APA PERASAAN KAU KALAU KAU TAK KENTUT TAPI ORANG TUDUH KAU KENTUT?

Assalamualaikum dan hi semua!


korang tengah buat apa? aku tengah nak minum susu cap Fernleaf. uols tau tak, semalam aku pergi Pesta Buku kat PWTC dan u know what penat aku berjalan seharian. sampai maktab, aku skip minum susu sehari. pagi tadi aku bangun rasa badan aku penat sangat dan kaki aku lenguh-lenguh. jadi, malam ni aku tak boleh skip minum susu walaupun sekali pun. nanti badan aku rasa penat.

cerita pasal Pesta Buku yang aku pergi semalam [27 April 2011], tu la kali pertama aku pergi pesta buku, kesian kan? dah la first time pergi maktab lain, ni first time jugak pergi pesta buku. bukan apa, tapi kelas aku ni macam kena 'bias' je. asalkan ada program yang berkaitan dengan subjek BM mesti kelas aku tak terpilih walaupun major aku BM. mungkin sebab pemulihan kot. hmph..tapi agak agak la der. adil la sikit.

okay, aku bukan nak cerita pasal pilih kasih ke apa. aku nak cerita pasal pesta buku yang aku pergi semalam. SANGAT SERONOK! sebab...

1. ramai orang. aku suka tengok orang ramai. [sometimes]
2. banyak buku.
3. pergi jalan-jalan
4. tak payah pergi kelas Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

tu la sebab yang menyokong dan memantapkan lagi alasan kenapa Pesta Buku itu seronok! hehe. aku pergi Pesta buku tu aku beli sebuah buku je. Buku panduan solat-solat sunat. aku memang nak cari buku tu dan at last jumpa kat pesta buku. kawan-kawan sekelas aku ada yang hbiskan duit beratus-ratus membeli buku. semangat kan dorang? hehe

dah habis pusing-pusing untuk pusingan yang pertama kat pesta buku tu, aku dengan beberapa orang budak kelas aku pergi jalan-jalan ke The Mall. hehe.

tu la girlfrens i.. yang dua orang kat blkg tu. hehe

ni nak dijadikan satu cerita. serius aku bengang gila.

ada sebuah kedai aksesori kat The Mall tu. aku dengan dua orang kawan perempuan masuk la kedai tu. tengok tengok cuci mata. masa tu aku tengah tengok headband. aku dengan roomate aku memang sebelah je. then serius aku tak perasan ada 1 barang jatuh. memang bapak tak perasan la. pastu aku blah la pergi kat bahagian keychain lak. tiba-tiba kami kena tegur 

" dah jatuhkan barang tak reti nak angkat balik ke?"

aku dengan roomate aku ni terpinga-pinga la. aku pelik la tiba-tiba lak kena sound cam HARAM je. yang salesgirl tu pun dengan emo nya datang dan angkat benda yang jatuh tu. memang nampak la cara dia angkat benda yang jatuh tu menunjukkan dia tengah bengang.

aku pun menjawab la. bukan salah aku. bukan salah kami. 

" eh, tak perasan la,"

bengang aku. dah la time tu aku tengah pegang keychain. ikutkan hati aku nak je sengaja jatuhkan keychain tu dan blah dari kedai. pastu aku terfikir juga yang aku nak laporkan kat bos dia supaya dia kena marah dengan bos dia sebab attack pelanggan lak.

 tapi tak buat pun. dalam hati aku menyumpah je la. GERAM GILA!

Ibarat ::: KALAU KAU TAK KENTUT TAPI ORANG TUDUH KAU KENTUT?:::

mesti geram gila kan? grr!

aku dengan kawan-kawan aku blah dari kedai yang TAK LAKU tu! badmood terus kejap. then hadiahkan diri dengan beli shawl. pastu aku tak badmood dah. hehe.

muka stress selalunya akan menimbulkn jerawat yang luar biasa. T__T

lepas dah puas jalan-jalan kat The Mall tu, aku dengan kawan-kawan aku pun balik ke PWTC untuk usha buku pusingan kedua. sayang pulak kan kalo pergi pesta buku tapi tak bawak balik apa-apa.

