SEPETANG BERBASIKAL BERSAMA PAPA

haluuuuu..

sori okay, tapi aku cerita aktiviti aku sepanjang cuti ni secara rawak je sebab aku dah semakin lupa aktiviti mana yang aku buat dahulu.

baiklah, sabtu lepas, masa tu mak ada kelas. so, aku, amim n papa je yang ada kat rumah.

petang tu, papa ada tanya
"nak ikut papa main basikal tak?"

at first aku macam malas sebab masa tu aku baru balik rumah dari salon kecantikan. ceh! konon salon kecantikan la sangat. hahahaa. lagipun masa tu pukul 4 petang. panas. bahang. dah la bilik aku menghadap matahari terbenam. so, terasa hottttttt jugak la kan sikit-sikit. hehe

yeah! get ready

then, aku pun fikir-fikir balik. yelaaaa...baik aku ikut. at least ada jugak aktiviti kekeluargaan aku dengan papa. cewahhh! heheeh. so, aku pun bersiap. dan adik aku pun ikut. tapi dia tak aci. dia drive kereta. cis!

kayuhan bermula!
mula-mula papa cakap dengan adik aku yang ktorang akan kayuh basikal sampai Rasa Ria Resort. aku ingatkan resort tu dekat je. mungkin dalam 2km ke. tapiiiii.... harammmmmm..kayuh punya kayuh  tak sampai sampai. penat kot aku!
mak tersilap bagi info cakap beli basikal fixie. rupanya basikal lain
masa ni boleh lagi senyum senyum.. ceh!
aku asyik tanya papa "jauh lagi ke pa?"

yeah! jauh meninggalkan papa. lepas tu aku dah kayuh slow sebab penat dah.
adik aku duk lambai-lambai je dari dalam kereta. urgh!

sampai je resort tu, aku turun dari basikal. aku mintak papa tolong naikkan tempat duduk kat basikal tu sebab cam terlalu rendah dan penat kaki aku nak kayuh. sambil tu aku pergi baring dalam kereta. penat! rasa macam nak angkut basikal tu dalam kereta dan balik je.

tapi disebabkan aku ni kuat lagi perkasa, aku kayuh la jugak basikal. dah alang-alang kan. alah balik ktorang ikut jalan kampung.

aku nikmati pemandangan dalam kampung tu. ada ladang jagung, sawah padi, kandang kuda, kandang kambing, kandang babi, kandang lembu. semuaaaaaa ada! dan aku dah kenal dah macamana bau tahi babi! HAHAHAAHAH.

btw, untuk pengetahuan, rumah aku ni dekat jugak (tapi still jauh okay) dengan kandang babi and it is not good for health. kalau dekat-dekat maghrib tu, kalau dah terbau busuk-busuk tu, aku dah agak dah. pastu mesti akan cakap cmni...
"mula dah bau tahi babi meresap...!"
 hahahahaah
so, kena tutup tingkap dan pintu semua.

masa tengah nikmati pemandangan kat kampung tu, aku dah la tengah penat dah kayuh basikal dalam 10-12km, aku pun kayuh perlahan-lahan je la, then tiba-tiba datang 5 ekor anjing duk "woof woof woof" kat aku dengan papa. gila ah! masa tu, tak de rasa penat langsung! aku kayuh basikal laju-laju. sadis kot kena kejar anjing masa tengah penat. HAHA.

at last sampai jugak rumah. adik aku dah lama sampai rumah sebab masa ktorang kayuh basikal untuk balik, dia dah balik dulu. aku turun basikal dengan lemah longlai. kaki ni rasa macam lumpuh je sebab tak larat nak berdiri dengan betul.

ketuk ketuk pintu rumah adik aku tak bukak. jerit-jerit panggil adik, dia tetap tak bukak.urgh! nasib la kejap lepas tu mak dah balik dari kelas. masa tu rasa nak masuk rumah, dan minum air sejuk dan terus baring. penat!

esoknya tu punggung aku sakit. aku syak mesti sebab aku duduk lama sangat atas basikal. HAHAHAHA.

bui bui! :)
YA ALLAH, 
Jika suatu saat aku kehilangan 
harapan dan tujuanku..

Berilah aku keyakinan 
bahawa takdirmu adalah 
lebih baik daripada
apa yang aku inginkan dan impikan..

Kau damaikanlah hatiku
untuk menerima takdirMU..

Kerana aku yakin dan percaya
perancanganMu yang terbaik dan
terindah buatku..

