UNTITLED

hi.

cuti- cuti ni mood nak update blog agak lembap sikit. yela, kerja aku kat rumah ni bukannya nak tulis blog je. banyak benda aku nak kena buat. salah satu daripada nya ialah peluang tengok Running Man. haha.
thanks to Astro Channel 393, channel korea rasanya sebab siarkan Running Man dan sekaligus buat aku jatuh ketagih. gelak sorang-sorang memang seronok! haha. mak aku sampai marah aku sebab tiap-tiap hari aku tengok RM. hehe. dan thank you to my roomate dan seorang kawan baru aku, Ikram sebab dorang ni promote RM kat aku. hehe.

aku paling suka Jae Suk. rambut dia comel! hehe

Selasa lepas, paklong ada datang Sabah. ada meeting kat Karambunai. alang-alang dah datang Sabah, tak salah kalau datang rumah kami. dua kali paklong datang. lagipun paklong tak pernah lagi datang rumah kitorang.

paklong dan papa. aku amik gambar dari side tepi je.
adik aku last paper untuk 9 subjek ialah hari rabu lepas. lepas adik aku habis exam biology, aku, mak dan adik pergi 1borneo. tujuannya ialah mak nak setel hal beli almari untuk bilik baju. dan beli barang dapur.esoknya tu, 1 Disember, filem Ombak Rindu dah mula keluar panggung. aku dengan adik aku nak sangat tengok filem tu. semua ni sebab haritu kami dah tertengok teaser filem tu. hehe. aku dengan adik aku pergi beli tiket wayang untuk keesokannya. okay, kami orang pertama beli tiket wayang Ombak Rindu. hehe. lega rasanya. esok tak payah la nak kena datang awal awal untuk berebut beli tiket sebab aku tau tiket Ombak Rindu mesti sold out cepat.

okay, esok nak datang 1borneo lagi. tengok wayang! buibui!