput aku dengan fik kat UKM. tujuan aku suruh hafiz datang jemput aku dengan fik kat UKM adalah sebab kereta dia besa n tinted. so, kalau menyorok dalam kereta dia tak nampak la. haha. lagipun dia still ada kat luar maktab lagi.
ni la hafiz. dia adalah pemilik kereta civic. untung la dpt naik kereta baru dia
ktorang sampai dalam stesen UKM tu dalam pukul 10.45 malam cmtu jugak la. memang perempuan dah tak boleh masuk maktab. 

sampai maktab dalam pukul 11 lebih. sampai bilik, borak dengan rumet dulu, then baru bersihkan diri. memang aku penat gila semalam. yela, balik dari kelas je terus rush nak keluar. hehe.

sebelum aku tido, aku hanta mesej kat lin..aku cakap aku teringat-ingat la pulak purse merah biru tu. haha. cmtu la perangai aku. kalau aku betul-betul nak sesuatu barang n bila tak beli barang tu, aku jadi teringat-ingat dengan barang tu. haha. tinggi betul kan nafsu jadi perempuan. haha.
bye-bye. kalau i teringat kat u lg, i datang jmpe u sabtu nanti k? hehe
malam tu memang aku tido lena la sebab penat kan. hehe.

bui bui! :)