BABY BARU. ALHAMDULILLAH

hai.

aktiviti petang untuk harini ialah pergi jenguk rumah kat kelantan. rumah tu my mum bagi sewa tapi penyewa dah pindah dari situ. jadi, ada penyewa baru. so, aku ikut parents n tok wan aku pergi jenguk rumah tu. dah lama aku pergi rumah tu. dulu, masa rmh tu baru siap, kami tak sempat tinggal kt rumah tu sebab nk pindah sabah.

rumah tu dah berumur 11 tahun. let's check it out. 

rumah saya di Istana Mahkota Kubang Kerian

dapur
bilik bbg
bilik aku dan adik.
ruang tamu n bilik mak
penyewa sebelum ni tak reti jage rumah betul. urgh! habis nampak buruk rumah ni.
blkg rumah aku ni, rumah kazen aku je. so, sebelum balik rumah tok wan, kami singgah rumah kazen aku kejap.

mum!

malamnya tu, siap-siap nak pergi Tesco. tujuannnya ialah nak pergi beli jam tangan aku. Jam Guess.

u know what, jam yang aku nak tu dh habis. jam tangan tu limited edition. sedihnya. tapi nak buat cmana. aku tak nak la tergesa-gesa beli kalo aku tak berkenan.

aku pergi dengan my mum, makcik makcik, pakcik pakcik n kazen. usha-usha jam tangan lain dan aku terpikat dengan satu jam DKNY. simple but nice!

my new baby DKNY. i love you, sayang!

at last, angkat jam tu je la. melayang RM 498. tapi okay la. puas hati. bagi aku, baik beli yang mahal terus sebab nak pakai lama n dapat kepuasan hati. lagipun dh dua tahun aku tak beli jam. jam tangan tu my mum yang bayar guna kad kredit dia sebab aku malas nak cari bank terdekat. so, later je aku bayar dengan mak.

apa-apa pun aku dapat tido lena sebab dah dapat jam baru. hehe. and terima kasih ALLAH untuk rezeki yang Engkau berikan. hidup aku lebih tenang sekarang. alhamdulillah.

bui bui! :)

BABAI SABAH. HELO KAMU!

hi.
aku kembali. aku dah balik semenanjung dah. sedih la. baru je nak seronok seronok tido kat katil sendiri. tapi okayla. lawat sedara- mara. parents dan adik aku pun blk. abg aku je yang terkecuali memandangkan dia dah nak final year. lepas tu abg aku nak sambung master pulak tahun depan.

actually hari Ahad lepas lagi aku balik kelantan. u know what, perjalanan yang memenatkan memandangkan flight KK- KL pada pukul 6.50 PETANG. lewat petang dah tu. 

pg mkn mcd dulu. #mak dan papa#
with my sister


dah sampai KLIA, aku dengan papa keluar kejap daripada balai ketibaan untuk jumpa abg aku kejap. papa nak ambik barang kemas dan aku pulak nak ambik galaxy tab. yela, tak sabar aku nak guna. dah termimpi-mimpi dah. haha. mak n adik aku tunggu dalam balai berlepas.
explore tab dengan my mum
flight to KB sebenarnya pada pkul 10.30 malam. tapi flight delay pergi pukul 11.20 malam. jenuh tunggu. nasib la ada orang yang teman aku. sambil tu explore galaxy tab sikit. at first lambat la jgk aku nak guna sebab masih blurr lagi. sekarang ni dah handal bona aku! haha.

sampai rumah tok wan aku, aku mandi mandi n solat jamak. sejuklah kota bharu ni. mcam kat oversea. (agaknya sebab rumah tok wan tak boleh mandi air panas kot). haha. then, baru la baring untuk tido. sambil mata tutup tu, aku borak-borak dengan mak sampai la tertido. hehe

bui bui!

OMBAK RINDU


hai.

setelah seminggu tunggu, akhirnya! dia tiba juga! apa yang tiba? bukan orang tapi NOVEL! haha. aku ni lambat betul la. orang lain dah sejuta kali baca novel Ombak Rindu, aku baru nak baca. ye, aku memang lambat sebab aku seorang yang tak suka baca novel. lebih-lebih lagi novel cinta. aku lagi suka baca novel hantu macam Goosebumps. lagi seronok. tapi, tu la. manusia berubah. kalau dulu tak suka, sekarang suka. tapi aku ada masa-masa tertentu aku akan obses baca novel. ikut mood la. setahun sekali mood tu datang tau! hehe

disebabkan harini pejabat pos halfday je, jadi, pagi-pagi lagi aku dengan papa dah pergi pejabat pos. tak sabar kot! kalau boleh pukul 6 pagi lagi aku nak pergi. hehe.


sekarang ni novel tu adik aku tengah baca. aku ambil masa seminggu nak habiskan sebuah novel. lambat kan? sebab tu la aku bagi adik aku dulu yang baca. hehe.
yeh! tapi muka macam tak ada la gembira sangat.


tu je. take care! 
bui bui!

