MARAH SEBAB SAYANG LAH!

"marah sebab sayang." tak kisah la mak marah ke, kakak marah ke, abang marah ke, pakwe marah ke, makwe marah ke. semuanya sebab sayang.. kalau dia tak ambil tahu, maksudnya tak sayang la tu kan?

sebagai contoh, kalau semarah mana pun mak kita, dia akan tetap sediakan keperluan kita. dia akan tetap cuba tolong kita selesaikan masalah walaupun memang kita yang salah.

bui bui!

SEMESTER 6

HELLO!!!

haha. nampaknya sekarang kemalasan aku makin menjadi-jadi. kesibukan juga makin menjadi-jadi semenjak semester praktikum ni. baiklah sekarang aku dah masuk semester 6 dan akan menjalani praktikum di SK CYBERJAYA untuk dua bulan. subjek yang akan diajar adalah subjek major iaitu Pemulihan dan subjek minor iaitu Bahasa Melayu. 

alhamdulillah praktikum 1 aku dapat A+. sangat berbaloi dengan usaha dan waktu tido pukul 3, 4 pagi. hehe.  ouh, sebelum terlupa... tahniah buat geng meja bulat kerana berjaya mendapat result exam yang cemerlang gempak lagi da boom! haha ada 4flat gitu. alhamdulillah..kami ada 3 sem lagi untuk bersama-sama buat persidangan meja bulat. hehe.


inilah kami geng meja bulat. dari kiri fiq, mawa dan nik

nanti kalau aku rajin, aku cerita lagi.

 bui bui!