KARTUN LEMBU

hai semua! 

untuk sekalian kalinya aku kembali lagi. haha.. masa untuk merapu cerita tanpa isi penting. haha. malam ni bosan kot. ingat nak tidur awal la. esok dah jumaat. yey! ingat nak keluar hang out dengan besfren yang kat UIA. tapi tak rasa nak keluar la. dah lama tak jumpa dorang. rindu gila!


pernah jumpa benda ni tak? comel kan? cuba teka berapa ringgit aku beli? hehe. aku ni suka tanya kalau benda yang aku beli tu MURAH! haha.

alolololo tomeynya lembu ni nak makan pencuci muka aku. haha


actually banyak gila aku borong benda ni. semua jenis pilihan binatang yang aku ambil. yela, nak letak kat setiap tandas kat rumah. haha. benda ni aku beli SERINGGIT je! hehe. beli kat Nilai 3. hehe.. aku pilih kartun lembu sebab aku memang suka kartun lembu. 

kotak bday yang diberi oleh kawan pada bday tahun lepas. hehe
nak sukat suhu bilik pun mesti kena kartun lembu jugak. hehehe.. alahai kesiannya dinding bilik.. haha
tengah ber'facebook' tadi, aku terjumpa la satu gambar ni. ayat dalam gambar tu aku sangat setuju. 



p/s: sori la entri yang lama-lama kebanyakannya aku dah buang gambar. hehe

DOA MENDAPAT JODOH YANG BAIK


Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih.....
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu
Sucikan hatiku Ya-Allah
Agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya
Janganlah biarkan aku merindui kehadirannya
Janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari-Mu yang tulus dan murni
Bantulah aku agar dapat mengasihaninya hanya sebagai seorang sahabat

Tetapi jika engkau ciptakan dia untukku, Ya Allah
Satukanlah hati kami
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk menenangkan hatinya
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku telah Engkau ciptakan
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya

Ya Allah Yang Maha Pengasih
dengarkanlah doaku ini
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu
Allah Yang Maha Kekal
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku
luka dan keraguan yang ku alami mesti ada hikmahnya

Semua ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu
Untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu
Bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

Amin