sepanjang aku pusing-pusing dalam pesta buku tu kan, salesgirl dan salesboy yang ada terlibat dengan penjualan buku secara pakej mesti ingat aku ni guru yang dah mengajar dan ada yang tanya aku ada anak ke tak. bapak ah! adakah muka mudaku ini sudah kelihatan seperti aku sudah beranak 1? pandai je dorang ni. aku cepuk kang! haha.

okay, tu je yang kongsi hari ni. bui bui ~

minggu depan aku dah mula exam..stress nya..nak balik rumah .tak nak amik exam. boleh tak? tapi nak pointer tinggi..boleh tak? hehe

KORANG GILA FILEM MELAYU?

hi uols... kita jumpa lagi. kali ni aku nak share sikit... sape suka tengok movie melayu? angkat bulu ketiak! hoho..

okay, for those yang suka tengok filem melayu yang terbaru ke yang lama ke boleh tengok ataupun download kat SINI.. korang mesti suka punya..

* guna streamyx la ye laju. kalau wifi maktab yang kena block tak boleh tengok la..=(*

DARI IPIS KE IPBA TERUS KE IPBM

Selamat awal pagi semua! 

aku ni macam ni la. kalau weekend memang tido lambat. siang tido, malam jadi musang.

btw, aku nak share cerita sikit. haritu aku pergi IPBMM iaitu IPG Kampus Bahasa Melayu Malaysia.. tu la first time aku pergi maktab lain. kesian kan? T___T

hasil minum susu setiap malam. pipi sudah naik..yeah! tapi kan....berat badan still tak naik sikit pun

IPBMM  ni bersebelahan dengan IPBA (IPG Kampus Bahasa Antarabangsa). macam best je duk IPBA ni. nak kan pulak kalau opsyen Bahasa Perancis ke Jepun. wow! rasa cm superb gila la!

tapi takpe! aku masih bangga menjadi pelajar opsyen PEMULIHAN. di samping memulihkan murid-murid, boleh jugak kita memulihkan diri sendiri. haha. btw, penceramah tu cakap mana-mana guru yang mengajar kelas pemulihan "will look 10 ten years younger than her/his age". yup! sangat setuju sebab penceramah tu dah mengajar kelas pemulihan untuk berpuluh-puluh tahun dan dia nampak sangat muda!

ouh, lupa lak nak cakap. aku pergi IPBMM tu untuk Seminar Pendidikan Pemulihan. kat seminar tu memang syok la sebab dia ajar dan bagi idea kita buat aktiviti untuk murid-murid pemulihan. aktiviti yang sangat seronok!

seminar yang bermula daripada pukul 8 pagi sehingga 2 petang. sangat penat tapi seronok tengok suasana baru dan orang baru. *teruja kejap tengok pelajar-pelajar IPBM.*

ekau bayangkan mna la tak teruja. kat maktab IPBM tu dak perempuan dia pkai WEDGES kot pergi kelas. pakai baju kurung moden dan bergaya lagi. kalo tak maktab aku, kalo pakai over sikit, kena tegur. tak ada siapa yang berani. agaknya kalau aku duk maktab lain, mesti dressing aku nak pergi kelas vogue. haha.. perasan gila!

xpela.. tak kisah pun! yang penting kehidupan kat maktab aku ni tenang. tak sakit mata tengok orang dating sebab kat maktab ni pelajar -pelajar dia tak berani dating dalam maktab. kalau nak dating pun, dating kat luar.

sedikit gambar yang comel. haha

 ni la classmate i yang tercinta uols.. cuba cari aku..haha

anak siapa la tu pakai rambut kerinting merah tu. ish ish ish..!

ANDA ADA MASALAH FACEBOOK LEMBAB MACAM SIPUT BABI? *KESIAN SI SIPUT BABI JADI MANGSA*

hi semua!

okay, update yang simple mimple pimple untuk korang korang yang sangat bengang facebook loading mcm siput babi. eh kenapa siput babi? kesian dia. tarik balik sumpahan untuk siput babi dan gantikan dengan pig snail. haha.

aku nak share sesuatu yang mungkin boleh korang guna pakai. ala, google kat internet pun boleh je. tapi aku tetap nak share kat korang. hehe.

jom lajukan facebook  step by step..


Windows
Only:
  1. Go to C:\Windows\System32\drivers\etc\
  2. Open hosts file with notepad.exe
  3. Add the following:203.106.85.66 facebook.com
  4. Save.
  5. Open your browser, key in www.facebook.com.
  6. Enjoy the superfast speed!

hosts file korang akan bermuka cmni..

