PRIVATE HI-TEA

hi.

selongkar kenangan- kenangan lama, terjumpa satu disc yang simpan gambar-gambar keluarga. rindu pulak zaman dulu-dulu. sekarang ni dah kurang buat aktiviti keluarga. masih buat tapi tak gempak macam dulu lagi.

aku dah tak ingat la bila aktiviti keluarga ni dibuat. atuk dan wan bawa kami ke private hi-tea. tema yang kami rancang adalah gothik. actually kami tak pakai pun gothik gothik. tema saje nak gempak padahal tema pakaian kami ialah warna hitam. hehe. nak sehati sejiwa la katakan. 

tema gothik tu adalah rancangan aku dan kazen kazen aku. lepas tu kami sebar kat makcik pakcik. pesan supaya pakai baju tema warna hitam. sibuk sebar menyebar lupa pulak nak pesan kat wan dan atuk, konklusinya wan dan atuk hadir private hi-tea tu pakai baju lari tema. tapi dorang still sedondon. pakai baju yang sama warna. hihih. tak pelah. VIP dikecualikan. hehe.

atuk dengan wan masih sedondon wlaupun lari dari tema. hehe
hi-tea tu diadakan di Royal Bintang. hi-tea tu mmg dibuat khas untuk kami sekeluarga. orang lain tak boleh kacau makanan yang disediakan untuk kami. hehe. punya seronok makan. tak payah nak tengok orang lain menyemak  ambik makanan. hehe.


lepas dah makan muntah makan muntah, aku dengan kazen ambik gambar. rutin biasa kami. kami memang gila bergambar! hehe



pemakaian aku dulu dulu tak kelasssss! haha

love mum!
*kamera yang aku guna dulu tak berapa nak kelas macam kamera yang orang lain guna sekarang. sedih betul. hehe

bui bui!

SELAMAT BERCUTI

hai semua!

sebelum balik ke sabah.
btw, selamat bercuti kepada sesiapa yang tengah bercuti macam aku ni. fuhh, memang seronok. cuti kali ni aku tak ada nak rasa rindu rindu kat sesiapa. 

aku cukup puas berada di rumah di samping keluarga aku. itu sudah cukup bagi aku! nak kan pulak makanan kat rumah banyak la pulak. memang seronok la. hehe

macam adegan semalam. datang rajin aku nak susun makanan yang ada dalam peti sejuk. sambil menyusun, sambil makan makanan yang ada dalam peti tu. minum vitagen, makan yogurt, makan kek lapis sarawak, makan itu makan ini, memang tak payah cerita la. seronok gila kalau kat maktab ada makanan macam ni. hehe.

petang tadi aku buat ayam masak madu. disebabkan ayam tu kena kukus lama sikit sebab nak bagi sedap, aku tengok la tv. 15 minit kemudian aku kembali ke dapur untuk terbalikkan ayam. setiap 15 minit. sampai la papa aku panggil aku untuk minta aku hantar dia ke pekan tuaran. dia nak ambil teksi dan terus ke Kota Kinabalu. nak ambil kereta Mercedes katanya. anak bertuah punya anak, aku ingat nak hantar papa ke pekan kejap je la. jadi, aku tinggalkan la ayam madu aku tu dengan api yang perlahan.

driving dengan vios. sekarang ni aku dah berani okay drive kereta kelisa. kereta tu manual. dah handal betul aku. haha. jalan nak ke pekan tuaran tu bengkang bengkok sikit. banyak selekoh. tengah syok drive, papa aku tegur aku,

" bawa kereta jangan bawak macam ular. matured la sikit,"

slumber je papa aku cakap. 

haha. agaknya sebab setiap kali selekoh, aku malas nak brake kot. laju pulak tu. bahaya kan pemanduan aku.

setakat cuti ni, aku tak keluar jalan-jalan lagi dengan mak aku. mak dan papa sibuk kerja lagi. adoi, kenapa lah dorang tak cuti padahal dah cuti sekolah. jadi, aku kat rumah tugasnya jadi orang gaji. orang gaji bergaji tauuuuu! i sukalah dapat duit $$$$. 