SELAMAT PENGANTIN BARU :)

hai.

dah lama rasanya tak pergi wedding. part yang aku suka bila pergi wedding ni ialah tengok pengantin. kalau pengantin lawa, lagi lah aku suka tengok.

ahad lepas, aku dan 1 family pergi wedding. wedding ni diadakan kat inanam. wedding salah seorang cikgu kat sekolah papa. aku pun tak kenal. tapi pergi je la. nak jugak tengok kan.

aku pakai baju kurung bsulam yang babang beli kt bandung :)
so, plan nya nak pergi pukul 12 tengahari tapi emak siap lambat sangat. jadi, pukul 1 petang baru gerak ke inanam. wedding tu diadakan kt dewan. dewan mini. dalam dewan tu lawa. masa tu dah tak ramai orang dah. mungkin sebab dah pukul 2 petang kot. 


sampai je terus makan. masa tu pengantin tengah makan beradab. sempat jugak aku tengok pengantin  masa amik makanan.

cikgu- cikgu sekolah papa
papa susah sikit nak senyum bila amik gmba

makan.makan.makan. dan lepas tu ada pulak persembahan daripada pelajar-pelajar budak sekolah papa aku. dorang buat tarian gangnam style. perghhh! hebat sungguh!!! sempat rakam kejap je.

*video tu tak boleh upload sebab internet kat rumah macam gila sikit.

kemudian, bila semua dah siap makan dan borak, kami pergi tengok pengantin. amik gambar kejap dan lepas tu balik rumah. simple mimple pimple je!

raja sehari
mak, papa n amim
saya bersama 'banker'. hehehe
sebelum balik kena lah menyempatkan diri untuk bergambar. hehe
bui bui! :)

CERITA BASI; AWAK SAYA PUNYA BLACKBERRY!

hai.

malam ni aku ada cakap nak sibukkan diri kan? so, aku menyibukkan diri update cerita basi. haha. jom!

sebelum raya haritu, aku bersama beberapa orang clasmet ke Mines. tujuan utama adalah sebab dua orang kawan aku nak beli fon baru.

alin, fik, napi n mawa

aku tak ada plan nak beli apa-apa. hanya nak usha baju raya. tapi semua baju raya aku tak kena approve dengan mak sebab mahal. hurm.. so, kiranya masuk fitting room untuk fitting baju kurung cmtu je. aku hanya cari baju kurung warna kelabu je sebab tema warna kelabu. raya tahun depan, dorang plan nak warna turquoise untuk big family. 


lama jugak la tunggu clasmet duk usha fon dan pujuk-pujuk kakak tu letak harga murah. at last dalam sejam lebih cmtu la dorang selesai beli fon. mawa beli Samsung II dan fik beli Samsung Advance. aku usha-usha blackberry je. tanya harga. 

yeah! selamat dah
fik resah gelisah duit dia bakal melayang.hehe
okay fine! masing-masing sibuk dengan fon baru.

kemudian kami pergi bukak puasa. masa on the way nak buka puasa tu, adik kol suruh beli blackberry. amboiii..dia ingat beli blackberry macam beli asam boi ke? haha.

then, aku kol clasmet, hafiz untuk tanya pasal blackberry. aku bukan pengguna blackberry. so, aku tak tau apa yang perlu aku amik tau sebelum beli bb. hafiz pun promote itu ini dan bla. bla. bla. bla.


lepas buka puasa dan smbhyg maghrib, dalam masa 30 minit aku dah selamat beli blackberry curve 4. napi dan alin yang temankan aku. 

saya geng bb dah! hehe
aku dah selamat menjadi pengguna bb. at first bb ni macam leceh sikit la. satu sebab keypad dia kecik dan penat aku nak taip. mungkin sebab aku dah terbiasa touch screen. tapi yang best bb ni adalah internet plan dia yang murah. RM30 untuk sebulan bagi maxis. kalau internet plan untuk iphone, mahal! malas aku layan kau, iphone! hahaha.

semenjak pakai bb, aku rasa iphone aku merajuk sebab aku dah anaktirikan dia. apa-apa mesti aku bawa bb. iphone aku bagi tinggal camtu je. haha. best la jugak guna dua-dua fon.tapi bb ni kuat makan bateri. sehari tu entah berapa kali aku nak kena cas. cis!


bui bui! :)

JALAN-JALAN PART 3

hai.

saya telah kembali normal. malam ni rasanya macam nak sibukkan diri. mungkin nak sibukkan diri cari resepi kot. tak pun sibukkan je la diri buat apa-apa yang patut.

baiklah, selepas Jalan-Jalan Part 2 kat 1borneo haritu, esoknya tu kami ke 1BORNEO LAGI! tujuan utama adalah untuk hantar induction cooker hantar repair. mak cakap induction cooker tu tak panas la pulak. so, siap-siap dan terus ke 1borneo.

perjalanan kami kali ni ada papa sebab papa tak ke sekolah harini. sampai 1Borneo parking penuh. entah event apa yang ada kat 1Borneo ni. pastu baru ingat yang harini ialah Deepavali. tapi tak de la pulak tarian-tarian india ke apa kat 1Borneo tu.

sampai 1Borneo terus ke Aowa untuk hantar induction cooker. promoter tu tengok-tengok apa yang rosak tapi sebenarnya tak rosak pun! just beberapa setting kat atas dapur gas tu yang ktorang tak tau.

mereka bertiga

kebaikan guna induction cooker ni adalah bila kita jerang air, bila dah masak, dia akan off sendiri. tinggalkan je cerek tu atas cooker ni. bila masak nasi dan megi dia akan off sendiri. tinggal nak amik megi dalam periuk stainless steel dan masuk dalam pinggan je. hahaha. kiranya induction cooker ni sesuai untuk orang malas pun boleh jugak. temperature cooker ni pun dia akan adjust sendiri. keburukan dia bila tak ada letrik, tak boleh memasak! hehe.