# Copyright (c) 1993-2009 Microsoft Corp.
#
# This is a sample HOSTS file used by Microsoft TCP/IP for Windows.
#
# This file contains the mappings of IP addresses to host names. Each
# entry should be kept on an individual line. The IP address should
# be placed in the first column followed by the corresponding host name.
# The IP address and the host name should be separated by at least one
# space.
#
# Additionally, comments (such as these) may be inserted on individual
# lines or following the machine name denoted by a '#' symbol.
#
# For example:
#
#      102.54.94.97     rhino.acme.com          # source server
#       38.25.63.10     x.acme.com              # x client host

# localhost name resolution is handled within DNS itself.
#    127.0.0.1       localhost
#    ::1             localhost


just tambahkan kod yang kat bawah ni di bawah file hosts korang tu.

203.106.85.66 www.facebook.com203.106.85.66 facebook.com 
------------------------------------------------------------------------
cara nak edit host file tu...

copy hosts file ke  > desktop

 bila dah copy dan paste hosts file kt deskstop tu, open la file tu guna notepad.
lepas tu, tmbahkan

203.106.85.66 www.facebook.com203.106.85.66 facebook.com

kat tempat yang paling last skali.
cmni


lepas tu klik save.
dah save, copy file tu dan pergi paste kat  C:\Windows\System32\drivers\etc\..
ala yang korang copy hosts file tu mula-mula.

lepas tu paste file tu.
dia akan keluar whether kita nak replace ke tak file yang lama dengan yang baru.
 SILA REPLACE!

lepas tu korang pergi bukak facebook..dan tengok hasilnya. 
memang jadi! facebook aku jadi laju.
selalunya kalo nak tengok tengok gamba nak kena loading lagi, ni tak payah. 
macam guna streamyx je.
tapi selalunya facebook je yang laju.

korang bila lagi?
okay,sila cuba!

tak faham? boleh lawat facebook nazrin ni.

kredit -> facebook nazrin

TUTORIAL IKLAN KAT TEPI TUH ----->

hi semua!
hari ini aku rajin kejap. aku actually bukan nak buat ajar korang benda yang hebat-hebat ke tak untuk blog korang. aku just nak share kegembiraan aku selepas menjelajah alam maya dengan jayanya..

nampak tak iklan nuffnang aku dah merajuk dan berpindah ke tepi sane tuh ------->??
ada nampak ka?

sebelum aku lupa cara nak buat, baik aku share kat korang kan. urmm...for those yang masih tak tau blh la cuba. yang dh tau, korang memang terer la sebab aku baru je tahu tadi. haha.

pergi Design > Add A Gadget > HTML

pastu korang kopi jantan kod yang kat bawah ni

<div style='display:scroll; position:fixed; bottom:5px; right:5px;'>Letak Kod Iklan Sini</div>

kalau nak adjust posisi iklan tu boleh la adjust 5px tu pergi 1px ke 20 px ke..ikut suka korang.dah kopi dan letak link? Bagus!

 okay dah siap! sila save.

bui bui

LUAR WARTA SEKARANG DAH JADI MASJID JAMEK MINI WEYH!

ateh. nico. fiq 

hi uols!

weekend lepas aku kat bilik je.. hari ahad tu, bila aku bangun je tido, jiran sebelah bilik aku ajak aku pergi warta. aku pun ada terfikir jugak nak pergi sebab nak bank in kan duit utk abg aku. so, aku setuju!

intro aku sampai warta, aku dah diuji nafsu perempuan. pergh! tak boleh tahan siot! haha. mana kau tak tahan, tengah nak jalan-jalan, ada lak sorang brader tu tengah jual baju polka dot warna pink. MURAH! i repeat... M.U.R.A.H.! aku dah lama nak cari baju polka dot tu versi yang murah sebab selalu aku tengok baju dia mahal. RM30. eh, mahal ke RM30? memang mahal! haha..aku apa lagi? terus grab la!