dah dapat duit tu nanti, aku ingat nak beli barang mekap Mac. takpun nak beli fon. tapi fon samsung galaxy i camana? kena sabar sikit la kalau macam tu. aku rasa duit aku akhirnya habis belanja entah beli ntah pape je.

tu je untuk kali ni. jumpa lagi lepas ni. bui bui

"JANGAN TENGOK MACAM TU!"

hai semua!

sekarang ada di rumahku syurgaku. disebabkan makcu tiada di rumah, jadi aku telah menjadi seorang ibu mithali / kakak yang sangat baik sebab aku mengemas rumah dan memasak untuk adik-adik. actually kazen. 

disebabkan aku sentiasa berada di asrama sejak umur 13 sampailah 20 tahun, aku kurang terdedah dengan kemahiran memasak. haha. okay, bukan aku tak reti memasak. reti tapi tak adalah semua masakan aku reti. setakat masak cincai tu bolehlah. 

aku rasa masak yang aku reti pun macam ayam masak blackpepper, ayam masak madu, masak lemak cili api, buat sup, udang goreng kunyit, udang masak sambal dan sebagainya. tapi cam aku cakap tadi, tak delah semua benda aku reti. haha. takpe! hujung tahun ni mak i nak hantar i pergi kelas memasak dan kelas buat kek. ting tang ting tang alexander! haha. rasa macam seronok dan teruja pulak nak ke kelas memasak dan buat kek. hehe.

petang tadi pulak, tiba-tiba rasa nak buat cucur ikan bilis untuk hi-tea. dah siap masak, melantak dengan kazen sambil layan filem Klip 3gp. tak best pun cerita dia. best lagi kunyah cucur ikan bilis aku. haha.

perancangan esok pulak ialah ke rumah makcik nora. makan tengahari di sana. yes! tak payah masak dah. haha. perkaran yang paling utama aku balik seremban adalah untuk belajar mekapppp... 

thank you ye Cik B sebab sudi ajar i mekappp.. biar i kelas gitu! haha. tak sabar gila. so, muka yang di'mekap'kan oleh Cik B aku akan cerita kemudian okay?

ouh, kejap! jumaat lepas aku balik Seremban. bila dah sampai stesen ktm seremban, aku pergi la kat kaunter sebab aku ingat nak reload touch n go aku. lepas tu, aku tanya la

"encik, kat sini ada tak yang untuk reload touch n go?"

masa laki tu nak jawab soalan aku, aku tengok la dia. bagi tumpuan. lepas tu boleh pulak dia cakap 

"awak jangan la tengok saya macam tu, takut saya tengok,"

aku terkejut. ekspresi cmana yang aku tunjuk kat dia? adakah aku terbuat muka manja kat dia sampai dia cakap cmtu? aku rasa tak adalah pulak sebab aku sedang bertanya. bukan nak menggoda dia.

mata yang innocent okay!
aku rasa malu gila. biarlah tak ada orang masa aku tanya laki tu. cis! dia dah memalukan aku depan kawan dia. urghh!

aku telefon cerita dengan mak pasal ni!

okay, tu je nak cerita. dah banyak hari aku postpone entri ni. tak ada masa. musim exam lah!

bui bui

MURID DAN ALAM BELAJAR BUAT AKU GILA TEORI OKAY!

hai semua!

fuuhhhhhhhhhhhh...lega tau dah lepas 1 paper. paper yang agak tough. sebab banyak sangat teori nak kena faham dan ingat. dah sakit kepala aku menghadap buku Murid dan Alam Belajar. agaknya buku tu pun dah muak tengok asyik muka aku je yang menghadap dia siang malam. haha.

dua hari sebelum exam, dapat soalan spot. selalunya spot untuk subjek EDU ni tak boleh percaya sangat sebab selalunya tak keluar. tapi aku stadi jugak spot. mana tau mengena kan. boleh jugak aku gelak sorang-sorang masa menjawab exam. 

