GIRLS SLEEPOVER

hai. Assalamualaikum.

sekarang ni aku berada kat sepang. rumah sewa. sangat bosan. sangat murung berada di sini. tak sabar rasanya nak habis praktikum dan terus balik bangi cepat cepat.

raya cina haritu akuu bawak beberapa orang kawan untuk buat sleepover. aku apa lagi.... seronok tahap gaban! haha. dan seperti biasa aku bawak kawan- kawan yang agak rapat iaitu mawa, fiq n aya. 

rumah yg nak dituju ni dekat puchong. sekolah aku mula bercuti hari khamis. petang khamis tu, bila sampai je bangi, aku, mawa dan abe we terus drive ke Nilam Puri Condominium untuk amik kunci. sambil ambil kunci, sambil tu kami masuk rumah dan tengok keadaan rumah. HAHA. ini first time okay!

ni rumah orang bujang. so, kosong je.
masuk rumah tu, benda pertama yang aku berkenan ialah sofa dia! sofa feveret aku. sofa yang boleh lunjur lunjur kaki tu. OMG! suka sangat! hahaha. memang excited betul aku tengok rumah dia sampai tak bukak selipar masuk dalam rumah! hahaha.

seee......excited sampai tak bukak sandal dah
bila dah puas hati tengok rumah, kami pun balik maktab. malam tu, packing barang-barang yang perlu bawa untuk sleepover. memang excited gila okay!

-----------------------------------------------------

esoknya tu, penuh okay kereta. aku rasa kalau orang tengok mesti ingat ktorang ni nak pergi vacation seminggu. padahal nak pergi 3 hari je pun. hahaha. bahan- bahan mentah pun ktorang beli untuk masak- masak kat rumah.

we're ready to go!
sampai je rumah, semua excited. dan, disebabkan aku dah pakai selipar semalam masa tengok rumah, aku terpaksa mop lantai rumah. :( dan kena sapu n lap habuk-habuk kat rumah tu. yang kawan aku tiga orang tu seronok je kan tengok tv..
setiba kat rumah. bilik blkg tu bilik aya n fiq.

malam tu, tiga orang kawan aku pulak jadi chef dan AKU BEREHAT SEBAB PENAT JADI BIBIK PETANG TADI! haha. lenguh pinggang aku. haih!

chef malam ni: fiq,mawa n aya
esoknya tu, aku bangun pagi untuk sedia sarapan. apa yang ada dalam peti, itu la yang aku sedia sarapan pagi. lagipun aku nak make sure fiq makan sebelum dia keluar dating. lapar kang kakak sorang tu. hehe.

aku la chef breakfast. siap ada cheesecake lagi breakfast. haha
seperti biasa tugas aku, bersihkan rumah dan turun bawah check mailbox rumah.. aya cakap aku dah macam suri rumah berjaya. hahaha.

dalam pukul 5 petang macam tu, aku, aya dan mawa turun pergi swimming. ya allah, dah lama gila tak swimming! buas sangat swimming sampai aku mencederakan jari kaki aku. luka la pulak. walaupun luka, tetap tak patahkan semangat aku untuk swimming. hahaha. kami siap swimming pukul 7 petang. penat dan lapar. balik rumah terus melantak apa yang ada kat rumah. hahaha. dannnn..bila dah habis swimming baru terasa sakit luka kaki aku tu. haha.
tempat ktorang berjimba-jimba petang petang.
malam tu, bila fiq dah balik rumah, kami borak-borak. girls talk. malam tu, rasa seronok sangatttttttt...dah la lampu malap malap pulak kan. terus rasa macam poyo dah keje dan ada rumah sendiri.

lepas habis borak, tengok cerekarama sama-sama. masa yang ktorang spend sama-sama tu rasa berharga sangatttt.. lepas ni, sorang demi sorang akan tamatkan zaman bujang. tahun ni pun tahun akhir kami dapat sama-sama. 

esoknya tu, (ahad), kami brunch untuk kali terakhir minggu ni sama-sama. sambil makan sambil tengok drama. dan pukul 1 petang, kami pun balik ke maktab.

tamatlah sleepover kami untuk tiga hari ni.

bui bui! :)

SALAM TAHUN 2014!

hai.

lama tak menulis. 

sebelum tu, aku nak wish SELAMAT TAHUN 2014! dah 9 hari dalam tahun baru, baru aku nak tulis entri kan? hehe. 

tahun ni merupakan tahun terakhir pengajian aku di IPG yang tersayang. hewhewhew. tak sabar rasanya nak bebaskan diri daripada maktab tapi dalam satu masa rasa sedih jugak sebab berpisah dengan adik beradik tiri yang dah lama bersama. tahun ni 5 tahun setengah okay kami bersama jadi adik beradik tiri. perangai masing-masing memang dah kenal sangat. 

dan untuk tahun terakhir memang logik gila pelajar batch aku yang dah / akan bertunang, yang dah / akan kahwin. memang dah jadi adat resam! haha.

so, untuk praktikum semester 7 dan 8, aku akan berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong (A). "A" dalam kurungan tu bermaksud sekolah aku sekolah orang asli. tak sabar nak timba pengalaman berkenalan dengan murid asli. mesti best! hehe.

sekolah praktikum aku sem ni adalah sekolah BIG ktorang haritu. hehe
dan semoga perjalanan kajian tindakan yang akan aku dan kawan-kawan buat untuk tahun ni dipermudahkan segalanya. kajian tindakan tu yang paling aku tak sabar nak cepat-cepat habis. kalau dah lepas kajian tindakan tu memang lega habis. masa tu kalau nak kawin terus pun memang tak pe! disebabkan kena buat kajian tindakan la, aku tak berani tanggung risiko kesibukan untuk kahwin tahun ni. takut jiwa kacau. bukan apa, nanti banyak benda nak fikir. serius! so, baik aku jangan bahayakan diri. relax dulu untuk tahun ni. hewhewhew

apa azam anda semua untuk tahun ni? hehehehehehe

azam aku tahun ni ialah buat kajian tindakan tanpa rasa stress! HAHAHAHA

kbye! :P