seterusnya kami pergi main boling. wah! dah lama tak main boling. tu la frst time dalam tahun ni aku main boling. hehe. tapi yang syoknya walaupun bahu aku tengah sakit masa tu tapi i juara u ols. hehe. seronoknya. rasa mcm jadi power rangers dah. hehe

then, jalan jalan diteruskan. dah habis berjalan jalan kat dalam warta tu, kami pun keluar la dari warta tu. kononnya nak pergi makan char kuey teow. tapi rupanya tak jadi makan. pergi menyinggah Masjid Jamek mini dulu. walaupun tak banyak kedai tapi hampir semua kedai tu aku dengan kawan aku duk beli barang. perempuan.. biasalah! nak beli shawl la..nak beli inner shawl la.. nak beli cardigan la..nak beli headband la..macam-macam.

lastly tu, aku dah tak mau beli. malas! pujuk diri sendiri supaya tak beli dah. dah habis beli, kami pergi makan char kuey teow yang superb punya dan makan yong tau fu. yummy! bila dah kenyang, benda- benda yang menarik semuanya nampak buruk. nafsu nak membeli dah hilang bila dah kenyang.

puas hati bila dapat beli jubah, shawl dan tshrt polka dot tu ha. haha
petua*... sebelum pergi shopping, pastikan pergi makan dulu ok?! 

MENCINTAI TAK SEMESTINYA AKAN MEMILIKI TAPI....ALLAH SWT AKAN HADIRKAN YANG LAGI BAIK UNTUK KITA

hi uols! hehe

penat la aku. tapi tak ada la penat sangat pun. aku baru pindah ni. pindah rumah baru. hehe bukan rumah tapi 'rumah'. hehe.

actually hari tu aku dengan roomate aku ada usha satu bilik. pergh! memang lawa la. bercat. lagi la aku suka. aku memang target nk pindah kat bilik tu. tapi masa tu bilik tu masih ada tuan dia tinggal. kiranya kami cop la bilik tu dengan tuan punya bilik tu tapi tuan bilik tu cakap dia akan stay kat bilik tu sampai habis belajar kt maktab. memang kecewa.

hari demi hari.. aku intai bilik tu dari tingkat 4 je. ada la satu hari tu, aku tengah jemur baju, then aku tengok bilik tu macam dah tak ada orang. aku bagitau la roomate aku tentang bilik tu. later on, isnin depan nya tu aku dengan roomate aku pergi pejabat penyelia asrama sebab notis untuk pelajar tingkat empat pindah bilik pun dah keluar. 

at first kami ambil bilik no 231. bila pergi usha bilik tu nampak macam buruk pulak. lepas tu pergi usha usha bilik kosong yang lain then u know what, i found a beautiful room C205..bilik aku sekarang la ni. lawa la gak daripada dapat bilik yang buruk. hehe

ni tmpat aku. banyak kn barang aku? ish3..

ni tmpt mawa..secoet je barang die

ouh, aku lupa kn nak cerita kenapa aku tak ambil bilik 208 tu kn? sebab pe? sebab masa tengah tengok list bilik kosong, bilik tu memang tak ada orang isi nama lagi tapi bila aku ckp dengan penyelia tu aku nak bilik 208, penyelia tu cakap bilik tu dah ada orang cop. baru je orang tu cop. kecewa nk nangis gile aku. T____T

takpelah.. macam tajuk aku ni la. mencintai tak semestinya akan memiliki tapi Allah dah beri aku sebuah bilik yang cantik. bilik yang bercat jugak. hehe.

 bilik ni lawa sebab die cat tu lawa.. ada bentuk bentuk lg..

nak tau tak apa jadi dengan bilik 208 tu? sekarang ni bilik 208 tu penyelia asrama dah tak bagi pelajar biasa tinggal. dia akan beri JPP (jawatankuasa perwakilan pelajar) yang tinggal sebab terlalu ramai budak perempuan duk rebut bilik tu. hah! padan muka! last2 JPP yang tinggal kat bilik tu. kakakakaka (gelak puas)

CINTA KAMU 100%

hi semua!

short entry..

aku bukan cakap cinta 100% kat sesiapa tapi...








aku suka sangat pergi 100% mega store.
murah-murah barangan yang dijual. aku dengan mak aku kalau bosan-bosan mesti akan pergi 100% mega store.
beli banyak-banyak dan sangat puas hati sebab barang-barang dia sangat MURAH!
berposen posen..beringgit-ringgit je..

