BABY BARU. ALHAMDULILLAH

hai.

aktiviti petang untuk harini ialah pergi jenguk rumah kat kelantan. rumah tu my mum bagi sewa tapi penyewa dah pindah dari situ. jadi, ada penyewa baru. so, aku ikut parents n tok wan aku pergi jenguk rumah tu. dah lama aku pergi rumah tu. dulu, masa rmh tu baru siap, kami tak sempat tinggal kt rumah tu sebab nk pindah sabah.

rumah tu dah berumur 11 tahun. let's check it out. 

rumah saya di Istana Mahkota Kubang Kerian

dapur
bilik bbg
bilik aku dan adik.
ruang tamu n bilik mak
penyewa sebelum ni tak reti jage rumah betul. urgh! habis nampak buruk rumah ni.
blkg rumah aku ni, rumah kazen aku je. so, sebelum balik rumah tok wan, kami singgah rumah kazen aku kejap.

mum!

malamnya tu, siap-siap nak pergi Tesco. tujuannnya ialah nak pergi beli jam tangan aku. Jam Guess.

u know what, jam yang aku nak tu dh habis. jam tangan tu limited edition. sedihnya. tapi nak buat cmana. aku tak nak la tergesa-gesa beli kalo aku tak berkenan.

aku pergi dengan my mum, makcik makcik, pakcik pakcik n kazen. usha-usha jam tangan lain dan aku terpikat dengan satu jam DKNY. simple but nice!

my new baby DKNY. i love you, sayang!

at last, angkat jam tu je la. melayang RM 498. tapi okay la. puas hati. bagi aku, baik beli yang mahal terus sebab nak pakai lama n dapat kepuasan hati. lagipun dh dua tahun aku tak beli jam. jam tangan tu my mum yang bayar guna kad kredit dia sebab aku malas nak cari bank terdekat. so, later je aku bayar dengan mak.

apa-apa pun aku dapat tido lena sebab dah dapat jam baru. hehe. and terima kasih ALLAH untuk rezeki yang Engkau berikan. hidup aku lebih tenang sekarang. alhamdulillah.

bui bui! :)

BABAI SABAH. HELO KAMU!

hi.
aku kembali. aku dah balik semenanjung dah. sedih la. baru je nak seronok seronok tido kat katil sendiri. tapi okayla. lawat sedara- mara. parents dan adik aku pun blk. abg aku je yang terkecuali memandangkan dia dah nak final year. lepas tu abg aku nak sambung master pulak tahun depan.

actually hari Ahad lepas lagi aku balik kelantan. u know what, perjalanan yang memenatkan memandangkan flight KK- KL pada pukul 6.50 PETANG. lewat petang dah tu. 

pg mkn mcd dulu. #mak dan papa#
with my sister


dah sampai KLIA, aku dengan papa keluar kejap daripada balai ketibaan untuk jumpa abg aku kejap. papa nak ambik barang kemas dan aku pulak nak ambik galaxy tab. yela, tak sabar aku nak guna. dah termimpi-mimpi dah. haha. mak n adik aku tunggu dalam balai berlepas.
explore tab dengan my mum
flight to KB sebenarnya pada pkul 10.30 malam. tapi flight delay pergi pukul 11.20 malam. jenuh tunggu. nasib la ada orang yang teman aku. sambil tu explore galaxy tab sikit. at first lambat la jgk aku nak guna sebab masih blurr lagi. sekarang ni dah handal bona aku! haha.

sampai rumah tok wan aku, aku mandi mandi n solat jamak. sejuklah kota bharu ni. mcam kat oversea. (agaknya sebab rumah tok wan tak boleh mandi air panas kot). haha. then, baru la baring untuk tido. sambil mata tutup tu, aku borak-borak dengan mak sampai la tertido. hehe

bui bui!

OMBAK RINDU


hai.

setelah seminggu tunggu, akhirnya! dia tiba juga! apa yang tiba? bukan orang tapi NOVEL! haha. aku ni lambat betul la. orang lain dah sejuta kali baca novel Ombak Rindu, aku baru nak baca. ye, aku memang lambat sebab aku seorang yang tak suka baca novel. lebih-lebih lagi novel cinta. aku lagi suka baca novel hantu macam Goosebumps. lagi seronok. tapi, tu la. manusia berubah. kalau dulu tak suka, sekarang suka. tapi aku ada masa-masa tertentu aku akan obses baca novel. ikut mood la. setahun sekali mood tu datang tau! hehe

disebabkan harini pejabat pos halfday je, jadi, pagi-pagi lagi aku dengan papa dah pergi pejabat pos. tak sabar kot! kalau boleh pukul 6 pagi lagi aku nak pergi. hehe.


sekarang ni novel tu adik aku tengah baca. aku ambil masa seminggu nak habiskan sebuah novel. lambat kan? sebab tu la aku bagi adik aku dulu yang baca. hehe.
yeh! tapi muka macam tak ada la gembira sangat.


tu je. take care! 
bui bui!

