HI SEMUA! selamat pagi...!
hari ini cuti. baru je plan nak bangun lambat sebab nak menghargai masa cuti sebaiknya tapi aku tak boleh bangun lambat sebab pukul 8.45 pagi tadi blok aku ada buat senam tari. bersenam sambil menari. haha. so, layan aje lah! kena ambil kedatangan la plak tu. kalau tak hadir kena buat surat. aku malas nak menyusahkan diri aku buat-buat surat tu, aku pun pergi aje lah!.
hari ini cuti..
jadi, roomate aku tiba-tiba teringin la pulak keluar pergi Mines. jadi, hari ini pada pukul 11.30 pagi nanti kami berempat ------> ain, aku, fik n mawa ------> aku menuju ke Mines, Serdang. yahoo! tak tahu lah apa yang nak dibeli roomate aku tu. haha.
ouh!
apa-apa pun aku ucapkan lagi berbanyak terima kasih kat semua yang sanggup support i sehingga i berjaya macam ni... terima kasih ye yang sudi join cabutan bertuah tangan kidal aku nih. aku dah usha-usha hadiah.. hoho. tapi aku baru jumpa 1 hadiah yang exclusive la konon. benda tu akan jadi main gift la daripada aku kepada orang yang bertuah. korang suka barang-barang daripada SONY kan? so, jom lah join cabutan tangan bertuah aku nih!
sebelum tarikh tamat cabutan ni, aku akan buat 1 entri tentang hadiah yang bakal korang tuahkan tu. hihi.
---------------------------------------------------------
semalam bersamaan dengan hari Rabu, aku ada microteaching pengurusan gerko. OMG! punya lah aku takut sebab lec tu suka maki-maki orang kalau apa yang orang bentang tu tak masuk dengan jiwa dia.
aku punya la tak tido lena malamnya tu. asal mimpi je, pasal pembentangan tu. asal pembentangan je aku mimpi. memang lec tu masuk dalam mimpi aku aje lah malamnya tu.
kelas pengurusan gerko tu lepas rehat. kelas awal pagi tu aku ada kelas TITAS. aku duduk mengulangkaji ilmu pengakap je disebabkan apa yang aku nak bentang tu tentang pengakap. berbuku-buku aku baca. dengan khusyuk lak tu. mana la tak takut, kang kalau lec tu tanya macam-macam tentang pengakap aku tak tau, memang keluar "babi, lembap, bongok" la dari mulut dia. jadi, aku tak mau kena macam tu. lagipun aku tak mau markah penilaian aku rendah. nanti pointer rendah.
akhirnya tibalah kelas pengurusan gerko tu. okay, fine! mood dia baik. tapi aku tetap takut. group aku turn yang kedua dan aku pembentang pertama.
aku pun mula membentang.. bla..bla..bla..
ada 1 soalan tu aku dengan yakinnya bertanya kepada kelas..
"adakah badan beruniform wajib di sekolah?"
"YA! menurut Warta Kerajaan yang bertarikh 31 Disember 1997 ada menyatakan kewajiban penyertaan murid-murid dalam kegiatan kokurikulm di sekolah."
baru je dengan yakin bagi fakta, tiba-tiba lec tu mencelah yang membuat aku cuak.
"apa lah dia nak tanya ni??"
lec:
" SALAH!"
aku terkejut gila bila dia cakap SALAH! dah cuak dah aku.
"ayat kamu salah! ...penglibatan SETIAP MURID di sekolah. bukan murid-murid di sekolah."
aku pun tak faham tapi layan aje lah apa yang dia cakap tu. haish!
akhirnya habis dah pembentangan turn group aku. tu pun dia membebel cakap kenapa lah cerita pasal pengakap. cis! dah dia suh pilih 1 badan beruniform untuk dibentangkan boleh-boleh lak dia cakap kenapa cerita pasal pengakap?
tapi paling kesian kat kumpulan 3 sebab dorang terpaksa bentang cepat-cepat..
apa-apa pun...kami dah lepas bentang depan dia! what a great relief!