aku beli VCD dan DVD hanya 80 posen.
beli pemberus muka RM2.80
beli pen marker RM0.90
beli puzzle utk PBS haritu RM1.80 untuk 3 puzzle
beli sponge muka RM 2.00 untuk 12 sponge
beli lilin bday yang api dia sparkle tu RM 0.30 utk 1 kotak. dalam tu ada 20 batang lilin

memang best la. semua barang ada. tak kisah la barangan tu dari China ke Malaysia ke Japan ke.
semua ada. kedai ni jadi kedai feveret aku! hehe
tapi kan..aku rasa kat semenanjung tak de kot kedai 100% ni.
hanya kat Sabah je.
kt Sarawak pun aku tak tau.

for those yang tak pernah pegi, memang takkan dapat rase keseronokan bersama kedai tersebut. aku dan kawan aku Tyqa Tydy LIKE this shop!(kan dear?)


sekali korang dah pergi, pasti datang balik. eceh! hehe. tapi aku surely korang akan suka punya membeli belah kt kedai ni. berbaloi habiskan ringgit-ringgit. hehe

bui bui

7 STEPS "BYE BYE BLACKHEAD"

hi dudes!

hari ni aku terpanggil untuk menulis entri baru lak. dah lama kan? exam pun dah nak dekat. ouh, assignment dah habis. yey! boleh la post hadiah. hehe.

aku sekarang ni setiap malam sebelum tido, mesti akan minum susu. aku nak jadi gemok. nak gemok. =( lagi satu, kalau kita minum susu sebelum tido, tido kita pun akan lena. dan bangun pun akan rasa cergas je. tak penat dan malas malas. hehe. betul tak?

dan sekarang ni juga, aku makin jaga muka. eh, bukanlah aku nak cakap aku lawa lepas tu kena jaga muka ke apa. aku sekarang ni jaga muka aku betul betul sebab aku tak mau ada jerawat jerawat durjana tu singgah dah kat muka aku. baru la berkeyakinan sikit. walaupun muka aku dah tak de jerawat, aku sekarang ni dalam proses nak menghilangkan parut parut dan benda benda yang spoil kn muka. hehe..

sekarang ni setiap dua hari mesti aku akan bersihkan berus muka. eh kejap! BERUS MUKA







ye...berus muka la yang oi.. ingat baju je ke ada berusnya? muka pun ada.tapi bukan guna berus baju la. haha. korang pernah jumpa tak benda yang kat bawah ni?


haa... ni la dia pemberus muka. specifically untuk hidung dan untuk remove blackhead. aku guna benda ni la. benda ni senang ke ha nak jumpa? cm susah je kan? 

untuk sesiapa yang dah ada pemberus ni dan masih tak tau nak guna cmana blh la baca apa yang aku nak ajar ni.
  1. mula-mula basahkan muka korang dan jangan lupa letakkan pencuci muka. pencuci muka mana-mana pun boleh. tapi kalo nak memberus muka dengan pemberus ni aku selalu guna pencuci muka yang berbentuk sabun. sebab buih pun banyak. jadi takkan melukakan hidung dan muka kita yang anggun ni. auww! hehe
  2. lepas sabun dah berbuih dengan lebat  banyak, ambil pemberus muka tu dan berus secara circular movement. kalau buat secara circular, senang la blackhead, whitehead,readhead,bluehead nak keluar. tak payah beriya sangat nak memberus muka sebab terlalu taksub. perlahan-lahan sudah. kang luka lak muka.
  3. normal la tu bila dah memberus muka akan rasa pedih sedikit. sebab sebelum ni tak pernah pernah berus muka kan? tapi JANGAN LUPA.. BERUS PERLAHAN-LAHAN je.
  4. berus la selama mana yang korang nak. sampai jerawat tercabut pun tak pe. haha.ada ke jerawat tercabut?  
  5. lepas tu, kalo ada Blackhead Remover Acne Pimple Extractor Needle (aku just panggil BRAP je la k?)  ni pun bagus jugak. lepas dah berus muka secara circular movement, ambil BRAP tu dan tarik segala whitehead blackhead redhead korang secara ke atas. guna yang hujung bulat tu tau. bukan yang jarum tu. buat secara ke atas untuk pastikan semua kotoran tu terkeluar.   
  6. basuh dan bersihkan muka dengan air. lepas dah mandi tu, sapukan apa-apa krim muka untuk mengelakkan mengekalan hidung merah pada keesokan hari. jangan lupa tau! kang korang pergi kerja ke kelas ke berhidung merah macam badut pulak. hehe
  7. * sabun muka tu perlu sentiasa diletakkan kat muka sepanjang memberus muka tau. bagi permukaan muka licin.
 