DAH 2 TAHUN TAK BELI JAM TANGAN DAN SEKARANG SAYA PERLUKAN JAM TANGAN BARU! HEHE

hi.
saya malu buat muka cmni. jadi, saiz gambar ni kena kecik je. haha

dah lama tak menulis. aku tolong mak aku kemas rumah. ada tetamu dari semenanjung nak datang rumah. sedara mara. penat wei. nasib aku kuat. hehe. nak tengok Running Man pun kadang-kadang tak sempat sebab penat. hehe.

harini aku keluar dengan mak aku. tujuannnya adalah untuk usha-usha jam tangan Guess. aku memang berhajat nak beli. ada jam tangan Guess aku tengok semalam kat facebook. cun la pulak. tapi aku tak tau harga dia berapa. 
1. dah usha jam ni kat kk. tak ada lah. agaknya kat kl je kot yang available. lawa yang warna ungu tu. terpikat!

2. yang ni aku usha ada warna hitam je. tak menawan betul. warna merah , gold n merah yang menawan. tak adalah mahal sangat. dalam RM399. okay what?!!
3. jam ni aku tak jmpa kat area kk. i guess kat KL berlambak.

adik aku tak ada kat rumah. dia pergi Kudat. nak reunion dengan kawan-kawan katanya. disebabkan ada tetamu bermalam kat rumah ni, aku bagi tetamu tidur kat bilik aku je dan aku berpindah sementara ke bilik adik aku. hehe. jadi kat rumah ni, aku diibaratkan anak tunggal. abang aku pun tak balik rumah. dia tak cuti.. tapi tak pelah. mak aku suka pergi jalan-jalan. jadi aku suka. tak adalah bosan sangat.

gambar baru balik dari tengok Ombak Rindu. hari pertama filem tu keluar panggung, aku,adik n mak dah serbu. beli tiket shari awal. haha
selasa ni kami akan ke kudat. daripada aku duk rumah sorang-sorang baik aku ikut. tido dalam kereta selama 3 jam. hehe. itu la keje aku bila naik kereta. 

okaylah! aku nak tengok Running Man dulu. 

bui bui!

UNTITLED

hi.

cuti- cuti ni mood nak update blog agak lembap sikit. yela, kerja aku kat rumah ni bukannya nak tulis blog je. banyak benda aku nak kena buat. salah satu daripada nya ialah peluang tengok Running Man. haha.
thanks to Astro Channel 393, channel korea rasanya sebab siarkan Running Man dan sekaligus buat aku jatuh ketagih. gelak sorang-sorang memang seronok! haha. mak aku sampai marah aku sebab tiap-tiap hari aku tengok RM. hehe. dan thank you to my roomate dan seorang kawan baru aku, Ikram sebab dorang ni promote RM kat aku. hehe.

aku paling suka Jae Suk. rambut dia comel! hehe

Selasa lepas, paklong ada datang Sabah. ada meeting kat Karambunai. alang-alang dah datang Sabah, tak salah kalau datang rumah kami. dua kali paklong datang. lagipun paklong tak pernah lagi datang rumah kitorang.

paklong dan papa. aku amik gambar dari side tepi je.
adik aku last paper untuk 9 subjek ialah hari rabu lepas. lepas adik aku habis exam biology, aku, mak dan adik pergi 1borneo. tujuannya ialah mak nak setel hal beli almari untuk bilik baju. dan beli barang dapur.esoknya tu, 1 Disember, filem Ombak Rindu dah mula keluar panggung. aku dengan adik aku nak sangat tengok filem tu. semua ni sebab haritu kami dah tertengok teaser filem tu. hehe. aku dengan adik aku pergi beli tiket wayang untuk keesokannya. okay, kami orang pertama beli tiket wayang Ombak Rindu. hehe. lega rasanya. esok tak payah la nak kena datang awal awal untuk berebut beli tiket sebab aku tau tiket Ombak Rindu mesti sold out cepat.

okay, esok nak datang 1borneo lagi. tengok wayang! buibui!

