S.EM.A.K

hi semua!

hari ni aku rasa nak update sikit blog aku sebelum aku masuk ke alam yang men'stress' kan diri.. sepatutnya kerja kursus subjek Murid dan Alam Belajar dihantar harini. aku punya lah ke main tekun duk edit kerja aku tu sampai tengah malam bagai nak rak nak berak semua. lepas tu hari ni dia tambah lagi banyak kerja untuk kami masukkan dalam kerja kursus tu. kalau sikit tak apalah jugak. ni banyak nak mampus. dah rasa macam buat dua kerja kursus. dateline dia bila?! ESOK okay! ingat kami ni robot ke.. amboi amboi..

kat kelas tadi memang aku tak ada mood la nak buat kerja kursus walaupun kelas harini tak ada lec yang masuk. aku bagi pasangan aku buat kerja part dia je. tak ada mood pasal elok-elok aku dah rancang malam ni nak buat kerja kursus math tapi dah terbantut kentut dengan kerja kerja kursus yang sepatutnya dah hantar. adakah anda faham erti S.E.M.A.K di kepala aku ni?

jadi kepada insan-insan yang aku kenal, jangan nak buat kepala aku SEMAK dengan kau yang macam-macam

jangan sampai aku jadi WANTED bila dah cepuk korang. haha

so, lepas update blog ni aku akan kembali ke alam Murid dan Alam Belajar. aku nak taip cepat-cepat lepastu malam ni boleh relax buat kerja lain. 

sekian terima kasih..

PLAY-DOH


masa kecik-kecik dulu pernah tak dengar nama PLAY-DOH? atau bahasa biasa biasa kita panggil plastisin?! tapi plastisin ni lain sikit. 

yang lainnya ialah harganya mahal tapi aku rasa sangat berpatutan sebab anak-anak dapat melatih dan menguatkan motor halus jari. selain tu, main play-doh ni aku rasa latih budak jadi lebih kreatif sebab budak akan berfikir bentuk apa yang dorang nak buat.

tapi kan aku rasa aku tak cukup bertuah kot sebab mak aku tak bagi belikan aku play-doh. play-doh mahal doh! kalo setakat nk beli yang satu bekas kecik tu boleh la tapi aku nak yang satu KOTAK! yang siap dengan alatan nak buat kuih, buat aiskrim, jadi doktor gigi dan semualah! memang seronok la kalo dapat benda tu.
ages 2+... kiranya umor 20 pun blh main lg kan? heheh
korang tengok? geram kot nak main....tema octopus...buat hidupan laut.
aku main play-doh masa kecik pun kazen mak aku punya anak je. haha. play-doh ni dia banyak betul tema dia. yang macam aku cakap tu la. tema dapur, tema doktor, tema mcdonald. 

dapur...buat kek, biskut, cupcakes... seronoknya! 
bbq time!

comel kan?

waaaa...comelnya main tampal-tampal gigi dengan play-doh!
nanti kalau play-doh ni ada lagi masa zaman aku ada anak nanti aku nak belikan untuk anak aku.
"baby, nanti mama belikan baby play-doh. pastu kita main sama-sama" HAHAHAHA
biar dia jadi kreatif dan berinovasi sikit. hehe. yela, zaman kecik-kecik je boleh main menatang tu. dah besar besar tak minat nak main dah pun. tapi kan...aku rasa kalo ikut umur aku sekarang ni (20) aku suka kot main play-doh. seronok gila. haha

agak-agak play-doh yang dijual sekarang ni ada alatan nak buat angrybird and frens tak? haha