sehari sebelum exam, aku dah sakit kepala. dah terlalu banyak teori dalam kepala aku ni. ye, aku ingat pesan lecturer MAB aku dekat kelas kami.." isilah sikit tengkorak tu dengan ilmu," dah sakit kepala, beria aku mencari panadol. tak jumpa. mintak dengan jiran jiran pun dorang tak de panadol. serius paper MAB ni dah berjaya buat aku sakit kepala. kalah subjek Falsafah Pendidikan semester lepas! at last jumpa jugak panadol dalam laci aku. makan ubat terus tido tak sedar diri. tapi tak dapat tido. semuanya pasal teori!

hari exam.. pagi pagi dah menghafal. macam macam! teori Gagne yang macam-macam dan bla...bla..bla.. masa exam. dapat soalan. benda pertama aku tengok ialah soalan esei. keluar Model Pemprosesan Maklumat dan tentang Cara-cara pengajaran dan pembelajaran berkesan. macam-macam aku bantai dalam esei. apa yang keluar dalam kepala aku, itulah yang aku tulis. tapi nasib la boleh jawab jugak. tapi kan...soklan spot yang aku duk stadi tu tak keluar. mengena sikit je. haish! "papa don, sori... harap-harap boleh dapat markah yang baik-baik lagi," 

macam kecewa dengan diri sendiri pun ada untuk paper MAB pun ada. tapi tetap simpan harapan dapat A. hehe

minggu depan dua kertas Pemulihan dan kertas Sukatan Pelajaran. boleh lah belajar sambil goyang kaki kat rumah.. yeye!

*lecturer subjek Pemulihan aku pesan.."Jawab soalan nanti ikut otak sikit ye?"
hai si kening tebal!
lambatnya teksi ni sampai. aku dah siap nih!

SKYPE DENGAN FAMILY

hai!

ada kat seremban ni buat aku rasa nak makan je. mengunyah je kerja aku. sukalahhhhhh! 

nak kan pulak ada seorang kawan makcu i suka masak-masak. kami panggil dia CIK B. dia masak superb. sekarang ni pun makcik-makcik aku dengan cik b keluar untuk beli bahan-bahan nak buat chocolate cake. yum yum..cepatlah balik. nak makan kek! hehe

ouh, tadi kan aku skype dengan mak aku kat sabah. tujuan utama adalah untuk tengok meow. nama meow tu lula.  bapak gemok lula. comel! tak sabar nak balik rumah. cepatlah masa berlaluuuuuuuu~

sombong eh lula dengan kakak

rindulah dengan family. kalau lah rumah kat sabah tu dekat macam nak balik seremban kan seronok. tiap minggu aku balik! tadi skype dengan mak, mak cakap muka aku dah naik bulat sikit. omomomomomomomomomomomomo! sukanya. harap- harap berat badan i menaik.. hehe

tadi bukak facebook, tengok gambar papa dengan adik aku kat annual dinner sekolah dorang. retro la papa i. siap buat rambut afro lagi. hehehe

papa kena catwalk. haha
=)
cerita dah habis. aku sedang menunggu mereka pulang untuk buat kek...
bui bui!

DEMAM BUKU

hai..

tinggal beberapa hari lagi. lepas tu nak exam dah. minggu lepas aku dah mula stadi pemulihan. Murid dan Alam Belajar (MAB) minggu ni aku stadi. boleh fokus 100%. banyak betul nak kena stadi untuk subjek tu. subjek Major aku pun tak banyak cmtu. ish ish ish. apa-apa pun aku lagi suka stadi subjek Major aku. haha

okay, disebabkan exam pun dah dekat, aku nak penuhkan dinding aku dengan nota-nota penting yang aku kena ingat. barulah ada semangat nak exam. adakah semester ni pointer aku akan menaik atau menurun? segalanya bergantung kepada kepala hotak aku! haha..

jadual belajar je nak gempak. tapi tuan badan belajar tak gempak pun. =_='
selalu lupa seting date camera!
for those yang akan menduduki peperiksaan sama ada exam maktab ke, exam universiti ke, SPM ke, exam hujung tahun ke....Good Luck! All the best.. belajar rajin-rajin macam aku okay? hehe

ouh, lupa pulak...
adik i exam SPM la tahun ni. tinggal beberapa hari lagi nak SPM. 
all the best to you, Nik Syamim Aisyah Nik Hashim. 

adik bongsu i. love you, adik

semoga dapat keputusan yang cemerlang. insyaallah. lepas SPM nanti boleh terus ambil lesen then boleh relax banyak banyak kat rumah. lepas tu jadi gemok kan? haha. papa, mak, babang dan kakak yang comel sentiasa support amim.. hehe. 

bui bui!