PRIVATE HI-TEA

hi.

selongkar kenangan- kenangan lama, terjumpa satu disc yang simpan gambar-gambar keluarga. rindu pulak zaman dulu-dulu. sekarang ni dah kurang buat aktiviti keluarga. masih buat tapi tak gempak macam dulu lagi.

aku dah tak ingat la bila aktiviti keluarga ni dibuat. atuk dan wan bawa kami ke private hi-tea. tema yang kami rancang adalah gothik. actually kami tak pakai pun gothik gothik. tema saje nak gempak padahal tema pakaian kami ialah warna hitam. hehe. nak sehati sejiwa la katakan. 

tema gothik tu adalah rancangan aku dan kazen kazen aku. lepas tu kami sebar kat makcik pakcik. pesan supaya pakai baju tema warna hitam. sibuk sebar menyebar lupa pulak nak pesan kat wan dan atuk, konklusinya wan dan atuk hadir private hi-tea tu pakai baju lari tema. tapi dorang still sedondon. pakai baju yang sama warna. hihih. tak pelah. VIP dikecualikan. hehe.

atuk dengan wan masih sedondon wlaupun lari dari tema. hehe
hi-tea tu diadakan di Royal Bintang. hi-tea tu mmg dibuat khas untuk kami sekeluarga. orang lain tak boleh kacau makanan yang disediakan untuk kami. hehe. punya seronok makan. tak payah nak tengok orang lain menyemak  ambik makanan. hehe.


lepas dah makan muntah makan muntah, aku dengan kazen ambik gambar. rutin biasa kami. kami memang gila bergambar! hehe



pemakaian aku dulu dulu tak kelasssss! haha

love mum!
*kamera yang aku guna dulu tak berapa nak kelas macam kamera yang orang lain guna sekarang. sedih betul. hehe

bui bui!

SELAMAT BERCUTI

hai semua!

sebelum balik ke sabah.
btw, selamat bercuti kepada sesiapa yang tengah bercuti macam aku ni. fuhh, memang seronok. cuti kali ni aku tak ada nak rasa rindu rindu kat sesiapa. 

aku cukup puas berada di rumah di samping keluarga aku. itu sudah cukup bagi aku! nak kan pulak makanan kat rumah banyak la pulak. memang seronok la. hehe

macam adegan semalam. datang rajin aku nak susun makanan yang ada dalam peti sejuk. sambil menyusun, sambil makan makanan yang ada dalam peti tu. minum vitagen, makan yogurt, makan kek lapis sarawak, makan itu makan ini, memang tak payah cerita la. seronok gila kalau kat maktab ada makanan macam ni. hehe.

petang tadi aku buat ayam masak madu. disebabkan ayam tu kena kukus lama sikit sebab nak bagi sedap, aku tengok la tv. 15 minit kemudian aku kembali ke dapur untuk terbalikkan ayam. setiap 15 minit. sampai la papa aku panggil aku untuk minta aku hantar dia ke pekan tuaran. dia nak ambil teksi dan terus ke Kota Kinabalu. nak ambil kereta Mercedes katanya. anak bertuah punya anak, aku ingat nak hantar papa ke pekan kejap je la. jadi, aku tinggalkan la ayam madu aku tu dengan api yang perlahan.

driving dengan vios. sekarang ni aku dah berani okay drive kereta kelisa. kereta tu manual. dah handal betul aku. haha. jalan nak ke pekan tuaran tu bengkang bengkok sikit. banyak selekoh. tengah syok drive, papa aku tegur aku,

" bawa kereta jangan bawak macam ular. matured la sikit,"

slumber je papa aku cakap. 

haha. agaknya sebab setiap kali selekoh, aku malas nak brake kot. laju pulak tu. bahaya kan pemanduan aku.

setakat cuti ni, aku tak keluar jalan-jalan lagi dengan mak aku. mak dan papa sibuk kerja lagi. adoi, kenapa lah dorang tak cuti padahal dah cuti sekolah. jadi, aku kat rumah tugasnya jadi orang gaji. orang gaji bergaji tauuuuu! i sukalah dapat duit $$$$. 

dah dapat duit tu nanti, aku ingat nak beli barang mekap Mac. takpun nak beli fon. tapi fon samsung galaxy i camana? kena sabar sikit la kalau macam tu. aku rasa duit aku akhirnya habis belanja entah beli ntah pape je.

tu je untuk kali ni. jumpa lagi lepas ni. bui bui

"JANGAN TENGOK MACAM TU!"

hai semua!

sekarang ada di rumahku syurgaku. disebabkan makcu tiada di rumah, jadi aku telah menjadi seorang ibu mithali / kakak yang sangat baik sebab aku mengemas rumah dan memasak untuk adik-adik. actually kazen. 

disebabkan aku sentiasa berada di asrama sejak umur 13 sampailah 20 tahun, aku kurang terdedah dengan kemahiran memasak. haha. okay, bukan aku tak reti memasak. reti tapi tak adalah semua masakan aku reti. setakat masak cincai tu bolehlah. 

