PUTRAJAYA FLORIA 2011

hai! jom kita pergi Putrajaya Floria 2011..

sesiapa yang tinggal/ belajar berdekatan dengan putrajaya jom la kita pergi. bermula dari 9 Julai (harini) sampai 17 Julai. banyak masa lagi. 

mesti seronok. mari lah pergi wei! tema kali ni ialah "Roses are forever". siapa yang pergi dengan pakwe boleh lah ambil gambar kenangan-kenangan sebab bunga ros akan menjadi tema untuk event kali ni..seronoknya...*berkhayal kejap* hehe..


untuk usha yang lebih lanjut, ke SINI

aku tak tau dapat pergi ke tak sebab yang susahnya aku tak ada kenderaan nak ke sana walaupun dekat. kesian kan? :( aku suka tengok bunga-bungaan dan cahaya-cahaya lampu tapi selalu tak ada peluang nak pergi dan perkara utama yang menjadi masalah ialah tak ada kenderaan nak ke sana. kalau lah ada kenderaan, dah lama aku gerak sendiri. tak payah nak susahkan orang lain.. :(

aku kadang-kadang bila bosan kat asrama nak juga jalan-jalan kat downtown ke uptown ke. tapi tu la pasal. tak ada kenderaan.. merajuk ah gini!  :(

semoga hajat untuk ke Putrajaya Floria akan tercapat...hopefully...  :)

siapa dapat tunaikan impian aku esok?

DERMA DARAH. KORANG TAK TAKUT KE?

hallo....!

cerita kali ini adalah mengenai Bina Insan Guru untuk semester 2. kalau masa aku semester 1, aku kena ikuti perkhemahan, semester ini kami kena derma darah. okay, serius kalau main dengan jarum jarum ni aku kurang sikit. aku takut. siapa yang layak kena derma darah. yang tak layak memang seronok.

cuba teka aku layak ke tak? sudah semestinya aku tak layak sebab berat badan tak cukup. terlalu ringan sampai boleh dilambung-lambung, ditolak-tolak angin. hehe. untung la kan nanti suami aku. tak payah nak angkat berat berat sangat.

supportive tak?haha

hari BIG tu macam-macam ragam manusia. ada yang menangis sebab kena derma darah la. ada yang tak mahu derma darah la bila layak. ada yang kecewa bila tak dapat derma darah. ada yang melompat-lompat kegembiraan bila tak layak derma darah. ada yang layak tapi bila nak mula ambil darah, tekanan darah jadi rendah la tiba-tiba. macam-macam sungguh.

hari tu jugak, aku dengan budak-budak perempuan kelas aku sepakat untuk buat kad hari guru. sempat siap dalam beberapa jam je. harap-harap salah satu kad tu mengena. haha..

serius betul muka aku menggunting kertas

bui-bui..
p/s: rasa macam nak tukar design blog ni la.bosan tengok yang sama.. :)