PEACE; DAMAI SANGAT KE?

hai semua!

bahagianya ada kat rumah...ouh! boleh tidur dengan selesa dan yang paling penting dapat makan dengan banyak. bila perut mula rasa lapar, terus ke dapur cari makanan. kalau kat asrama, kena jeling-jeling dulu makanan apa yang ada.  bosanlah makan makanan ringan.

bila bosan aku suka tengok gambar-gambar yang ada dalam laptop aku. tak kiralah gambar family ke gambar pergi bercuti ke atau gambar sendiri. hehe. rindulah dengan kenangan yang terkumpul dalam hidup aku!

bila tengok tengok gambar, baru aku perasan yang feveret aku ni bila ambil gambar ialah buat PEACE. dulu aku benci gila buat 'peace'. aku rasa macam poyo je buat peace. macam nak tanya "apa korang dah tak ada benda lain ke nak buat selain peace?" haha. sekarang ni, jadi feveret aku pulak. baik aku cakap kat diri sendiri je. hambik kau! haha

lepas ni aku nak buat trademark lain la bila ambik gambar. tak mau dah buat peace. dah terlebih damai lah sekarang! hehehe. *terima kasih kepada insan-insan yang telah buat hidup aku menjadi damai. haha

2011

2009

2011

2011
2011

2009

sebenarnya banyak lagi gambar peace. dah pening aku tengok peace ni ha.. dah sakit kepala aku.

okaylah, bui bui. jumpa lepas ni!


BOSAN

hai!

i dah sampai seremban. esok raya haji kan? Selamat hari raya aidiladha semuaaa...

tengah bosan bosan, aku main satu application kat internet. kelakar. tergelak je bila tengok diri sendiri. haha.

dear, cousins... i love you. disebabkan aku sayang korang, jadi nak bagi korang gambar kenangan tantang kita. yeah! haha.

sayang korang banyak banyak. haha
bui bui!

KE ALAMANDA UNTUK BUANG DUIT PART 2

hai semua!

baiklah sebelum aku mula belajar *konon lah kan* aku nak warming up jari dulu. hehe.  ayat nak manis je kan?! 

semalam aku dengan ain keluar berdua. ke ALAMANDA. again! again! again! tujuannya adalah untuk keluar makan je pun. tapi tak sangka sampai pergi enjoy la pulak. terlebih sudah! tak ingat dunia. haha

pas solat malas nak pakai pashmina yang kompleks. haha
meet my buddy::: ain..
*aku selalu lupa nak setting tarikh betul betul*

pergi makan mcdonald, tiba-tiba mata terpana kat seorang lelaki. pergh! hensem gila! sumpah hensem! indahnya ciptaan-Nya. cuci mata sekejap sambil makan. kalau lah jumpa facebook orang tu, memang nak add habis-habisan! haha. *terlebihsudahakunih!*

lepas makan, tak tau nak buat apa. pergi jalan-jalan konon nak tengok wayang tapi urm.. tak nak lah. nanti masa banyak habis tengok wayang je. jalan punya jalan tiba-tiba nak singgah kat Etude. aku tak pernah la pulak kan singgah kat Etude ni. sebab bila lalu je, rasa harga produk dia mahal.

bajet macam orang ada sejuta ringgit la kan. tapi kan aku rasa produk Etude ni sangat interesting la. nak tak nak, aku tanpa sedar telah TERbeli hand cream Etude. ouh, tapi aku sangat suka sebab wangggggiiii... aku suka benda-benda yang wangi. heeeeeee...