lepas dah settle semua tentang induction cooker, kami lepak makan-makan dan minum-minum kat Big Apple. then pusing-pusing dalam 1borneo.

papa, mak n amim

lepas tu keluar dari 1Borneo dan ke Centre Point (CP). pg CP sebab nak makan roti canai je. mak cakap roti canai kat mamak tu sedap. 

maluuuuu sebab muka buruk! hahaha :")
dah selesai makan, kami pusing-pusing CP kejap dan balik rumah.

simple je kan hidup aku cuti ni kan? hehe

bui bui! :)

JALAN-JALAN PART 2

hai.

minggu lepas aku, mak dan amim jalan-jalan kat 1borneo. kami hanya bertiga sebab papa kena pergi sekolah. ada kerja.

sebelum keluar rumah, mesti akan stop kat cermin gergasi ni. haha
ni adalah shopping part 2 sebaik sahaja aku ada kat sabah. harini kami beli-beli kasut je.selebihnya kami cuci mata je.

okay, ni gambar yang okay sikit daripada muka hodoh yang aku post kt instagram haritu. hehe
mak n amim
heels of the day. dark blue
tunggu dorang punya pasal la ni. lama duk try kasut.

tunggu punya tunggu at last 6 kotak kasut. dan aku punya selipar adalah yang kotak kuning tu je. aku beli sandal. dorang berdua beli wedges dan kasut. i guess my mum punya yang paling banyak. dah dapat sandal 1 pun dah okay dah. hehe


kemudian sambung jalan-jalan dalam parkson kat 1B. beli cadar katil untuk adik aku bawa ke poli nanti. sambil tunggu dorang, aku pun isi la borang shop n win ni. ceh! berangan la konon mana tau menang ke. HAHAHA.

si serabai
dalam pukul 8 malam tu baru la ktorang habis membeli-belah dan terus balik ke rumah. hehe

bui bui! :)

HELLO...AWAK KE TU SAYANG?

hai.

jalan-jalan KL haritu dengan junior dan aku telah beli gagang telefon. disebabkan earphone iphone aku telah pecah sebelah dek terkepit pintu kereta, aku telah membuang fulus untuk beli gagang telefon. but then gagang ni mcm useful jugak la. kalau bertelefon, tak panas telinga. haha.


hamboiii..kemain kau bertelefon kan??? padahal semua ni posing tipu-tipu je. hahahahaha.

gagang telefon ni sesuai utk tab aku. tak payah nak loudspeaker sangat la kan. hehe

bui bui! :)

JALAN-JALAN PART 1

hai.

hari pertama cuti aku, mak, amim dan papa pergi suria sabah. saje jalan-jalan cuci mata. lagipun aku dah lama tak round shopping mall kat sabah.

masuk suria sabah aku nampak butik COACH! waaaa...dah maju dah..terus tarik mak masuk butik coach. usha handbag tapi kan design handbag coach kat sabah ni macam lebih kepada design orang tua la. aku nak cari coach poppy! so, aku just survey harga je. tempat letak syiling je pun dah RM200++ pergh!

coach poppy design cmni la...comel comel groovy cmni. barulah remaja! hehe

jalan-jalan lagi dan jumpa pulak PANDORA. oh mai! syoknyaaaaa.... sambung jalan-jalan dan masuk butik Roxy. beli beg roxy satu dan masuk parkson.

sambutan deepavali. ada pelajar UMS buat persembahan.

masuk parkson pergi bahagian pinggan mangkuk, pergi bahagian cadar katil. hajatnya nak beli cadar katil. tapi semua pun cam terlalu mahal. semua RM200++ kalau sekali dengan comforter. kita harus tengok bed sheet yang berbaloi dan murah. hehe.

tadaaaaa! shopping dengan membawa troli polka dot. senang nak letak barang.. over tauuuuu! haha
tengok alas kaki la, tengok bantal la..semua nak tengokk....

dah penat jalan-jalan round satu suria walaupun tak habis, kami berhenti makan kat kenny roggers. makan bersama family sangat seronok. sambil makan sambil borak. seronok! 

lepas makan, terus singgah pasar ikan kat pasar philipines. nak beli ikan. kat pasar ikan ni kan...ada ramai sangat budak-budak kecik yang jual plastik.. kadang-kadang dorang datang tepi dan terus masukkan barang kita dalam plastik. kadang-kadang dorang ni memaksa suruh kita beli plastik. dorang akan ikut kita sepanjang kita beli ikan. rimas jugak. rasa takut pun ada sebab dorang memaksa. dengan buat muka kesian lagi. ish ish ish.


ikan fresh dari laut. gambar kedua tu ada nampak budak kecik bawak plastik kuning kan? haa..tu la geng-geng jual plastik.

 mak sedara dtg sabah terkejut sebab sayur kat sini murah-murah serendah RM1. beli timun satu plastik besar RM1. JULING MATA DORANG! haha

bui bui! :)