HARI PERTAMA PRAKTIKUM GUA

hai.

mood sekarang tengah dengar lagu Indah Cintaku. berbunga-bunga hati aku semenjak ni. tak tau apa yang gembira sangat. bila aku dengar lagu ni mesti aku rasa gembira. mungkin sebab lagu ni lagu daripada cerita Suamiku Jururawat! haha. aku suka okay cerekarama tu. hihi.

baiklah, seperti yang telah yang korang tau or tak tau, aku dah start praktikum. u know what, cerita aku praktikum ni boleh dijadikan buku tau. banyak sangat dugaan. daripada nak naik kereta, jadi naik motor dan kemudian naik BASIKAL! wth? hahaha. macam-macam tau! daripada SK Kg Rinching tukar pulak ke SK Kajang Utama.

aku bersama rakan kongsi. hahaha. guru pemulihan. ini adalah muka 6.30 pagi okay! haha
baiklah, teruskan kepada cerita. hari pertama aku pergi sekolah aku sangat excited sangat bila tengok murid-murid. tapi hari pertama aku masih malu-malu. hihihi. sekolah aku ni ada 11 orang praktikum tau. 2 kos tesl, 4 kos pendidikan agama islam, 3 orang kos matematik dan 2 orang kos pemulihan.

muka 9 pagi. hahaha
hari pertama lepas perhimpunan aku dah kena masuk kelas darjah 5 mengajar bahasa Melayu. dah la sorang-sorang pulak kan.. tapi nasib baik aku ada urusan dengan pentadbiran. so, tak masuk kelas. ponteng! haha :P

cikgu, ni kelas ganti untuk cikgu ye and i was like..." huh?" terus buat muka troll senyap-senyap. haahah
harini aku tak dapat jadual lagi sebab guru pemulihan tu cuti sakit pulak. so, harini macam relax je kat bilik guru BUAT ASSIGNMENT sambil online. T___T.. sadis okay ada assignment lagi.

gua bikin kilija. esok mau kena hantar maaaa... khusyuk la sngat padahal kan,..menyanyi2 lagi. haha
aku balik sekolah pukul 1.30 tengahari. plus minus sampai maktab dalam pukul 2 petang. sampai bilik, bersihkan badan dan terbongkang tido! hahaha. okay, minggu pertama boleh la relax. nanti minggu seterusnya dah tak boleh relax sebab dah start mengajar. hihihi.

semangat nak balik dah. yey! muka 1.30 tengahari. hehe
balik dari sekolah tadi singgah kedai buku untuk pergi beli aset. aset terbaru untuk sebulan ni adalah PEN MARKER! hahaha.

marker beli tadi. sori gmbar terbalik. mls nak rotate. korang rotate kepala sendiri.
bangun tdo tadi terus rasa lapar! penat wei pergi sekolah. penat jadi cikgu. nak cakap penat punya pasal sampai aku taip nama kt komputer masa order makanan kt kafe tadi pun tersalah. hahaha.

bukan zati dah tapi ZATUI! choii hahaha
p/s: aku akan cuba menyayangi sekolah pertama aku. i lebiu!

p/s/s: disebabkan aku ada tiga nama iaitu Nik, Ain dan Izzati, aku konfius nak suruh dorang panggil aku apa. mungkin semester ni Cikgu Ain kot. hihihih. *gedik mode!

bui bui! :)