TRIP TO GENTING HIGHLANDS WITH LOVELIES

hai.

sori aku lembap macam siput untuk tulis entri baru. sebenarnya kalau cuti-cuti ni aku memang pemalas nak tulis. kadang-kadang je aku rajin tulis. yela, nak hbiskan masa bersama keluarga. tapi setiap kali aku buat aktiviti dengan kazen-kazen aku, mesti aku akan ambik gambar. senang. tulis dalam blog. nanti dah tua-tua boleh la baca n tunjuk kat anak-anak. aku suka tulis blog sebab aku suka tulis diari. dulu guna diari. sekarang dah maju dah. haha

baiklah, haritu kitorang plan nak pergi jalan-jalan around pahang la konon. then, disebabkan Tariq tak pernah pergi genting dan naik permainan-permainan yang buat jantung aku nak terjatuh tu, jadi, kami bertiga telah merealisasikan impian tariq untuk ke genting. hehe.

sebelum pergi genting, macam-macam kami plan. makanan. siapa masak. tentatif program dan macam-macam. macam aku cerita dalam entri sebelum ni. makanan beli punya kemain bertimbun.

so, paginya tu aku kena bangun pukul 5 pagi untuk buat pancakes. untuk mengelakkan aku terlewat bangun, aku mintak aa kejutkan. so, dengan mamai bangun pukul 5 pagi dan buat pancakes. tapi aku tak buat pancakes pun sebab aku tak jumpa non-stick pan kat rumah makcik aku ni. so, aku buat roti.

pukul 7 pagi, kami gerak untuk jemput tariq kat Seremban 2. then pergi isi minyak, beli air dan dunkin' donuts. nyum nyum.

bila perjalanan dah bermula, dalam kereta tu kami jerit-jerit. nak meriahkan keadaan la konon. haha. pastu nyanyi sama-sama. borak sama-sama. gelak sama-sama. dan akhirnya aku seorang yang tertido sepanjang perjalanan. itu la bad habit aku. haha.

at last dalam pukul 11 pagi kami sampai. masa tu tengah panas. menyengat pulak panas dia. so, kami cari port untuk makan tengahari. makan kena sikit-sikit sebab nak main lagi kan. kang termuntah susah pulak.

acap suka tempat yang ada bunga-bunga. auww!
prepare makanan :)
tadaaa! ini la makanan kami
ramai orang.

kami beli tiket indoor dan outdoor. so, RM66 seorang. dan mula-mula kami pergi main spinner. cuti-cuti ni memang ramai sangat orang. dah la kena berbaris panjang pulak tu. next acap, tariq n amim nak main spaceshot. sori la ye. aku tak mau naik benda tu. cukup sekali je aku naik. aku seorang yang gayat tinggi. so, ckup sekali je aku cuba. tak mau main dah.

tunggu turn main spinner
dorang sangat berani naik spaceshot. aku tak mau naik dah :(
zoom seboleh-bolehnya dengan zoom len
next kami pergi main game cam kayu balak. lupalah nama dia tu. kami kan berempat. satu kayu tu boleh naik max 3 orang je. so, kena bahagi dia. untuk tentukan siapa naik dengan siapa, kami main lat tali lat tali tamplom. aku naik dengan tariq dan amim naik dengan acap.


at first tu aku dengan tariq tak basah sangat. but the scond one, air tu habis kena kat aku. apa lagi, basah la aku. kasut jangan cerita la. basah terus!

baru main tiga games, dorang dah lapar. apa la dorang ni. so, kami balik ke kereta dan makan for the second time. masa tu tak panas menyengat dah. dah sejuk membatu. fuh!


lepas makan, hujan. so, kami stay dalam kereta dan tido! lepas tu tukar baju sebab baju basah.

dah tukar baju.



lepas hujan dah berhenti, kami masuk balik untuk main indoor. tapi indoor kebanyakannya tutup dan ramai orang. so, kami jalan-jalan cuci mata dan ambil gambar dan kami masuk rumah Ripley's Believe It Or Not untuk penuhkan tentatif yang kami plan.

macam-macam benda pelik dan awesome aku tengok dalam rumah tu. kadang-kadang cam tak percaya pun ada. haha.
kalau sentuh patung ni, boleh mengandung. langsung aku tak mau sentuh. tapi macam khurafat je.
try to open the gate. magic gate. but tariq did well! succeed!

 #1:: torture chair. 
#2 :: biggest chair in the world

kerusi paling bertuah di dunia. aku tak ada idea kenapa ianya bertuah.
then, kami naik antique car dan pergi main archery. actually aku yang nak sangat main archery. nak rasa main sekali. yela, dengar orang tu je cerita pasal archery, so, aku pun nak jugak try main. haha. aku main dengan tariq sebab dia tak pernah main. so, tak pelah. bagi dia enjoy puas-puas.

ouh, ye...arrow aku tak konsisten langsung. berterabut. dan ada 3 arrow yang tak melekat. aku pergi panah kat lantai. haha. arrows tariq konsisten okay. aku jeles!
saya dan tariq. okay, rupanya tariq lagi tinggi daripada aku ye.

 #1 :: ada orang tegur aku berdiri salah posisi. bukan tak ikut posisi kaki tu la. aku si gadis kidal.
 #2 :: tariq gaya macam pro je. tapi dia lagi pro sikit daripada aku la. haha

cuaca malam tu sejuk sangat. dan dalam pukul 8 malam cmtu la kami baru berpeluang main outdoor games. tak ramai orang sebab semua orang tumpu kat indoor je. tak payah nak beratur panjang-panjang. weeeee! :)
dalam pukul 11 malam, kami gerak balik. hujan. berkabus. susah nak gerak balik. tapi kan, bila sampai rnr gombak, kazen aku dah mengantuk. so, kami tido kat rnr tu je la sampai pukul 5 pagi.

pukul 5 pagi tu pun aku gerakkan acap sebab aku nak balik. aku tak selesa tido dalam kereta dan aku nak balik mandi. at last, sampai seremban pukul 7 pagi. pukul 8 pagi aku tido sampai la pukul 3 petang. kau bayangkan betapa penatnya aku. haha.

apa-apa pun sangat seronok spend time dengan dorang. next trip kami mungkin ke pulau pulak. weeeee! tak sabarnya!

gambar credit to: si adik D90. :D

bui bui! :)