jakun! jakun! jakun!
pashmina style turban tu kan aku pakai on the spot. orang yang dalam utube tu ajar pakai style ni, aku ikut on the spot sebelum nak keluar. sebab tu nampak lain macam je. tapi berjaya jugak la kan aku pakai turban style. hehe

lepas tu jalan-jalan masuk Watson. kawan i nak beli eyeliner. and at last aku  pun TERbeli eyeliner jugak. eyeliner warna biru. alasan aku kat diri sendiri tak boleh blah! "tak de eyeliner biru lagi ni," urgghhh!

jalan-jalan lagi cuci mata. okay fine, si hensom dah tak kelihatan lah! sedih la pulak kan. haha. dah tunaikan kewajiban pada-Nya, kami sambung lagi pergi enjoy.

pergi karaoke kejap kat malaysian idol. rasa nak menyanyi la. tak puas menyanyi kat bilik. lepas tu pergi makan dan balik maktab. penat tapi tidur tetap lambat. ish ish ish.

cudcud adalah driver kami. haha
yang ni aku tak kenal siapa! =_='
sampai bilik tu aku makan nasi goreng cendawan cepat-cepat. pukul 4 pagi pulak makan burger mcd. ish ish ish. nak gemokkkkkk!


okaylah! nak pergi belajar dulu. bui bui!

NIKON,MAWARTUN, IRATUN KE WARTUN

hai.

gambar tak clear lah! *bsama rumet*. abaikan towel rumet i kat blkg tu. hehe
hari ni guess what?!! aku pergi WARTA. again! urghh! mesti korang fikir aku ni tak class la asyik pergi warta je. aah, aku memang tak kelaaaaasssss pun. aku pergi warta pun sebab nak pergi makan. lapar tahap gaban. dah la sebelum pergi warta tu aku telan pil penambah selera makan. memang berselera lah nak makan tadi. sebenarnya aku pergi warta sebab nak teman roomate aku pergi Tabung Haji. iera pun teman. malas lah nak pergi jauh jauh. tunggu ada kereta sendiri dulu baru la aku nak pergi tempat jauh jauh.

rumet saya banyakkkkk duitttt tauuuuuuuu!
iera ni pemalu. tu yang tangkap gambar tak nak pandang. *urgh! abaikan tarikh yang salah tu*

lepas dah makan tu, pergi cuci mata kejap. aku nak cari tudung bawal yang lawa lawa. 

gmba curi kat fb kak masshitah. hehe
lawa kan tdung cmtu. ouh, im in love!

rasa macam nak bersara daripada pakai shawl. tapi mak aku rajin belikan shawl. shawl aku pun dah penuh satu beg. tak larat nak pakai semua. adik aku pun bukan jenis pakai shawl sangat.

siapa nak shawl aku eh? rasa nak sedekah pun ada jugak ni.. tapi sayang la pulak.. hehe.


dah turun standard. ni je camera yang tinggal kat bilik aku...sob.sob. i miss u baby dslr. :(
actually gambar kat atas ni aku snap masa tengah tunggu kawan-kawan aku try tester kat tepi tu. tengok ada bayang tangan dia kan? hehe

ouh, tengah tunggu kawan bayar kat Giant tadi, ternampak la pulak kan banner ni. banner ke kita panggil benda tu? so, sebagai keluarga Shadira, kena la support family sikit... hehe..

Selembut Sutera Seharum Namamu... 

*hari hari pun aku keluar.duit pun ikut keluar ish!

okayla..bui bui!

BORED

bila la samsung galaxy nak sampai nih? bosan guna fon lama.. =_='

KE ALAMANDA UNTUK BUANG DUIT

jumpa lagi.. hehehehe.

aktif pulak ye aku tengah-tengah malam ni. ish! bawak bawak la tido anak dara wei!

petang tadi aku keluar kejap dengan kein dan ayu. kami pergi cari tiket untuk kawan aku sorang ni ha nak balik kelantan untuk raya haji. tapi malangnya tiket dah habis. disebabkan kecewa, kami terus ke Alamanda. asyik alamanda je pergi. bosan gila!  kami pergi beli-belah barang keperluan kat Carrefour dan aku beli Big Apple... Say Cheese......ouh feveret aku. sukanya.

aku masa pergi alamanda tadi. muka nak lawa je.... podah!

