Assalamualaikum. hai!
harini rasa extra penat. serius. rasa lemah longlai je. balik sekolah tadi, terus kemas kemas barang nak balik maktab. perjalanan nak balik maktab pulak plus minus dalam sejam.
kat sekolah tadi, buat bunga telur untuk Majlis Khatam Al-Quran Isnin depan. dan uols tau tak.... i jadi mc! haih!
sampai bangi terus pergi beli barang untuk sekolah. hadiah untuk murid-murid khatam Al-Quran dan pertandingan sepanjang bulan Ramadhan. lepas tu beli barang untuk buat projek pentas bercerita untuk murid pemulihan. semuanya harus bertindak segera dan berfikir secara cepat sebab nak kejar masa. aku dah la tak pernah nak menggubah bunga. terpaksa menggubah bunga untuk hias pentas bercerita tu. nanti kita tengok macamana hasil gubahan bunga aku! hahaha
kemudian dah settle barang sekolah, terus bergegas ke SBU untuk beli tudung untuk adik kesayangannnnnn.satu-satunya adik aku. walaupun penat tapi terpaksa jugak. sebab aku dah tak ada masa dah nak pergi jalan-jalan untuk beli semua benda tu. tau je la kan kalau ada adik perempuan. apa yang kakak dia beli dan pakai, semua nak dirembat. haih! kasi layan seja bha! terima kasih kepada facetime sebab anda telah memudahkan kerja saya. tak payah aku nak taip taip whatsapp. facetime je. adik aku pilih sendiri mana yang berkenan. leceh whatsapp ni. hehe
yang bestnya aku dapat jugak akhirnya jadi ahli SBU. selalu aku beli sikit-sikit je kat SBU. kalau nak jadi ahli SBU kena spend minimum RM150 baru boleh jadi ahli. dah alang-alang tadi terbeli banyak kan, so, dapat la jadi ahli. hihihi
kemudian, dah settle dekat SBU, terus pergi bazar. masa tu pukul 4.30 petang dah. beli makanan cepat-cepat dah terus balik maktab.
malam pulak, balut balut hadiah untuk Majlis Khatam Al-Quran. padahal penat tak habis pun lagi :(
esok pulak sambung perjalanan untuk beli souvenir raya untuk family. see you at PWTC tomorrow! :D
by the way, seronok sangat dapat benda ni. Alhamdulillah.. masa kat sekolah tadi, tengah khusyuk baca pasal MH17, tiba-tiba ada posmen panggil
" Ada Cikgu Nik?"
hehehe. terima kasih ye abang posmen! gigih you kerja walaupun masa tu waktu balik sekolah dah. hehe
okay. bui bui! :)