hai pembaca...
masa kat pejabat pos tadi, tengah aku khusyuk isi details, adalah seorang makcik tu. aku rasa umur dia dalam lingkungan 40-an dia panggil aku 'PUAN'. adakah babyface aku ni dah bertukar jadi tuaface? haha.. bila dia panggil aku 'puan', aku terasa macam dah jadi dewasa la pula. rasa macam jadi cikgu. rasa macam dah kahwin dan ada anak. hahaha..tak logik betul la makcik tu panggil aku 'puan'. panggil la aku 'adik' ke.. haha
okay, masa kawan aku, kein singgah kat Petronas nak isi minyak, ada la seorang pakcik yang tiba-tiba datang kat kereta kami tu dengan membawa dua beg plastik besar. dalam plastik beg tu berisi keropok ikan. kami tak nak beli tapi pakcik tua tu buat muka innocent. muka kesian. aku tak sampai hati tengok. kesiannya.. mana anak dia? kenapa dia biarkan ayah dia menjaja macam tu kat stesen minyak. serius aku sedih tengok. bayangkan lah kalau pakcik tua tu ayah kita. Ya Allah, aku tak boleh bayang kalau papa aku yang menjaja macam tu. kesian. tapi walaupun rasa kesian kat pakcik tua tu tapi aku tak beli pun keropok ikan dia. sebab kena goreng lagi. asrama aku bukan boleh goreng-goreng pun. multicooker aku pun dah rosak sebab ada orang guna tanpa izin sampai rosak.
selepas tu, kami nak balik maktab. ada la kat traffic light tu, sebelah kanan kereta kami tu kereta lelaki. ada dua orang penumpang dalam kereta tu. bila kami pandang je sebelah kanan, lelaki yang duduk sebelah pemandu tu kena jahit la pulak kening dia. menjerit kitorang dalam kereta. geli kot tengok orang yang berjahit-jahit ni. toleh kiri pula, ada kucing hancur kena lenyek. terburai perut, otak segala. lagi la kitorang menjerit. hahaha.. apa la, benda macam tu pun kitorang nak jerit kan? tapi serius GELI... NGERI! haha.
harini aku telefon mak aku. nak bagitau dah dapat elaun buku la. then tengah borak-borak tu, keluar pasal kereta. tak sure lagi mak nak belikan aku kereta manual. tolonglah jangan belikan aku kereta manual. aku tak mau dan takut nak bawak kereta. aku sanggup lagi tak ada kereta daripada bawa kereta manual. mak cakap kalau duit elaun aku berbaki semester ini, hujung tahun dah boleh berkereta auto.. yahoo! bersemangat kejap aku nak berjimat. rasa tak nak makan satu semester je. haha. papa aku pula cadangkan aku bawa scooter je. ee, tak mau la. seronok tu memang la seronok. tapi kalau hujan, tak seronok. sekali dua basah dalam hujan romantik la juga. kalau dah 10 kali basah dalam hujan, tak romantik okay! hehe.
okay, itu je aku nak cerita. nanti aku update lagi. babai!