ouh, harini aku tak tau kenapa aku rasa nak tersenyum je. serius! entah apa yang gembira aku pun tak tau. haha. macam ada simptom nak jadi orang gila je. haha. ala, aku tersenyum sebab adalahhhhhh... sejak menjak ni hidup aku gembira je. murah rezeki selalu. aku sukalah dengan kehidupan aku. enjoy je! hehe.

ouh, kat Carrefour tu kan, aku bukan beli apa pun. aku beli air freshener. aku suka sangat beli benda-benda cmtu. aku suka bila bilik aku wangi. padahal masa cuti haritu aku ada beli scented sachet white musk dengan berries.. habis wangi bilik aku wei. bila bilik wangi, barulah seronok duduk kat bilik. tak ada lah stress. betul kan? hehe

yeyeh! tambah wangi la ni bilik aku.
** gambar cam hampeh je. baby dslr dah ada di rumah. (sedih)**

*selalunya kalau hari rabu, orang update blog tentang wordless wednesday kan? tapi aku nak update gambar yang aku suka okay?

okay, aku nak tido. bui bui

I, I LOVE YOU LIKE A LOVE SONG, BABY

hai...

ouh, sekarang dah pukul 1.40 pagi. kejap lagi aku nak tidur dah. tapi sebelum tu, aku nak tulis. dari semalam lagi aku nak tulis entri ni tapi semalam aku jadi malas la pulak.

okay, ini bukan entri mengampu atau entri nak kena mintak belanja char kuey teow kerang. haha. aku tulis dari hati yang ikhlas dan suci. ececeh! haha.

aku seorang kakak. dan aku kan.....suka sangat  ada kakak. so, dua orang insan yang dibawah ni adalah insan yang sangat bertuah sebab aku suka / selesa mereka jadi kakak kepada aku.

kak eyma
gambar kat atas ni gambar kak eyma. dia ialah gelpren abg aku. yeah, i love her... sebab apa? sebab dia baik sangat dengan aku. suara dia sangatttttt lembut. dan sometimes kami share jugak masalah kami bersama. kak eyma dah macam kakak kepada aku. hehe. kalau abg aku jemput aku kat airport, mesti dia yang akan tunggu aku kat balai ketibaan. sukalah ada kakak! hehe
*hopefully dia jadi kakak ipar aku. aminn......fuhhh (tiup)

the second one..
kak masshitah.
kak masshitah ni aku kenal dari bila ye? aku pun tak ingat tapi start semester ni kot aku rapat dengan dia. walaupun kami tak ada lah rapat sangat tapi aku sangat selesa dengan dia. dia suka bagi nasihat kat aku. and yes! i love her as a sister. dia matang dan sporting. masa aku ada masalah pun, dia selalu bagi semangat dan nasihat kat i tauuuu...i sukalah u! setiap orang pun ada kisah hitam masing-masing. tapi itu tak membuatkan aku takut untuk rapat dengan dia. who cares?! i love you! hehe.

alahai, tiba-tiba hilang idea nak ulas panjang-panjang tentang entri ni. 

jumpa next entri. bui bui!

AKTIVITI CUTI DEEPAVALI PART 2

hari ni aku dan satu family pergi 1borneo. tujuan utama adalah untuk beli barang dapur. dan sambil tu pergi usha-usha baju yang sesuai untuk papa pergi Annual Dinner skolah dia.
tema :: RETRO.

*rambut afro dah ready dah.. hehe

sebelum ni aku tak pernah pakai long skirt. serius! selalunya aku pakai seluar jeans je. even pakai kain batik pun aku tak reti. setakat nak pakai cincai cincai tu boleh la. tapi kalau 24jam pakai kain batik tu, tak adalah. tak selesa lah.

jadi, haritu aku gatal la nak pakai long skirt. ada seorang kawan hadiahkan aku long skirt ni sebab kami bet pointer. kalau pointer aku lagi tinggi daripada dia, dia belikan aku skirt. okay fine. i dapat kalahkan dia. 3.86. sekian terima kasih. bila dah dapat skirt tu, aku tak pernah pakai untuk keluar. aku jadikan kain dalam jubah ada la.. haha.
poyo. tapi gambar feveret i okay!
gambar ni mak aku yang snap. banyak noise la...
adik aku berangan nak sama tinggi dengan kakaknya tapi sori la ye..kakak lagi tinggi. haha
bila pakai long skirt ni, bila amik gambar aku rasa kaki aku jadi pendek + ketot. tak sukalah gini! hukhukhuk
mak aih! laki baju hijau tu pun nak bgambar jugak!

