SELAMAT PENGANTIN BARU AMNI...

hi semua! jumaat lepas aku dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan aku, amni...tapi aku tak dapat datang sebab masih kat semenanjung. wow! dah kawin dah kawan aku tu.. seronok ke ye kawin awal? umur sebaya dengan aku je..bezanya dia dah bersuami dan aku masih sendiri. hahahaha... tak apalah, aku nak habiskan zaman bujang dengan seronoknya sebelum berkahwin. kalo boleh dielakkan berkahwin semasa belajar, aku akan cuba elakkan. dan kalo boleh aku nak kawin nanti umo 26 tahun ke... kerja dulu setahun baru la nak kawin ke apa. 

apa -apa pun semoga bahagia dan kekal ke anak cucu.. jangan gaduh-gaduh ikut emosi. insyaallah kalau aku sempat nanti aku datang majlis persandingan belah laki ye? 

lawa kan mekap dia? simple je...i like it!


gambar daripada facebook huney bee.

QUICK UPDATE


okay, harini, esok dan lusa aku nak jauhkan diri aku daripada katil dan komputer riba aku. sebab apa??

sebab...kalau aku pura-pura belajar atas katil, akhirnya aku akan tewas dengan bantal gemok dan selimut meau-meau aku. jadi, aku akan tido. masa tido lagi panjang daripada masa belajar. tak guna betul!

sebab aku perlu jauhkan diri aku daripada komputer riba pula ialah, aku tiba-tiba akan jadi rajin untuk google benda-benda yang sebelum ni aku malas nak cari tapi tiba-tiba jadi rajin bila nak dekat exam ni. contohnya macam semalam, aku baru nak mula belajar. tiba-tiba datang mood nak google pasal cara-cara nak buat cupcakes dan tiba-tiba jadi berkobar-kobar nak pergi kelas buat cupacakes. padahal sebelum ni xde pun aku kisah pasal nak buat cupcakes ke apa. syaiton betol! dan untuk sementara waktu ni, aku telah deactivated facebook aku untuk mengelakkan aku menjadi ketagih facebook dan jadi malas belajar.


kan bagus kalo aku genius macam Baek Seung Jo dalam playful kiss ni..tak payah la aku belajar. heheh

sekarang, aku akan duduk belajar dan tinggalkan korang sementara waktu dulu ok? doakan aku tau! sayang korang ketat-ketat. hehe.

:::jadual exam :::

19/5 -> Falsafah dan Pendidikan di Malaysia
23/5 -> Perkembangan Kanak-Kanak
24/5 -> Pengenalan kepada Pendidikan Pemulihan
25/5 -> Pengenalan kepada Masalah Bahasa & Komunikasi

*good luck semua kawan-kawan sekelas! (。◕‿◕。)