WEEKEND

hi semua..
jom keluar!

aktiviti hari ni ialah ke Mydin Putrajaya untuk beli barang. aku tak pernah pergi lagi Mydin kt situ. dalam fikiran aku, Mydin tu besar la sangat. bila dah sampai tengok..."ouh, kecik je?!!" 

aku tak beli banyak pun. tujuan aku ke Mydin tu pun sebab nak keluar dari maktab untuk cari makan. nak makan tengahari la konon sebab kafe tak bukak. aku beli pensel picit dan gam cap gajah je pun. lepas tu amik makanan sikit. untuk sahur la ni konon. haha.

saya,,tini..ira...gambar blur la..

aku pergi Mydin ni dengan kein, ayu, tini dan ira. bila dah habis bayar barang, aku pun tunggu dalam kereta dengan kein dan ayu.

then, kami ke pasar malam untuk cari kurma. tapi tak jumpa lak kurma. padahal selalu kalau pergi pasar malam tu ada je kurma. masa nak beli tak de pulak dia.

nk balik dah..babai

bui bui..tata...!

BIG 26 JULAI 2011

hi! 
harini aku ada BIG lagi. tapi kali ni seminar. seminar tu diadakan di dewan besar. dewan tu sejuk. aku ni dengan seronoknya dah cas ipod aku semalaman, tambah lagu-lagu baru semata-mata nak tido masa seminar tu. siap bawak baju sejuk lagi kot. takut takut sejuk masa nak tido. dah macam nak pergi tengok wayang pulak bawak baju sejuk bagai. haha. rupanya dah sampai dewan tu baru la aku teringat yang kami kena tulis buku log setiap apa yang penceramah tu cakap.

so, aku terpaksa tulis dulu siap-siap apa yang penceramah tu cakap. bila dah penuh page buku log tu barulah aku tido. haha.. so, BIG harini aku masa aku dihabiskan dengan tido je. haha
sakan amik gambar masa perhimpunan semalam
amik gambar nak tapi dengar ceramah pengurusan kewangan tak nak
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
at last...kerja terakhir buat bila dah puas amik gambar.. ZZzzz


bui bui..tata..

ALAMANDA LAGI

hi semua!

haritu bila lepas dah pekena kasut sukan Nike yang telah memakan ratusan duit elaun aku, aku dah tekad tak mau keluar bergonjeng-gonjeng selama sebulan. pergh! tekad nak bagus je kan?. ISH!

okay, lepas ni aku tak mau keluar lagi. nak kan pulak dah nak tiba bulan ramadhan. aku memang tak suka keluar especially bila masa bulan puasa. tekad aku untuk bulan puasa ni ialah aku nak beli makanan satu jenis je sebab aku tau kalau beli banyak ikut nafsu sebelum bukak puasa memang tak habis pun. membazir je lebih.
dengan roomate. cik mawa omot.. masa tengah lebih duit ni la nak pg makan KFC. dah kopak kang cr food court je. haha
mawa dan fik
baiklah, haritu pergi Alamanda dengan mawa dan fik. tujuannya utama ialah temankan mawa belikan handbag untuk mak dia. okay, aku follow je la sebab membuak-buak perasaan nak makan. rasa nak makan ice-cream la, big apple la, minuman yoyo la, ayam la.. ish ish ish. tamak tamak.

ni la minuman yang aku panggil minuman yoyo.. RM4.00 bapak mahal kt sini. kat tempat aku RM2.50 je kot?!! bekas besar lagi
tamak tamak aku pun aku telah berjaya menghabiskan makanan yang aku beli. yum yum! kali ni pergi Alamanda aku berjaya tak ambil duit kt atm dan berjaya tak beli apa-apa kecuali MAKANAN. hehe..seronok!
sedang menikmati Big Apple donut 'Say Cheese' dengan terujanya..haha
okay, nak balik dah. babai!

khamis ni budak perempuan kelas aku nak kuar ramai-ramai pergi alamanda untuk tengok wayang. urm rasa tak nak pergi lah! tengok wayang membuang duit di saat-saat aku ingin berjimat untuk kumpul duit. nak kawin la katakan! okay tipu...! HAHAHA 

bui bui ...tata...!

DSLR MINI SAYA

 hai semua!

banyak betul aku nak update entri baru hari. yela, bosan punya pasal. lagipun dah beberapa hari aku tak ber'blogging'. jadi aku nak qada' la ni. haha.

ouh, haritu aku seorang senior aku chat aku dan suruh aku like gambar dia kat facebook. ala, masuk pertandingan dan akan menang dengan jumlah 'like' yang paling banyak. jadi, aku pun usha la gambar-gambar peserta lain.

tengah usha tu aku terjumpa la peserta craft yang buat DSLR ni. aku terus tertarik. macam tak pernah jumpa lagi setakat ni. terus aku usha blog dia. jahitan dia kemas sangat. comel-comel pulak tu hasil kraf dia.

jadi, aku pun order la hp strap dslr. ingat nak order tiga tapi terpaksa dikurangkan menjadi dua atas sebab-sebab isu sensitiviti.

aku order warna oren dan satu lagi purple. nak bagi kat adik aku. adik aku minah purple. haha. excited aku tunggu. dan mesti korang rasa aku ni macam semangat semacam kan? yela, hp strap nak yang dslr punya. haha. YE! memang semangat sebab camera tu aku nak dari dulu lagi. tapi sebab masalah kewangan, aku tak dapat beli. haha.. thanks to my mum, papa and babang for supporting my sis and I to buy this camera. thanks for the money.. hehe.. love you! :)

ni dslr mini saya..  :)
untuk adik aku yang purple tengah2 tu

ouh...nampak tak watermark bee aku tu? aku saje wat petang tadi sebab bosan... :) 


jom usha hasil kraf dia..facebook tuan punya Miya Craft

NENEK JADI DORAEMON

hai semua!

hari ni aku ada sedikit rajin untuk update blog. baiklah, harini hari jumaat dan ramai budak maktab balik rumah. aku pun tak tau kenapa dorang rajin betul nak balik rumah dan aku seperti biasa; stuck kat maktab. bukan malas nak balik rumah makcu tapi entahlah. tak rajin kot. aku rasa lagi seronok tidur bersama bantal bucuk aku. haha.

