MURID DAN ALAM BELAJAR BUAT AKU GILA TEORI OKAY!

hai semua!

fuuhhhhhhhhhhhh...lega tau dah lepas 1 paper. paper yang agak tough. sebab banyak sangat teori nak kena faham dan ingat. dah sakit kepala aku menghadap buku Murid dan Alam Belajar. agaknya buku tu pun dah muak tengok asyik muka aku je yang menghadap dia siang malam. haha.

dua hari sebelum exam, dapat soalan spot. selalunya spot untuk subjek EDU ni tak boleh percaya sangat sebab selalunya tak keluar. tapi aku stadi jugak spot. mana tau mengena kan. boleh jugak aku gelak sorang-sorang masa menjawab exam. 

sehari sebelum exam, aku dah sakit kepala. dah terlalu banyak teori dalam kepala aku ni. ye, aku ingat pesan lecturer MAB aku dekat kelas kami.." isilah sikit tengkorak tu dengan ilmu," dah sakit kepala, beria aku mencari panadol. tak jumpa. mintak dengan jiran jiran pun dorang tak de panadol. serius paper MAB ni dah berjaya buat aku sakit kepala. kalah subjek Falsafah Pendidikan semester lepas! at last jumpa jugak panadol dalam laci aku. makan ubat terus tido tak sedar diri. tapi tak dapat tido. semuanya pasal teori!

hari exam.. pagi pagi dah menghafal. macam macam! teori Gagne yang macam-macam dan bla...bla..bla.. masa exam. dapat soalan. benda pertama aku tengok ialah soalan esei. keluar Model Pemprosesan Maklumat dan tentang Cara-cara pengajaran dan pembelajaran berkesan. macam-macam aku bantai dalam esei. apa yang keluar dalam kepala aku, itulah yang aku tulis. tapi nasib la boleh jawab jugak. tapi kan...soklan spot yang aku duk stadi tu tak keluar. mengena sikit je. haish! "papa don, sori... harap-harap boleh dapat markah yang baik-baik lagi," 

macam kecewa dengan diri sendiri pun ada untuk paper MAB pun ada. tapi tetap simpan harapan dapat A. hehe

minggu depan dua kertas Pemulihan dan kertas Sukatan Pelajaran. boleh lah belajar sambil goyang kaki kat rumah.. yeye!

*lecturer subjek Pemulihan aku pesan.."Jawab soalan nanti ikut otak sikit ye?"
hai si kening tebal!
lambatnya teksi ni sampai. aku dah siap nih!