FROM PAVI TO KLCC

hai..

malam ni nak tulis banyak banyak entri sebab aku terlalu excited nk tulis. hehe. mood rajin tiba-tiba datang..baiklah kita mulakan dengan cerita excited yang pertama.

sehari sebelum aku balik sabah which is hari khamis lepas (8/11/12), aku dengan dua orang junior telah berjalan-jalan di KL. junior aku sorang tu nama eka dan sorang lagi yana. actually nak temankan eka belikan baju DC COMICS kat pavi. so, dah alang-alang nak teman, why not ktorang pergi sekali kan? boleh cuci-cuci mata. exam pun dah habis. hehe.

ktorang gerak dari maktab dalam pukul 11 pagi sebab teksi pagi semua full. mengalahkan vip okay teksi zaman sekarang. dari UKM terus ke KL Sentral.

sampai kl sentral ktorang terus ke imbi naik kereta pakwe fik. masa tu fik pun ada sebab dia nak pergi beli laptop dengan pakwe dia. so, bila dah sampai kat tepi jalan kat imbi tu, ktorang berpisah. ktorang akan naik monorel ke bukit bintang.
 

at last sampai jugak kat pavi. butik pertama aku nampak ialah butik COACH! dannnnnn....aku teruja sangat. nak masuk segan. nanti orang ingat aku tak ada duit pulak. nak jugak aku usha-usha harga coach. nak beli satu. ada satu handbag coach pun jadi lah. tapi takpelah. lain kali je la aku pergi dengan mak bila dia balik semenanjung. telan air liur dulu je la..

masuk pavi terus ke butik DC COMICS  tu. semua baju watak superman, batman, catwoman n etc. nasiblah aku tak minat baju baju kartun camtu. so, tak teringin langsung nak beli. hehe. mula-mula survey dlu baju yang nak dibeli. kemudian ktorang keluar daripada butik tu dan terus jalan-jalan ke butik lain pulak.
 

actually tak habis pun ktorang round pavi tu. kekangan masa. nanti tak sempat nak ke tempat lain. masuk parkson. aku berhajat nak beli selipar Guess. tapi tak ada yang berkenan. tak ada selipar flat. semua heels yang tajam. kalau terpijak kaki orang memang boleh berlubang kaki. hehe.

then,ktorang jalan-jalan kat tokyo street. lawa konsep yang dorang ketengahkan kat tingkat paling atas pavi tu. rasa macam jalan-jalan kat Jepun pun ada. hehe.

masa tengah jalan-jalan ktorang masuk 1 art gallery. kat dalam galeri ni, ada lukisan-lukisan yang mahalllll sangat. do not touch. do not take picture. semuanya do not. tapi aku amik jugak gambar. lawaaaaa sangat. kalaulah aku anak menteri ke, memang petik jari je nak beli. 

harga paling murah pun RM 11,800. GILOS!
RM36 000

kemudian ktorang kembali ke butik DC COMICS dan tunggu eka beli baju. next kami pergi makan sebab kebulur sangat. nak makan pun konfius nak makan apa. at last makan nando's. tu pun ktorang tak sabar nak tunggu makanan kena serve sebab dah laparrrrrrrr sangat!

lepas makan, kami otw naik eskalator. then tiba-tiba nampak satu kedai "STICKY". handmade candies. kat situ jugak dorang tunjuk cmana dorang buat candies tu. candies dia comel. dan quite cheap la jugak. ada disediakan tester. comellllll tester dia. yang tak boleh bla tu, ktorang dah ngap candies tu baru masing-masing tanya halal ke tak candies tu. hahahaha. halal okayyyy.. hehe.

habiskan masa cuci mata kat pavi. then ktorang gerak ke lowyat. kat lowyat aku pasang screen-protector sebab ada orang tu tegur aku tak pakai screen protector ke. bila fikir-fikir balik, fon aku kadang-kadang terjatuh. nanti calar. junior aku pulak nak cari cover untuk galaxy note dia n yana nak cari gagang telefon dia. 

masa tengah tengok-tengok kat lowyat, then terjumpa mawi dan ekin bersama baby dorang. ekin cantikkkkk sangat. then amik gambar. walaupun bukan peminat tapi aku teruja sangat dengan kecantikan dia. muka dia flawless! jelesnyaaaa.. :(

dalam pukul 7 petang ktorang gerak ke klcc pulak. yana cakap pergi klcc ni macam tradition la kalau setiap kali keluar. sampai klcc, ktorang pergi makan. lepas dah makan, aku ajak dorang ke kedai cupcake yang comel. dan kami berhenti makan lagi kat situ. sebenarnya aku dah kenyang tapi bila nampak kek-kek yang supercomel, terus rasa nak makan lagi. hahaha.



sambil makan sambil borak. seronok sangat hari tu. rasa macam tak nak balik maktab je. dalam pukul 8.30 malam, kami pun balik ke maktab. dalam teksi aku tertidur sebab penat sangat. 

sampai maktab, aku sambung packing barang-barang untuk pindah. penat tau aku malam tu. dah la esok tu kena bangun pagi sebab flight aku pukul 12 tengahari. :(

apa-apa pun, aku seronok sangat keluar haritu. puas la jugak walaupun tak beli sangat. hehe.

bui bui! :)