:)
masuk hari ni dah tiga hari aku tak ada kelas. ada kelas tapi lecturer tak ada. seronok! sangat seronok! nak kan pulak bila dapat tengok drama Nora Elena. okay, aku tau aku memang selalu 'yesterday'..orang lain dah lama habis tengok drama tu aku baru semalam habis tengok drama tu. YES! drama tu sangat romantik dan aku suka hero dia. OMG! sangat romantik la laki tu.. dah jatuh cinta dengan Seth Tan. haha.

agak-agak ada ke ye lelaki yang romantik, kaya, penyayang, penyabar, hensem macam Seth tu ye dalam dunia ni? hehe..kalau lah dapat suami yang macam Seth tu...seronoknya hidup berumahtangga..pape pun utamakan isteri dulu..penyayang... fuhhhh!

semalam bila drama tu dah habis aku tengok, aku rasa macam kebahagiaan aku dah tamat kat situ. aku rasa macam kehilangan sesuatu. <---- feeling gila aku tengok drama. haha



ouh, rabu lepas ada sorang kawan mintak tolong kat aku untuk lukis muka family. kalau lukis kartun boleh la aku lukis. ni dia nak lukisan family yang tak ada la macam kartun sangat tapi tak ada la perfect potret. jadi aku minta tolong seorang classmate aku yang memang reti melukis untuk lukis. aku tolong trace balik je lukisan tu. hehe

dari atas:
atuk (lin lukis)
nenek (aku lukis)
ayah (lin lukis)
emak (lin lukis)
abang (lin lukis)
kakak (ridzwan lukis)
kiri: ridzwan..kanan: lin

lukisan aku la yang paling nampak kartun dan hodoh. aku lukis nenek. ada pulak classmate aku tanya kenapa lukis doraemon? DORAEMON? huwaaa... :( lukisan nenek tu nampak cm doraemon ke? pastu ada pulak yang cakap nenek tu atuk la.. haha..

tu je..bye!

PUTRAJAYA FLORIA 2011

hai! jom kita pergi Putrajaya Floria 2011..

sesiapa yang tinggal/ belajar berdekatan dengan putrajaya jom la kita pergi. bermula dari 9 Julai (harini) sampai 17 Julai. banyak masa lagi. 

mesti seronok. mari lah pergi wei! tema kali ni ialah "Roses are forever". siapa yang pergi dengan pakwe boleh lah ambil gambar kenangan-kenangan sebab bunga ros akan menjadi tema untuk event kali ni..seronoknya...*berkhayal kejap* hehe..


untuk usha yang lebih lanjut, ke SINI

aku tak tau dapat pergi ke tak sebab yang susahnya aku tak ada kenderaan nak ke sana walaupun dekat. kesian kan? :( aku suka tengok bunga-bungaan dan cahaya-cahaya lampu tapi selalu tak ada peluang nak pergi dan perkara utama yang menjadi masalah ialah tak ada kenderaan nak ke sana. kalau lah ada kenderaan, dah lama aku gerak sendiri. tak payah nak susahkan orang lain.. :(

aku kadang-kadang bila bosan kat asrama nak juga jalan-jalan kat downtown ke uptown ke. tapi tu la pasal. tak ada kenderaan.. merajuk ah gini!  :(

semoga hajat untuk ke Putrajaya Floria akan tercapat...hopefully...  :)

siapa dapat tunaikan impian aku esok?

DERMA DARAH. KORANG TAK TAKUT KE?

hallo....!

cerita kali ini adalah mengenai Bina Insan Guru untuk semester 2. kalau masa aku semester 1, aku kena ikuti perkhemahan, semester ini kami kena derma darah. okay, serius kalau main dengan jarum jarum ni aku kurang sikit. aku takut. siapa yang layak kena derma darah. yang tak layak memang seronok.

cuba teka aku layak ke tak? sudah semestinya aku tak layak sebab berat badan tak cukup. terlalu ringan sampai boleh dilambung-lambung, ditolak-tolak angin. hehe. untung la kan nanti suami aku. tak payah nak angkat berat berat sangat.

supportive tak?haha

hari BIG tu macam-macam ragam manusia. ada yang menangis sebab kena derma darah la. ada yang tak mahu derma darah la bila layak. ada yang kecewa bila tak dapat derma darah. ada yang melompat-lompat kegembiraan bila tak layak derma darah. ada yang layak tapi bila nak mula ambil darah, tekanan darah jadi rendah la tiba-tiba. macam-macam sungguh.

hari tu jugak, aku dengan budak-budak perempuan kelas aku sepakat untuk buat kad hari guru. sempat siap dalam beberapa jam je. harap-harap salah satu kad tu mengena. haha..

serius betul muka aku menggunting kertas

bui-bui..
p/s: rasa macam nak tukar design blog ni la.bosan tengok yang sama.. :)