DAH 2 TAHUN TAK BELI JAM TANGAN DAN SEKARANG SAYA PERLUKAN JAM TANGAN BARU! HEHE

hi.
saya malu buat muka cmni. jadi, saiz gambar ni kena kecik je. haha

dah lama tak menulis. aku tolong mak aku kemas rumah. ada tetamu dari semenanjung nak datang rumah. sedara mara. penat wei. nasib aku kuat. hehe. nak tengok Running Man pun kadang-kadang tak sempat sebab penat. hehe.

harini aku keluar dengan mak aku. tujuannnya adalah untuk usha-usha jam tangan Guess. aku memang berhajat nak beli. ada jam tangan Guess aku tengok semalam kat facebook. cun la pulak. tapi aku tak tau harga dia berapa. 
1. dah usha jam ni kat kk. tak ada lah. agaknya kat kl je kot yang available. lawa yang warna ungu tu. terpikat!

2. yang ni aku usha ada warna hitam je. tak menawan betul. warna merah , gold n merah yang menawan. tak adalah mahal sangat. dalam RM399. okay what?!!
3. jam ni aku tak jmpa kat area kk. i guess kat KL berlambak.

adik aku tak ada kat rumah. dia pergi Kudat. nak reunion dengan kawan-kawan katanya. disebabkan ada tetamu bermalam kat rumah ni, aku bagi tetamu tidur kat bilik aku je dan aku berpindah sementara ke bilik adik aku. hehe. jadi kat rumah ni, aku diibaratkan anak tunggal. abang aku pun tak balik rumah. dia tak cuti.. tapi tak pelah. mak aku suka pergi jalan-jalan. jadi aku suka. tak adalah bosan sangat.

gambar baru balik dari tengok Ombak Rindu. hari pertama filem tu keluar panggung, aku,adik n mak dah serbu. beli tiket shari awal. haha
selasa ni kami akan ke kudat. daripada aku duk rumah sorang-sorang baik aku ikut. tido dalam kereta selama 3 jam. hehe. itu la keje aku bila naik kereta. 

okaylah! aku nak tengok Running Man dulu. 

bui bui!

UNTITLED

hi.

cuti- cuti ni mood nak update blog agak lembap sikit. yela, kerja aku kat rumah ni bukannya nak tulis blog je. banyak benda aku nak kena buat. salah satu daripada nya ialah peluang tengok Running Man. haha.
thanks to Astro Channel 393, channel korea rasanya sebab siarkan Running Man dan sekaligus buat aku jatuh ketagih. gelak sorang-sorang memang seronok! haha. mak aku sampai marah aku sebab tiap-tiap hari aku tengok RM. hehe. dan thank you to my roomate dan seorang kawan baru aku, Ikram sebab dorang ni promote RM kat aku. hehe.

aku paling suka Jae Suk. rambut dia comel! hehe

Selasa lepas, paklong ada datang Sabah. ada meeting kat Karambunai. alang-alang dah datang Sabah, tak salah kalau datang rumah kami. dua kali paklong datang. lagipun paklong tak pernah lagi datang rumah kitorang.

paklong dan papa. aku amik gambar dari side tepi je.
adik aku last paper untuk 9 subjek ialah hari rabu lepas. lepas adik aku habis exam biology, aku, mak dan adik pergi 1borneo. tujuannya ialah mak nak setel hal beli almari untuk bilik baju. dan beli barang dapur.esoknya tu, 1 Disember, filem Ombak Rindu dah mula keluar panggung. aku dengan adik aku nak sangat tengok filem tu. semua ni sebab haritu kami dah tertengok teaser filem tu. hehe. aku dengan adik aku pergi beli tiket wayang untuk keesokannya. okay, kami orang pertama beli tiket wayang Ombak Rindu. hehe. lega rasanya. esok tak payah la nak kena datang awal awal untuk berebut beli tiket sebab aku tau tiket Ombak Rindu mesti sold out cepat.

okay, esok nak datang 1borneo lagi. tengok wayang! buibui!