hi semua!
semalam [Sabtu] aku dengan 3 orang classmates aku pergi Hospital Serdang. terima kasih kepada teman-teman tapi mesra kerana bawa dan temankan aku untuk ke hospital walaupun pada mulanya aku tak mau pergi.
ouh, aku ke unit kecemasan untuk pemeriksaan badan. setelah dua peringkat berjumpa dengan doktor, akhirnya aku dah berjaya menghabiskan checking badan aku. bukan check apa. aku mengalami sakit puan. tapi tak ada la serius betul. syukur la doktor cakap aku tak ada apa-apa kecuali mengalami Uterine Bleeding.
simptom-simptom nya aku berasa sakit kepala, sakit pinggang, kerap kencing..dan paling obvious aku datang bulan selama sebulan untuk dua bulan berturut-turut. doktor dah pesan kalau aku masih datang bulan minggu depan, aku kena suruh ke hospital semula untuk scanning.
bila aku beritahu kawan-kawan aku apa yang doktor cakap, kawan-kawan aku bising cakap jangan makan benda-benda pelik lagi. HAHA.. dan incik kawan aku juga ada cakap jangan makan CENDAWAN GORENG lagi sebab memang akan menyebabkan luka dalaman. sob..sob..sob.. bye, incik cendawan goreng. aku terpaksa banned awak dari hidup.. sob..sob..sob..
apa-apa pun, syukurlah. aku nampak dah semakin sihat. period aku pun dah stop. harap bulan depan aku dah normal. takut lah kalau ada apa-apa. =(.. doakan aku ye kawan-kawan semua. amin..
*semalam aku dengan kawan-kawan ber'picnic' durian kat padang. seronok!*