aku rasa masak yang aku reti pun macam ayam masak blackpepper, ayam masak madu, masak lemak cili api, buat sup, udang goreng kunyit, udang masak sambal dan sebagainya. tapi cam aku cakap tadi, tak delah semua benda aku reti. haha. takpe! hujung tahun ni mak i nak hantar i pergi kelas memasak dan kelas buat kek. ting tang ting tang alexander! haha. rasa macam seronok dan teruja pulak nak ke kelas memasak dan buat kek. hehe.

petang tadi pulak, tiba-tiba rasa nak buat cucur ikan bilis untuk hi-tea. dah siap masak, melantak dengan kazen sambil layan filem Klip 3gp. tak best pun cerita dia. best lagi kunyah cucur ikan bilis aku. haha.

perancangan esok pulak ialah ke rumah makcik nora. makan tengahari di sana. yes! tak payah masak dah. haha. perkaran yang paling utama aku balik seremban adalah untuk belajar mekapppp... 

thank you ye Cik B sebab sudi ajar i mekappp.. biar i kelas gitu! haha. tak sabar gila. so, muka yang di'mekap'kan oleh Cik B aku akan cerita kemudian okay?

ouh, kejap! jumaat lepas aku balik Seremban. bila dah sampai stesen ktm seremban, aku pergi la kat kaunter sebab aku ingat nak reload touch n go aku. lepas tu, aku tanya la

"encik, kat sini ada tak yang untuk reload touch n go?"

masa laki tu nak jawab soalan aku, aku tengok la dia. bagi tumpuan. lepas tu boleh pulak dia cakap 

"awak jangan la tengok saya macam tu, takut saya tengok,"

aku terkejut. ekspresi cmana yang aku tunjuk kat dia? adakah aku terbuat muka manja kat dia sampai dia cakap cmtu? aku rasa tak adalah pulak sebab aku sedang bertanya. bukan nak menggoda dia.

mata yang innocent okay!
aku rasa malu gila. biarlah tak ada orang masa aku tanya laki tu. cis! dia dah memalukan aku depan kawan dia. urghh!

aku telefon cerita dengan mak pasal ni!

okay, tu je nak cerita. dah banyak hari aku postpone entri ni. tak ada masa. musim exam lah!

bui bui

MURID DAN ALAM BELAJAR BUAT AKU GILA TEORI OKAY!

hai semua!

fuuhhhhhhhhhhhh...lega tau dah lepas 1 paper. paper yang agak tough. sebab banyak sangat teori nak kena faham dan ingat. dah sakit kepala aku menghadap buku Murid dan Alam Belajar. agaknya buku tu pun dah muak tengok asyik muka aku je yang menghadap dia siang malam. haha.

dua hari sebelum exam, dapat soalan spot. selalunya spot untuk subjek EDU ni tak boleh percaya sangat sebab selalunya tak keluar. tapi aku stadi jugak spot. mana tau mengena kan. boleh jugak aku gelak sorang-sorang masa menjawab exam. 

sehari sebelum exam, aku dah sakit kepala. dah terlalu banyak teori dalam kepala aku ni. ye, aku ingat pesan lecturer MAB aku dekat kelas kami.." isilah sikit tengkorak tu dengan ilmu," dah sakit kepala, beria aku mencari panadol. tak jumpa. mintak dengan jiran jiran pun dorang tak de panadol. serius paper MAB ni dah berjaya buat aku sakit kepala. kalah subjek Falsafah Pendidikan semester lepas! at last jumpa jugak panadol dalam laci aku. makan ubat terus tido tak sedar diri. tapi tak dapat tido. semuanya pasal teori!

hari exam.. pagi pagi dah menghafal. macam macam! teori Gagne yang macam-macam dan bla...bla..bla.. masa exam. dapat soalan. benda pertama aku tengok ialah soalan esei. keluar Model Pemprosesan Maklumat dan tentang Cara-cara pengajaran dan pembelajaran berkesan. macam-macam aku bantai dalam esei. apa yang keluar dalam kepala aku, itulah yang aku tulis. tapi nasib la boleh jawab jugak. tapi kan...soklan spot yang aku duk stadi tu tak keluar. mengena sikit je. haish! "papa don, sori... harap-harap boleh dapat markah yang baik-baik lagi," 

macam kecewa dengan diri sendiri pun ada untuk paper MAB pun ada. tapi tetap simpan harapan dapat A. hehe

minggu depan dua kertas Pemulihan dan kertas Sukatan Pelajaran. boleh lah belajar sambil goyang kaki kat rumah.. yeye!