AKTIVITI CUTI DEEPAVALI PART 1

hai semua! hehe..

sekarang ada mood sikiiitttt... okay, nak sambung cerita. seminggu aku ada kat rumah, aku rasa seronok sangat. yela, tiap-tiap hari habiskan masa bersama family lebih-lebih lagi dengan mak aku.

aku suka keluar dengan mak aku sebab dia banyak duit. heheheeh.. aku tak do duit. haha
#rumah seremban#
hari pertama, mak aku bawak pergi klinik. actually nak bawa adik aku pergi inject sebab dia jatuh tangga semalamnya tu. tak pasal-pasal aku pun kena inject jugak. urghh! kalau kena inject kat lengan tak pe jugak. ni kena inject kat punggung. tiga hari tiga malam aku tido mengiring tau! sengsara i. sob..sob..sob. sebelum tu doktor tu ada bagi choice. nak inject kat punggung ke atau masukkan ubat melalui tiub. tapi kena cari urat la kat tangan. alahai...nak masukkan ubat melalui tiub sejam i kena admit kt klinik tu. at last my mum suruh inject je la. gila takutttttttt

rasa macam kena sengat tebuan! haha
*tiap-tiap bulan sekarang ni aku kena inject! takutnyaaaaaaaa.. :(

lepas dah kena inject tu, kebas gila punggung aku. then kami gerak ke shopping mall.. hehe..sakit tu tetap ada tapi shopping punya pasal, aku redah je. hehe.

tak ada beli apa pun. pergi format laptop mak and rawat baby dslr. tu je.

-------------------------------------

esoknya tu parents aku kena pergi Kudat sebab papa dapat Anugerah Guru Cemerlang. adik aku pulak ada stadi group kat starbucks. gila kaya kan kawan-kawan adik aku ni. stadi pun nak kat starbucks. tapi dorang memang kaya pun. so, aku terpaksa la drive bawa adik aku pergi starbucks. nak pergi starbucks tu dalam 30 minit jugak la perjalanan. first time aku drive kereta kat kawasan Kota Kinabalu. hehe. rasa macam pro la pulak kan. 

my beloved parents..ni kat rumah lama ni.
tunggu adik aku punya pasal habis stadi, aku pun pusing pusing la shopping mall. SORANG-SORANG. kesian dan bosan gila! semua kedai aku masuk. dan bila dah masuk kedai itu kedai ini, mula lah aku beli benda yang mengarut.

dalam pukul 8 malam barulah aku dengan adik aku balik rumah. susah la aku nak drive malam malam. tak nampak sangat. nak kan pulak aku ada rabun cahaya. silauuuuuu.. tapi pape pun selamat sampai rumah.

ouh, papa aku dapat anugerah guru cemerlang ni kan, dia dapat duit. so, dia bagi abg aku RM1K sebab abg aku dapat 4flat untuk exam dia. aku bet la dengan papa aku..

 antara perbualan aku dengan papa:

aku:     papa, kita bet pa.. kalau ain dapat 4flat jugak, papa kena bagi ain RM1K jugak macam babang.
papa:   tok se (tak mau). nanti duit papa terbang.

aku gelak. yela, kalau aku bet dengan papa aku, mesti papa aku kalah. hehe.

last time papa bet dengan aku masa aku tingkatan dua. kalau aku dapat pointer 3.5 above, dia belikan fon apa je aku nak. aku berjaya! and then masa form 3, papa bet kalau aku dapat straight A's PMR, dia belikan aku kasut Clark. dan aku berjaya.. hahahaha

:::conclusion::: dorang tak boleh bet dengan aku. kalau tak, mesti dorang rugi. sebab aku akan berusaha lagi kuat untuk menang bet tu. hehe.

okay, tu je. babai!