Selamat awal pagi semua!
aku ni macam ni la. kalau weekend memang tido lambat. siang tido, malam jadi musang.
btw, aku nak share cerita sikit. haritu aku pergi IPBMM iaitu IPG Kampus Bahasa Melayu Malaysia.. tu la first time aku pergi maktab lain. kesian kan? T___T
hasil minum susu setiap malam. pipi sudah naik..yeah! tapi kan....berat badan still tak naik sikit pun
IPBMM ni bersebelahan dengan IPBA (IPG Kampus Bahasa Antarabangsa). macam best je duk IPBA ni. nak kan pulak kalau opsyen Bahasa Perancis ke Jepun. wow! rasa cm superb gila la!
tapi takpe! aku masih bangga menjadi pelajar opsyen PEMULIHAN. di samping memulihkan murid-murid, boleh jugak kita memulihkan diri sendiri. haha. btw, penceramah tu cakap mana-mana guru yang mengajar kelas pemulihan "will look 10 ten years younger than her/his age". yup! sangat setuju sebab penceramah tu dah mengajar kelas pemulihan untuk berpuluh-puluh tahun dan dia nampak sangat muda!
ouh, lupa lak nak cakap. aku pergi IPBMM tu untuk Seminar Pendidikan Pemulihan. kat seminar tu memang syok la sebab dia ajar dan bagi idea kita buat aktiviti untuk murid-murid pemulihan. aktiviti yang sangat seronok!
seminar yang bermula daripada pukul 8 pagi sehingga 2 petang. sangat penat tapi seronok tengok suasana baru dan orang baru. *teruja kejap tengok pelajar-pelajar IPBM.*
ekau bayangkan mna la tak teruja. kat maktab IPBM tu dak perempuan dia pkai WEDGES kot pergi kelas. pakai baju kurung moden dan bergaya lagi. kalo tak maktab aku, kalo pakai over sikit, kena tegur. tak ada siapa yang berani. agaknya kalau aku duk maktab lain, mesti dressing aku nak pergi kelas vogue. haha.. perasan gila!
xpela.. tak kisah pun! yang penting kehidupan kat maktab aku ni tenang. tak sakit mata tengok orang dating sebab kat maktab ni pelajar -pelajar dia tak berani dating dalam maktab. kalau nak dating pun, dating kat luar.
sedikit gambar yang comel. haha
ni la classmate i yang tercinta uols.. cuba cari aku..haha
anak siapa la tu pakai rambut kerinting merah tu. ish ish ish..!