*lecturer subjek Pemulihan aku pesan.."Jawab soalan nanti ikut otak sikit ye?"
hai si kening tebal!
lambatnya teksi ni sampai. aku dah siap nih!

SKYPE DENGAN FAMILY

hai!

ada kat seremban ni buat aku rasa nak makan je. mengunyah je kerja aku. sukalahhhhhh! 

nak kan pulak ada seorang kawan makcu i suka masak-masak. kami panggil dia CIK B. dia masak superb. sekarang ni pun makcik-makcik aku dengan cik b keluar untuk beli bahan-bahan nak buat chocolate cake. yum yum..cepatlah balik. nak makan kek! hehe

ouh, tadi kan aku skype dengan mak aku kat sabah. tujuan utama adalah untuk tengok meow. nama meow tu lula.  bapak gemok lula. comel! tak sabar nak balik rumah. cepatlah masa berlaluuuuuuuu~

sombong eh lula dengan kakak

rindulah dengan family. kalau lah rumah kat sabah tu dekat macam nak balik seremban kan seronok. tiap minggu aku balik! tadi skype dengan mak, mak cakap muka aku dah naik bulat sikit. omomomomomomomomomomomomo! sukanya. harap- harap berat badan i menaik.. hehe

tadi bukak facebook, tengok gambar papa dengan adik aku kat annual dinner sekolah dorang. retro la papa i. siap buat rambut afro lagi. hehehe

papa kena catwalk. haha
=)
cerita dah habis. aku sedang menunggu mereka pulang untuk buat kek...
bui bui!

DEMAM BUKU

hai..

tinggal beberapa hari lagi. lepas tu nak exam dah. minggu lepas aku dah mula stadi pemulihan. Murid dan Alam Belajar (MAB) minggu ni aku stadi. boleh fokus 100%. banyak betul nak kena stadi untuk subjek tu. subjek Major aku pun tak banyak cmtu. ish ish ish. apa-apa pun aku lagi suka stadi subjek Major aku. haha

okay, disebabkan exam pun dah dekat, aku nak penuhkan dinding aku dengan nota-nota penting yang aku kena ingat. barulah ada semangat nak exam. adakah semester ni pointer aku akan menaik atau menurun? segalanya bergantung kepada kepala hotak aku! haha..

jadual belajar je nak gempak. tapi tuan badan belajar tak gempak pun. =_='
selalu lupa seting date camera!
for those yang akan menduduki peperiksaan sama ada exam maktab ke, exam universiti ke, SPM ke, exam hujung tahun ke....Good Luck! All the best.. belajar rajin-rajin macam aku okay? hehe

ouh, lupa pulak...
adik i exam SPM la tahun ni. tinggal beberapa hari lagi nak SPM. 
all the best to you, Nik Syamim Aisyah Nik Hashim. 

adik bongsu i. love you, adik

semoga dapat keputusan yang cemerlang. insyaallah. lepas SPM nanti boleh terus ambil lesen then boleh relax banyak banyak kat rumah. lepas tu jadi gemok kan? haha. papa, mak, babang dan kakak yang comel sentiasa support amim.. hehe. 

bui bui!

PEACE; DAMAI SANGAT KE?

hai semua!

bahagianya ada kat rumah...ouh! boleh tidur dengan selesa dan yang paling penting dapat makan dengan banyak. bila perut mula rasa lapar, terus ke dapur cari makanan. kalau kat asrama, kena jeling-jeling dulu makanan apa yang ada.  bosanlah makan makanan ringan.

bila bosan aku suka tengok gambar-gambar yang ada dalam laptop aku. tak kiralah gambar family ke gambar pergi bercuti ke atau gambar sendiri. hehe. rindulah dengan kenangan yang terkumpul dalam hidup aku!

bila tengok tengok gambar, baru aku perasan yang feveret aku ni bila ambil gambar ialah buat PEACE. dulu aku benci gila buat 'peace'. aku rasa macam poyo je buat peace. macam nak tanya "apa korang dah tak ada benda lain ke nak buat selain peace?" haha. sekarang ni, jadi feveret aku pulak. baik aku cakap kat diri sendiri je. hambik kau! haha

lepas ni aku nak buat trademark lain la bila ambik gambar. tak mau dah buat peace. dah terlebih damai lah sekarang! hehehe. *terima kasih kepada insan-insan yang telah buat hidup aku menjadi damai. haha

2011

2009

2011

2011
2011

2009

sebenarnya banyak lagi gambar peace. dah pening aku tengok peace ni ha.. dah sakit kepala aku.

okaylah, bui bui. jumpa lepas ni!