dah habis share pun. pemberus muka tu sangat bagus tau. cubalah nanti... caru jangan tak cari tau pemberus tu. ini adalah cara mudah untuk mengeluarkan blackhead, whitehead, redhead, bluehead dengan cara mudah tanpa  picitan.

untuk senang, korang pergi cari kedai 100% je.. banyak dia jual dengan harga yang gila-gila muraaaahhhh beb!  sape nak, meh aku belikan. RM2.80 je.hahah

HARI PELANGGAN JPP

hi! pagi pagi dah bahagia sebab tak payah pergi kelas.

hari ni ada hari pelanggan JPP. urmm....seronok la juga bila main game dan dapat hadiah secara percuma. hehe. 

jom layan gamba..*sori la ye..gambar yang aku letak ni semua muka aku je. ada sesetengah je gambar orang lain. hehe







tengah runsing dapat teka-teki yang susah..muka rumet aku pun berubah..haha

okay..cerita dah habis. hehe
*gambar credit to CHEKGUALAN

BILA KELUAR BERGONJENG-GONJENG, DUIT PUN IKUT BERGONJENG-GONJENG JUGA

HI  SEMUA!

hari ni jari aku jadi ringan sikit untuk update blog. padahal isnin ni aku kena hantar assignment Perkembangan Kanak-Kanak dan laporan PBS. cis! baru je nak relax goyang kaki tengok cerita Mean Girls 2 tapi mulai esok aku kena struggle buat assignment la pulak. =_='

ouh, tadi role play untuk assignment Pengurusan Gerko berjalan dengan cemerlang sekali! OMJayyyyy... aku suka lah buat assignment Gerko tu. memang memerlukan kerjasama padu daripada ahli-ahli sekelas. PISMP 1.14, korang memang the best! i love u all!

Sabtu lepas aku telah digoda oleh dua oleh perempuan yang banyak duit untuk menghabiskan duit aku. aku ingat weekend tu tak mau keluar. yela, aku ada aim nak simpan duit dan nak beli kereta dan camera DSLR kepunyaan sendiri. tak mau minta belas kasihan orang. tapi aku gagal la wei! dua orang perempuan ni memang hebat menggoda aku sampai aku pun bersetuju untuk keluar.

sekali keluar, bukan sikit duit nak kena pakai. walaupun keluar pergi Alamanda je tapi seyes wei habis duit. ish ish ish! tapi tak pe lah. aku rasa puas hati jugak. 

kami pergi tengok wayang dua kali. wayang pertama pukul 1 sampai 2.50 petang. cerita Sucker Punch. bagi aku, cerita ni memang best! aku suka. nak kan pulak dia tentang perempuan in action. memang terasa aku jadi hero la dalam cerita tu. kalau tak khusyuk tengok cerita ni, memang takkan faham dan terpinga-pinga lalu tuduh cerita ni tak best. =(.haha...kan best kalo sucker punch ada sambungan yang kedua...=)
 dalam cite sucker punch tu, aku paling suka watak babydoll..kawan aku, kein cop watak sweet pea n tyqa watak blondie...hahahaah
cerita kedua start pukul 3 petang. nasib la kami semua sailormoon...tak boleh solat. haha. so, memang dah keluar dari panggung, terus masuk panggung lain lak. kami tengok cerita Dalam Botol. ngok kan? mcm tak de cerita lain je nak tengok. cerita ni memang lambat dan bosan. grr!

dah habis tengok wayang, kami gerak pergi MCD kejap sbb dah lapar tapi nak pergi beli fries je sebab terasa nak makan fries je. haha. dah beli semua, terus kami gerak untuk karaoke. oleh sebab yang ktorang keluar ni tak de lelaki, so, xde la nak malu-malu kambing nak melalak dalam bilik karaoke tu. haha
 mulut kena muncung muncung skit kalau nak jadi penyanyi yang berjaya. jangan lupa tutup mata untuk menjiwai..haha
 
 posing pilih lagu pun ada gaya tau! haha

 aku dah la masa tu tengah sakit tekak masih ada hati nak menyanyi. haha. tapi sakit tekak pun, aku tetap puas hati. hehe.

dalam pukul 9 malam cmtu kami pun balik! i love girls day...=)